Saturday, February 27, 2010

Agihan Wang Ehsan Kelantan : Kejamnya Kerajaan Pusat..!!

Salam, selamat bertemu kembali..

26 Februari lalu, DS Mustapa Mohamed selaku Menteri MITI mengumumkan pelantikan Timb.Menteri Kewangan, DS Awang Adek Hussin yang juga Timb.Pengerusi UMNO Kelantan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pengagihan Wang Ehsan Kelantan. Jumlah nilaiannya, RM20 Juta..

Satu ungkapan sahaja yang penulis rasakan layak diberi kepada tindakan kerajaan pusat ini..

KEJAM..!!

- Sedarkah semua pimpinan BN di peringkat pusat bahawa kerajaan Kelantan hari ini telah pun diberi mandat memerintah oleh sekalian hamba rakyat di negeri berkenaan?? Mandat itu pula bukannya untuk sehari dua, tetapi sudah menjangkau 20 tahun..

- Sedarkah semua pimpinan BN di peringkat pusat bahawa Tok Guru Nik Aziz telah menjadi Menteri Besar yang sah, dilantik oleh Ke Bawah Duli Sultan dan diakui bukan sahaja oleh rakyat Kelantan, bahkan ke seluruh negara.


- Sedarkah semua pimpinan BN di peringkat pusat bahawa Kelantan juga mempunyai Exco yang bertanggungjawab dalam hal ehwal ekonomi iaitu Dato'Haji Husam Musa. Beliau dan barisan Exco Kelantan mempunyai keupayaan mentadbir kerajaan selama 20 tahun, mengapa diketepikan??

- Sedarkah semua pimpinan BN di peringkat pusat bahawa kesemua kerusi Parlimen di Kelantan telah di'serah'kan oleh rakyatnya kepada pimpinan Pas, kecuali di Jeli, tempat Tok Pa sendiri dan Gua Musang, kubu kuat Ku Li..??

- Sedarkah semua pimpinan BN di peringkat pusat bahawa UMNO-BN hanya mampu menang 6 kerusi sahaja daripada 45 kerusi DUN??

- Sedarkah semua pimpinan BN di peringkat pusat bahawa DS Awang Adek itu langsung TIDAK menang dalam pilihanraya umum yang lalu, dilantik sebagai Timb.Menteri Kewangan menerusi 'pintu belakang' saja??

- Sedarkah semua pimpinan BN di peringkat pusat bahawa mereka telah mungkir janji kerana sesuka hati menukar mekanisme 'pembayaran royalti' kepada 'wang ehsan' semata-mata kerana perbezaan ideologi politik??

- Sedarkah semua pimpinan BN di peringkat pusat bahawa mereka terang-terang sejak dahulu lagi menubuhkan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) yang telah menjadi 'kerajaan dalam kerajaan' sebagai satu diskriminasi terhadap kerajaan Kelantan..

Jika jawapannya, 'YA, KAMI SEDAR'., kerajaan pusat harus menarik balik pengagihan wang ehsan dan melaksanakan pembayaran royalti berjumlah RM2 Billion dan DS Awang Adek harus menolak jawatan Pengerusi JK Pengagihan Wang Ehsan..

Berikanlah wang royalti tersebut secara tunai kepada kerajaan Kelantan. Kemudian terpulanglah kepada kebijaksanaan pimpinannya menggunakan peruntukan wang berkenaan untuk manfaat rakyat Kelantan..

Jika jawapannya, AHH, PEDULI APA.. tidak bersikap adil dan saksama dengan kerajaan Kelantan yang dipilih secara sah oleh rakyat, jawapannya kalian pimpinan BN di peringkat pusat selayaknya digelar makhluk-makhluk KEJAM..!!

Dua anggota kabinet dari Kelantan itulah duri dalam daging bagi rakyat Kelantan.. Ternyata Ku Li jauh lebih bermaruah dan dipandang tinggi sekalian rakyat Kelantan kerana rela menongkah pandangan dan pendirian dengan kerajaan Pusat.

Betapa dangkalnya seorang pimpinan besar dari Jeli yang mengeluarkan kenyataan sanggup meletak jawatan Menteri jika pendiriannya bertentangan dengan Pusat?? Tidak sedarkah beliau undi kemenangannya itu datangnya dari Jeli, sebuah kawasan di Kelantan?? bukannya dari kerajaan Pusat...!!

