

Itu cerita 2 tahun lalu. Kini sudah penghujung bulan September 2008. Penulis nampak apa yang diutarakan Perdana Menteri pada 28 Februari 2006 itu tidak sampai objektifnya. Perdana Menteri berharap jika negara ini sudah mempunyai pengangkutan awam yang cekap, rakyat akan berasa senang melakukan urusan seharian sekaligus meningkatkan ekonomi negara.
Hakikatnya kini, tahap pengangkutan awam di Malaysia masih di takuk lama. Walaupun kerajaan menggantikan bas-bas lama dengan bas-bas baru, itu sebenarnya belum cukup untuk meredakan keresahan rakyat. Apa yang rakyat atau pengguna mahu, tahap perkhidmatan yang lebih efisyen dari pihak yang bertanggungjawab terhadap sistem pengangkutan di Kuala Lumpur. Penulis melihat dalam konteks Kuala Lumpur kerana penulis merupakan pengguna setia bas Rapid KL T632, T631, tren aliran Kelana Jaya, tren Aliran Sri Petaling, KL Monorail dan KTM Komuter.
Saban hari, penulis akan menunggu bas di Stesen Universiti untuk ke kelas, bersama-sama ratusan lagi pengguna yang ingin menuju ke destinasi masing-masing. Kadang-kala hampir sejam kami menunggu kehadiran bas di tengah panas. Berdozen pengguna yang ”menyampah” menunggu bas terpaksa menaiki teksi yang tambangnya berkali ganda dari tambang bas. Sudahlah basnya lambat, apabila tiba di stesen, pengguna dibiarkan berasak-asak di depan pintu bas sedangkan pemandunya masuk berehat di pondok Rapid KL di stesen terbabit.
Salah satu keadaan di mana pengguna terpaksa bersesak-sesak di dalam bas
Pengguna terpaksa menunggu lagi bagi ”membolehkan” pemandu bas berehat. Kita faham akan keletihan pemandu yang melayan kerenah pengguna. Apa yang patut dibuat ialah bilangan bas harus ditambah, perbanyakkan bas. Situasi sekarang, dalm masa 1 jam menunggu, belum tentu ada sebuah bas yang sampai. Hal ini terjadi kerana bilangan bas yang terlalu sedikit. Jika alasan kekurangan dana yang diberikan, ke manakah menghilangnya lebihan subsidi RM 4.4 billion pada 2006 itu. Takkanlah jumlah sebanyak itu habis dibelanjakan dalam masa 2 tahun sahaja?? Jika di negara-negara maju, bas akan tiba setiap 10 atau 15 minit. Pengguna tidak perlu menunggu lama. Pemandunya pula berhemah, sangat menghormati pengguna. Hal ini sangat-sangat berbeza dengan negara kita. Infrastruktur di negara ini bolehlah dikatakan canggih jika dibandingkan dengan negara-negara serantau tetapi tahap perkhidmatannya, mintak maaf cakap la, amat menyedihkan.
Keadaan yang sudah lama berlarutan ini diburukkan lagi dengan keputusan kerajaan menaikkan lagi harga minyak sebanyak 78 sen, kenaikan tertinggi harga minyak di dunia di sesebuah negara. Kenaikan mendadak ini sangat dikesali dalam keadaan di mana tahap perkhidmatan sistem pengangkutan awam terutamanya bas berada dalam keadaan yang sangat buruk. Rakyat bawahan yang semakin tersepit terpaksa berasak-asak menaiki bas dan LRT, lantaran ingin menjimatkan ”isi poket” yang kian kekeringan menjelang hujung bulan. Harga beras naik, harga gula naik, harga tol naik, semua naik, yang turunnya, hujan saja.
Apa lagi yang rakyat mampu lakukan, rakyat tiada pilihan. Jika harga minyak dinaikkan dengan tujuan untuk mengurangkan jumlah kenderaan persendirian dan dalam masa yang sama sistem pengangkutan awam berada pada tahap terbaik, sudah tentu kenaikan itu tidak menjadi bantahan yang berpanjangan. Ini tidak. Sudahnya, rakyat juga yang menjadi mangsa. Semuanya kerana peranan yang dimainkan oleh golongan atasan yang mungkin tidak pernah dan tidak mahu langsung mendengar keluh-kesah masyarakat bawahan. Apa yang mereka tahu dan tersemat dalam kamus pemikiran mereka ialah perkataan UNTUNG sahaja.