Nyatalah konsep 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan yang dilaung-laung ke seluruh negara telah gagal di Kelantan, di'kubur'kan oleh ego dan kesombongan, nafsu dan kepentingan, dendam dan kesumat para pimpinan UMNO-BN Kelantan sendiri..

Dendam kesumat berkenaan bertambah-tambah bilamana UMNO-BN hanya mampu berpaut di 6 batang 'dahan yang hampir patah'. Lebih perit lagi, Awang Adek yang tewas bertanding di DUN Perupok dua tahun lalu, bukan sahaja gagal duduk di kerusi empuk Menteri Besar Kelantan, bahkan kalah teruk juga di Parlimen Bachok kepada Timb.Presiden Pas, Haji Nasharudin Mat Isa..


p/s : Kembalikanlah hak Kelantan kepada rakyatnya, kerajaannya, pemimpinnya..

Monday, February 22, 2010

MBFM Jengka 16 : Pemilihan Berjalan Lancar..

Salam, selamat bertemu kembali..

Setelah kira-kira 3 hari lalu, pembatalan mesyuarat dikritik hebat para belia Jengka 16, malam tadi menyaksikan pemilihan baru Jawatankuasa MBFM Jengka 16 berjalan dengan teratur dan lancar. Dengan kehadiran En.Wadi, pegawai Felda yang mewakili Tuan Pengurus, Tn.Hj.Md.Yusoh Awang selaku pegawai sosial dari JKKR Jengka 16 dan kehadiran membanggakan kira-kira 120 orang belia Jengka 16, barisan kabinet baru MBFM Jengka 16 berjaya dimuktamadkan.
JAWATANKUASA MAJIS BELIA FELDA MALAYSIA
CAWANGAN FELDA JENGKA 16 SESI 2010/2011

Pengerusi
Sdr.Mohd.Syukri Hj.Moin
(menang tanpa bertanding)

Naib Pengerusi 1:
Sdr.Suryamoorthy a/l Perumal (61 undi)

Naib Pengerusi 2:
Sdri.Mardiana Mohd.Khalid (57 undi)

Ahli Jawatankuasa/Exco :

Sdr.Norhazimi Alias (69 undi)
Sdr.Muhamad Nazri Ramli (56 undi)
Sdr.Mohd.Faizal Tajaruddin (43 undi)
Sdr.Azhar Hussin @ Abdah (35 undi)
Sdri.Siti Norhafizah Aziz (30 undi)
Sdr.Zamree Hj.Ismail (27 undi)
Sdri.Zaimah Abdul Manan (26 undi)

jawatan S/U dan Bendahari dilantik dalam Mesyuarat J/Kuasa


p/s : Selamat berkhidmat..

Friday, February 19, 2010

24 Tahun Berlalu..

Salam, selamat bertemu kembali..


Sejak Oktober tahun lalu, penulis dan keluarga berpeluang melanggan pakej stesen TV berbayar Astro. Maka, masa lapang kini dapatlah diisi dengan program2 Discovery Channel 551, NatGeo 553 dan sebagainya termasuk saluran AXN 701. Antara drama siri TV popular di saluran tersebut ialah 24, sebuah kisah perjalanan hidup 24 jam Jack Bauer, yang bekerja di bawah agensi anti-pengganas kerajaan Amerika Syarikat.

Kini, angka 24 menjadi begitu bermakna dalam hidup penulis kerana bermula sejak 12.01 pagi tadi, penulis dinaikkan 'pangkat' oleh Allah SWT menginjak ke usia 24 tahun. Bermakna sudah 24 tahun jugalah, penulis menumpang hidup di muka bumi Allah Taala ini.. Semoga semua azam baru yang tersemat dalam hati ini akan sentiasa dipermudahkan jalannya oleh Allah..

Penulis perlu lebih bermuhasabah, apakah yang sudah penulis kerjakan sepanjang 24 tahun menjadi manusia di muka bumi ini.. Harap saudara2 sudi mencurah nasihat di ruangan komen, untuk manfaat kita bersama..

Semoga hari ini lebih baik dari hari semalam dan hari esok, lebih baik dari hari ini...


p/s : Terima kasih kepada teman-teman atas ucapan selamat ulangtahun, semoga Allah merahmati kita semua ye..

Thursday, February 18, 2010

Selamatkan Mangsa Lemas : Hebatnya Presiden Pas..!!

Salam, selamat bertemu kembali..

Dari Malaysiakini.Com


Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sedang memancing pada petang Ahad lalu di Pantai Rusila, Marang bersama dua orang anaknya apabila beliau mendengar jeritan meminta tolong.

Lantas, beliau bersama anaknya berusia 20-an itu, terjun ke laut untuk menyelamatkan seorang lelaki yang nyaris lemas ketika mandi di pantai berkenaan.

Ini diceritakan oleh Herman Shamsudeen, timbalan ketua pemuda PAS Wilayah Persekutuan, yang juga menulis mengenai perlakuan 'hero' Hadi di blognya

Hebatnya Presiden Pas..!!

Bolehkah Presiden UMNO, Presiden MCA, Presiden MIC, Presiden PKR, Pengerusi DAP dan ketua lain2 parti melakukan perkara yang sama jika berdepan situasi hamba rakyat lemas di depan mata mereka???


p/s : Pengerusi DAP di'maaf'kan..

Tuesday, February 16, 2010

Anwar Ibrahim dan Najib Razak Bertembung di Pahang..


KONVENSYEN PENEROKA DAN GENERASI KEDUA FELDA PERINGKAT KEBANGSAAN 2010

Ceramah Perdana Pakatan Rakyat

YB Dato'Seri Anwar Ibrahim
(Ketua Umum PKR)

YBhg.Dato'Hj.Tuan Ibrahim Tuan Man
(Naib Presiden Pas, Pesuruhjaya Pas Pahang)

YBhg.Dato'Fauzi Abdul Rahman
(Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Pahang)

Datuk Zaid Ibrahim

Datuk Seri Chua Jui Meng
YB V.Sivakumar

MARKAS TARBIYAH PAS PAHANG,
KG.TEMIN, JERANTUT

SABTU, 20 FEBRUARI 2010 JAM 9.00 MALAM


HADIRLAH BERAMAI-RAMAI..


KONVENSYEN UMNO NEGERI PAHANG 2010


Perasmian oleh :

YAB Dato'Seri Mohd.Najib bin Tun Haji Abdul Razak
(Perdana Menteri Malaysia, Ahli Parlimen Pekan)

turut hadir :

YAB Dato'Sri Haji Adnan bin Yaakob
(Menteri Besar Pahang)

Ahli-ahli Parlimen dan ADUN-ADUN Pahang

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM)
KAMPUS PAHANG
, BANDAR JENGKA, PAHANG
JUMAAT, 19 FEBRUARI 2010, JAM 3.00 PETANG



p/s : Jom pakat jumpe pemimpin kita..

Cara Pupuk Perpaduan : UMNO Sudah Hilang Arah

Salam, selamat bertemu kembali..
Dari Utusan Online

Fiesta Tarian, Fesyen Kebaya Puteri UMNO bakal jadi acara tahunan

Ketua Puteri Umno Malaysia, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin yang juga Timbalan Menteri Kesihatan berkata pesta budaya seumpama itu penting bagi merintis jalan ke arah memperkukuhkan semangat perpaduan di negara ini.

Hanya setakat itulah, kemampuan parti pemerintah ini mengemukakan cadangan untuk memperkukuh perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia. Jarang benar kita dengar UMNO berusaha menganjurkan majlis-majlis ilmiah secara besar-besaran, bagi membolehkan rakyat negara ini memperoleh ilmu baru, menilai keupayaan partinya mentadbir negara, dialog dengan rakyat dan pelbagai program lain..

Di mana-mana peringkat pun, boleh dikatakan UMNO tidak boleh lari daripada mengajak rakyat BERHIBUR, BERHIBUR dan BERHIBUR... Program wajib antaranya pertandingan karaoke, persembahan artis jemputan dan sebagainya.. Di peringkat kebangsaan pun, artis diagungkan.. Tak cukup artis dalam negara, artis luar negara pun dipanggil..