Ratusan bas di depoh Rapid KL Kuala Kubu Bharu yang hanya dibiarkan "mereput"
Penulis sebagai seorang pengguna pengangkutan awam berasa sangat kecewa dengan pihak bertanggungjawab terhadap pengangkutan awam di Kuala Lumpur lantaran tahap perkhidmatan yang amat menyedihkan. Penulis juga percaya perasaan ini turut dikongsi oleh beribu-ribu pengguna pengangkutan awam di seluruh negara. Bagaimana kita sebagai pengguna harus bertindak bagi mengubah keadaan ini. Perlukah kita mengadakan mogok besar-besaran membantah atau memprotes terhadap tahap perkhidmatan pengangkutan awam itu, seperti mana yang dilakukan di negara-negara luar.. ataupun penulis mengesyorkan kita berjalan kaki sahaja, boikot pengangkutan awam.. penulis telah melakukan dengan cara yang tersendiri, sebagai bantahan dan protes kepada bas T632 yang sering lewat tiba mengambil penumpang, penulis akan pulang berjalan kaki ke rumah dari kampus setiap malam..
Di sini, penulis perturunkan semula surat bertarikh 11 September 1996 yang dihantar oleh Encik Samak bin Haji Ahmad, yang ketika itu berjawatan Setiausaha UMNO Bahagian Kapar kepada semua Ketua-ketua UMNO Cawangan dalam bahagian Kapar. Di dalam surat tersebut yang bertajuk "Garis Panduan Program Agama" dinyatakan dengan jelas bahwa UMNO Kapar berpendirian untuk menolak hukum Al-Quran semata-mata kerana ianya bersesuaian dengan semangat Barisan Nasional.
Penulis petik semula perenggan ketiga surat tersebut yang mana menyatakan :
"...sebagai contoh, pada 7hb September 1996 yang lepas, satu majlis forum telah diadakan di Bandar Sultan Suleiman, Pelabuhan Klang. Salah seorang ahli panel forum itu telah menghuraikan ayat 36 Surah Al-Ahzab yang menjelaskan kesesatan mereka yang 'memilih hukum selain hukum Allah' termasuk juga mereka yang menolak hukum hudud dalam Al-Quran. Kita tidak boleh menerima hujjah dari Quran seperti itu kerana ini akan menjauhkan sokongan rakyat daripada UMNO. Kita menolak hukum Quran kerana ianya bersesuaian dengan semangat Barisan Nasional bagi mengekalkan kuasa dalam negara ini. Kejahilan masyarakat dalam agama bererti keuntungan kepada kita ...."
Untuk paparan surat asal yang lebih jelas, sila ke link ini :
http://cikgunurionline.wordpress.com/2008/03/05/lagi-bukti-umno-tolak-islam/
Baca kat situ, pastu lu pikirlah sendiri, askum....
10 tahun berlalu, tarikh 16 September tiba lagi pada hari ini. Wujud suara-suara ingin perubahan dalam negara. Inginkan reformasi segera dilakukan. Hampir separuh rakyat Malaysia inginkan pembaharuan dilakukan. Hal ini dizahirkan dalam bentuk undi pada 8 Mac 2008 apabila kira-kira 49 peratus pengundi TIDAK mengundi parti memerintah dalam Pilihanraya Umum Ke-12. Tarikh 16 September sudah melewati waktu Asar kini, namun janji Ketua Pembangkang, DSAI untuk mengambil alih kerajaan belum nampak akan benar-benar terjadi dalam masa terdekat ini. Terbaru, DSAI memberi tempoh 2 minggu untuk berbincang dengan PM, Pak Lah.. Jika benar kerajaan akan bertukar pada tahun ini, harapan rakyat agar kerajaan baru nanti akan benar-benar membela nasib rakyat Malaysia.