Teringat penulis sekitar tahun 2004, bilamana Dato'Haji Tuan Ibrahim tewas dalam PRU tahun berkenaan di DUN Jengka. Beberapa lama selepas itu, Bandar Jengka didatangi artis saban malam, UMNO memberi kebenaran 'Fun Fair' diadakan di Jengka. Kumpulan Kristal, May, artis dangdut dan segala macam artis dari jalur muzik berbeza, datang menghiburkan masyarakat Jengka.. Bantahan dari masyarakat setempat dan Pas selaku parti pembangkang ditolak ke tepi.
.
Rakyat Jengka di konsert Search (gambar hiasan)

Program-program hiburan yang melampau dan melalaikan menggalakkan perlakuan maksiat. Anak gadis keluar bersama teman-teman dengan alasan ingin melihat artis berkonsert. Ibu bapa memberi kebenaran bilamana melihat anak daranya keluar dengan teman-teman sejantina dengannya. Sampai di pekan, anak daranya bertemu dengan teman lelaki, lalu melencong ber'konsert' di tempat lain..

Di Jengka, kawasan panas termasuklah di belakang Balora Mastika, lorong-lorong sunyi di jalan antara JPJ Jengka dengan pasar borong, hospital lama atas bukit, kompleks sukan Jengka juga di kawasan parkir di Sudut Selera berdekatan Kem Tengku Mahkota.. Kawasan ini seringkali menjadi lokasi serbuan pihak berkuasa dan Unit Amal Pas Pahang dalam usaha mengekang perlakuan maksiat.

Namun, ke'sungguh'an pihak UMNO dan kerajaan yang masih lagi menggalakkan, menganjurkan, membiarkan, memejamkan mata dan tidak mempedulikan program-program hiburan MELAMPAU, menyebabkan semua usaha pencegahan seperti mencurah air ke daun keladi..


p/s : Jangan sampai rakyat jadi mangsa..

Thursday, February 11, 2010

Sedozen Minum Arak : Denda Atau Sebat??

Salam, selamat bertemu kembali..

Minggu lalu, JAIP dalam Ops Taubat yang dijalankan sekitar Kuantan, Pahang berhasil memberkas 12 orang termasuk 2 wanita atas kesalahan meminum arak. Semua tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 4 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (Pindaan) 1987.

Berita penuh di SINI

Menyorot kes ini, penulis menemukan beberapa situasi yang agak menarik..

1. Operasi ini dilakukan oleh pihak berkuasa agama Islam di negeri Pahang. Tak berapa lama dulu, kes Kartika Sari Dewi menjadi begitu hangat hinggakan ada menteri wanita pun mahu masuk campur. Sebabnya, Kartika memilih untuk menjalani hukuman 6 kali sebatan.. Hukuman yang dianggap SIS sebagai kejam terhadap wanita Islam sedangkan dalam Al-Quran begitu jelas dalil ditunjukkan..

2. Media memfokuskan operasi JAIP ini. Kartika dulu pun diberkas juga di Kuantan. Sedozen orang yang diberkas minggu lalu pun di Kuantan. Bagaimana di negeri lain?? Jika operasi besar-besaran dibuat di 'Syurga Dunia' Kuala Lumpur, entah berapa ribu orang Islam akan ditangkap atas kesalahan minum arak?? Bagaimana operasi jabatan agama Islam negeri2 lain??

3. Kartika memilih untuk disebat sebanyak 6 kali, yang sehingga hari ini beliau sendiri pun tidak tahu bilakah hukuman berkenaan akan dijalankan walaupun sudah beberapa bulan ia dijatuhkan?? Tukang sebat tak dak la, peruntukan undang-undang tak dak la, macam-macam lagi alasan mereka.. Jangan nanti kata batang rotan tak dak sudah la..

4. Jika sedozen tertuduh yang diberkas minggu lalu dijatuhkan hukuman penjara dan 6 kali sebatan, adakah mereka akan mengambil tindakan seperti Kartika??? Insaf dan rela dirotan?? Atau mereka sanggup mengeluarkan wang bayaran denda RM5 000??? Mereka orang kaya kan..??

Seksyen 4 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (Pindaan) 1987 memperuntukkan denda sehingga RM5,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya dan sebatan.

Tiada pengakuan direkodkan daripada semua tertuduh dan mereka dibebaskan dengan wang jaminan sebanyak RM2,000 dan seorang penjamin. Semua tertuduh membayar wang jaminan itu. Muhammad Azhari kemudiannya menetapkan 24 Mei ini sebagai tarikh sebutan semula kes.


p/s : Kita tunggu 24 Mei nanti pulak

Tuesday, February 9, 2010

Video Hina Solat : Kerajaan Perlu Bertindak..!!

Salam, selamat bertemu kembali..

Harap agar pengunjung sekalian dapat menonton video ini, kemudian tafsirlah sendiri.. Mengapa budak-budak ini sanggup mempermainkan solat yang menjadi ibadah orang Islam..


Klik gambar untuk menonton video di YouTube.Com



p/s : Kerajaan perlu bertindak..

Wednesday, February 3, 2010

Gantung YB Khalid : Abdullah Karim Kritik Keputusan JK Disiplin Pas

Salam, selamat bertemu kembali..

Copy dari SINI

Berikut ialah kenyataan yang diedarkan oleh Exco Dewan Pemuda PAS Pusat, Abdullah Abdul Karim. Dolah juga akan diheret menghadap Jawatankuasa Disiplin PAS kerana kenyataan di bawah. Ah, mungkin dia boleh mempertahankan dirinya. Dia lawyer. sila baca (tanpa edit):
KEPUTUSAN JAWATANKUASA TATATERTIB PAS MENGEJUTKAN & TIDAK BOLEH DITERIMA

1. Keputusan JK Tatatertib PAS Pusat menggantung YB Khalid Samad selama enam bulan dan hanya memberi amaran bertulis kpd YB Dato Dr Hassan Ali amat mengejutkan dan tidak boleh diterima sama sekali.

2. Dengan membuat keputusan tersebut, JK Tatatertib samada disedari atau tidak, telah membenarkan diri mereka dipergunakan untuk melindungi anasir-anasir anti Pakatan Rakyat di dalam PAS.

3. Keputusan ini juga sebenarnya menghantar isyarat yang salah kepada rakyat Malaysia yang menaruh harapan yang tinggi kepada PAS untuk membela nasib mereka melalui platform Pakatan Rakyat.

3. Amat menghairankan bila individu yang bermatian mempertahankan dasar dan keputusan PAS untuk berkerjasama dalam Pakatan Rakyat dikenakan hukuman yang berat, sedangkan individu yang tindakannya boleh menjejaskan Kerajaan PR Selangor hanya diberi amaran sahaja. Saya rasa hukuman terhadap Hasan Ali ini hanya sekadar wayang untuk "membersihkan" Dato Hasan Ali dan pada yang sama Khalid Samad terus dimangsakan.

4. Ahli PAS dan para penyokong PAS serta Pakatan Rakyat bukannya bodoh. JK Tatatertib ini yang pada awalnya diwujudkan untuk menyiasat kes-kes di Selangor adalah satu kompromi untuk meredakan kemarahan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat selepas beliau mendesak supaya satu EGM diadakan untuk menyingkirkan pemimpin PAS yang anti PR. Kalau Mursyidul Am tidak bersuara, jangan harap akan ada tindakan dikenakan kepada Dato Hasan Ali. Maka, EGM tidak perlu, tapi sebagai ganti pemimpin yang jelas melanggar semangat setiakawan PR perlu dihadapkan ke Jawatankuasa Tatatertib. Inilah dia semangat dari keputusan Mesyuarat Khas AJK PAS Pusat pada 28hb Oktober 2009.

5. Tapi, entah macam mana atas permainan licik sesetengah pihak tanpa kita semua sedari, Khalid yang sepatutnya dianggap sebagai hero dalam mempertahankan keputusan parti, telah turut diheret sama dan menjadi mangsa dendam kesumat anasir anti PR dalam PAS.

6. Saya gagal melihat bagaimana tindakan Hasan Ali sebagai seorang anggota exco kerajaan negeri yang sentiasa bercanggah dengan MB dan Exco yang lain hingga boleh melemahkan kerajaan yang PAS adalah anggotanya boleh dianggap lebih ringan kesalahannya berbanding dengan tindakan Khalid selaku ahli parti yang mengkritik pemimpin parti tanpa mengikut saluran yang dianggap begitu berat kesalahannya hingga mewajarkan dia digantung selama enam bulan.

7. Apa yang didedahkan Khalid di dalam blognya bukanlah satu maklumat sulit atau rahsia berkaitan dengan strategi parti. Ianya hanya melaporkan perbincangan dalam mesyuarat yang umum tahu apakah kandungannya.

8. Di sini timbul persoalan terhadap kewibawaan JK Tatatertib. Saya sendiri lebih dua bulan yang lalu telah membuat satu laporan bertulis kepada Jawatankuasa Tatatertib PAS berkaitan dengan satu konspirasi di kalangan beberapa orang ahli-ahli PAS untuk menjatuhkan Pakatan Rakyat. Laporan saya itu malangnya hanya dipendamkan begitu sahaja tanpa sebarang tindakan diambil.

9. Apabila saya merujuk perkara ini kepada pihak yang bertanggungjawab, mereka memberi alasan teknikal kononnya laporan tersebut perlu dihantar melalui Setiausaha Agung PAS sebelum ianya disalurkan kepada JK Tatatertib. Wow, nampaknya Setiausaha Agung pula yang menjadi penapis setiap aduan tatatertib !

10. Bagi mengelakkan aduan saya ditolak atas alasan-alasan bodoh sebegini, maka saya telah menghantar semual aduan tersebut kepada Setiausaha Agung PAS lebih kurang tiga minggu yang lalu. Malangnya, sehingga hari ini tiada tindakan diambil dan saya tidak dimaklumkan apa yang terjadi terhadap aduan saya tersebut.

11. Apakah kerana saya mendedahkan tentang aktiviti subversif anti PR maka aduan saya tidak dilayan? Hanya pimpinan parti sahaja yang dapat menjawabnya.

Yang benar,

ABDULLAH ABDUL KARIM
EXCO DEWAN PEMUDA PAS PUSAT/
NAIB KETUA DEWAN PEMUDA PAS PAHANG
SESI 2009-2011.

30 Januari 2010.
Kenyataan Abdullah Karim ini sedikit keras dan seolah-olah mempertikai kewibawaan tokoh Pas dalam JK Disiplin yang telah memutuskan hukuman ke atas YB Hasan Ali dan YB Khalid Samad. Apakah niat Abdullah Karim mengkritik secara terbuka tentang keputusan JK Disiplin Pas?? Ikuti maklum balas Dato'Tuan Ibrahim Tuan Man di blognya, klik di SINI


Pengerusi JK Disiplin Pas, Dato'Tuan Ibrahim Tuan Man merupakan Naib Presiden Pas, Pesuruhjaya Pas Pahang dan Yang Dipertua Pas Kawasan Kuala Krau.. Beliau juga bekas ADUN Jengka (1999-2004), bekas Pensyarah Kanan UiTM Jengka dan UiTM Shah Alam.

Kebesaran Ilahi di Sarawak : Kalimah Allah Pada Hirisan Daging Lembu..!!


Lagi gambar di SINI



p/s : Subhanallah, Maha Suci Allah

Perhatikanlah YB-YB ini...

Salam, selamat bertemu kembali..

Tempoh sebulan kebelakangan ini, pimpinan tertinggi PKR di'pening'kan dengan kerenah beberapa orang wakil rakyatnya, yang bersuara tegas dan menusuk kalbu beberapa pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat termasuk ikonnya, DS Anwar Ibrahim. Mereka termasuklah:

YB Azan Ismail
(Ahli Parlimen Indera Mahkota)
letak jawatan Tim.Ketua PKR Pahang, kritik kepimpinan PKR

YB Zulkifli Nordin
(Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu)
bertelingkah dengan YB Khalid Samad, pernah kritik kepimpinan PKR

YB Dato'Zahrain Mohd Hashim
(Ahli Parlimen Bayan Baru)
kritik Lim Guan Eng, Anwar Ibrahim dan kepimpinan PKR

YB Tan Tee Beng
(Ahli Parlimen Nibong Tebal)
kritik Lim Guan Eng, sokong Zahrain

sejarah sebelum ini :

YB S.Manikavasagam
(Ahli Parlimen Kapar)
ugut letak jawatan, bertelingkah dengan MB Selangor

KELUAR PARTI
Mohd.Radzhi Salleh (ADUN Lunas)
Mohd.Othman Jailu (ADUN Behrang)
Jamaluddin Md.Radzi (ADUN Changkat Jering)
Badrul Hisham Abdullah (ADUN Pelabuhan Klang)

dan ramai lagi, baca di SINI

POLITIK KEMATANGAN atau POLITIK TUNGGANG LANGGANG??


p/s : Lu pikirlah sendiri..

Tuesday, February 2, 2010

Ada Tanda Di Dahi : Wajah Terbaru Saiful Bukhari Azlan

Salam, selamat bertemu kembali..


Dicopy dari http://www.tranungkite.net/v10/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=9322#239379


p/s : Yang HAQ pasti tertegak, yang BATIL pasti lenyap

Cabar Kosongkan Kerusi : DS Zambry Cuba Perangkap DS Nizar..!!

Salam, selamat bertemu kembali..


Akhbar semalam menyiarkan laungan 'dangkal' DS Dr.Zambry Kadir yang mencabar MB Perak yang halal, DS Mohammad Nizar dan 27 lagi wakil rakyat PR untuk mengosongkan kerusi mereka. Bagi penulis, cabaran yang dibuat ini sebenarnya menyerlahkan lagi kedangkalan dan ke'kurangcerdik'kan ADUN Pangkor itu. Ianya juga tidak lebih daripada tindakan provokasi bagi memerangkap DS Nizar dan barisan exco 'halal' daripada kemungkinan memerintah kembali negeri Perak apabila mahkamah memutuskan kes kontroversi ini pada 9 Februari depan.

Hal ini kerana seperti mana yang telah berkali-kali dijelaskan dan dihebahkan ke seluruh dunia, perihal peruntukan undang-undang dalam Perkara 16 (6), Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak yang menerangkan salah satu sebab jawatan Menteri Besar itu terlucut ialah peletakan jawatan. Baca selanjutnya di SINI. Jadi, jika DS Nizar mengosongkan kerusi DUN Pasir Panjang yang diwakilinya, maka sahlah bahawa jawatan MB telah gugur. Jika jawatan MB gugur, maka secara automatiknya seluruh barisan Exconya juga akan gugur. Inilah helah DS Zambry namun nescaya DS Nizar jauh ke depan lebih matang daripada itu.

DS Zambry menghamburkan cabarannya itu dalam siaran radio Perak.fm. Hal ini menjadi satu lagi bukti menunjukkan kerajaan menerusi Kementerian Penerangan secara terang-terangan menDISKRIMINASIkan kerajaan Pakatan Rakyat ketika memerintah Perak dahulu. DS Nizar semasa masih bergelar MB Perak tidak pernah diberi peluang berucap dalam siaran radio berkenaan. Larangan dikenakan Perak.fm dan RTM berkenaan menyerlahkan mereka memang 'konco-konco' Barisan Nasional di Perak.

"Kalau pembangkang rasa mereka popular sekarang, bubarlah 28 kerusi mereka. Kita tengok sama ada mereka dapat semula 28 kerusi DUN ataupun tidak (pada pilihan raya kecil),"

Ini satu lagi laungan daripada DS Zambry. Begitu gagah beliau berkata sedemikian yer.. Sepatutnya 3 ADUN lompat itu yang wajar mengosongkan kerusi dan adakan semula pilihanraya di kawasan mereka. 3 orang manusia inilah yang men'cacamerba'kan politik Perak hingga ke hari ini. Dapatkah mereka mengekalkan kerusi berkenaan atas tiket Bebas yang cenderung kepada BN jika pilihanraya semula???

Ataupun, semua ADUN termasuk MB halal dan MB haram letak jawatan serentak @ DS Zambry mohon perkenan Sultan untuk bubar DUN.. Adakan pilihanraya semula di semua DUN negeri Perak. DS Nizar dan PR sudah 'habis suara' menjerit dan 'habis cara' berusaha untuk menyeru pembubaran DUN Perak. Tapi apa tindakan DS Najib dan DS Zambry..?? Pekakkan telinga sahaja walaupun seluruh rakyat mengetahui bahawa mereka terlalu takut untuk mempertahankan 28 kerusi yang dimenangi pada 8 Mac 2008. Hampir pasti mereka gagal meraih kerusi sebanyak itu jika pilihanraya semula diadakan."

Nak bubar DUN ini adalah permainan mereka. Saya tidak akan ikut permainan mereka, bukan kerana takut tapi kerana tidak mahu terikut-ikut rentak permainan pembangkang ini," katanya..



p/s :Yang HAQ pasti tertegak, yang BATIL pasti lenyap
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...