Salam perjuangan..
BERHARGANYA SEKEPING RM 1.00..
Hari ni masuk hari kedua umat Islam berpuasa.. Hari ni jugak penulis rase letih sangat.
Pukul 9.00 pagi dah ready, bersiap-siap tunggu bas kat Stesen U. Bila penulis bukak-bukak dompet, hanya ada 3 keping not RM10 dan 1 keping not RM5...alamak..duit RM1.00 sekeping takdak..duit syiling ada la 3 kupang... Penulis bukannya apa, just risau kalau dimarahi driver bas sebab minggu lepas, ada 2 pompuan dah kena marah sebab hulur not RM10 sedangkan tiket yang nak beli tu harganya RM 1 je.. Satu lagi kita penumpang ada jugak la sifat bertimbang rasa, dengan keadaan ramai orang nak naik bas pagi-pagi ni, kita sebenarnya menyusahkan pemandu kalau bagi not besar-besar... Hehe, kecian kat abang driver tu nanti...
Hm, berbalik pada cerita tadi,penulis pun tercari-cari la kawan2 yang penulis kenal kat situ. Niat penulis nak tanya kalau2 ada wang kecik yang bleh tukar dengan RM 5 ni. Mula-mula penulis ke kedai beli akhbar Metro tapi kat kedai tu pun takdak duit kecik.. Lepas tu, penulis jumpa dengan Jerry Goidon, dia pun takdak gak duit kecik.. Jumpa plak Mira, pun takdak gak duit kecik, jumpa plak dengan Shida, pun takdak gak duit kecik... Tengah penulis mengeluh tu, ada la seorang hamba Allah ni hulurkan sekeping not RM 1. Alhamdulillah.. tak sempat plak penulis tanya nama dia.. Tapi yang pasti di kawan pada Shida.. Trima kasih la awk yg bertudung merah jambu.. Semoga dengan keberkatan bulan Ramadhan ni, ALLAH murahkan rezeki awak.. Amin... Yang pasti, pada ketika nak naik bas Rapid KL, kita akan rasa bahwa sekeping RM 1 itu sangat berharga...
LETIH..
Tiba di kelas Dr.Safiah pada jam 9.52 pagi.. Berada di kelas hingga jam 11.55 pagi..
Naik ke bilik En.Wan Zul bermesyuarat mengenai program berbuka puasa.
Jam 12.50 tghari selesai mesyuarat dan bergerak ke Bilik Sumber RPPP, lihat tesis2 terdahulu. Jam 1.30 petang turun ke surau fakulti dan solat..
Jam 1.45 petang bersiap2 nak balik tapi mendapat panggilan dari En.Wan Zul. Penulis dikehendaki ke biliknya.
Jam 2.00 petang sampai di bilik En.Wan Zul.
Jam 2.15 petang jumpa Dr.Nor, mintak t/tangan dan cop untuk surat tajaan program berbuka puasa.
Jam 2.50 petang masih berada di bilik En.Wan Zul.
Sekitar jam 3.10 petang, beredar dari bilik En.Wan Zul dan turun berjumpa Shabri, Taufik, Syazmi dan Hafiz Z.
Jam 3.15 petang, bergerak ke Hotel Grand Season, Jalan Pahang di Sentul dan sampai di sana kira-kira jam 3.45 petang.
Selesai urusan di Grand Season, bergerak ke Damansara untuk ke TV 3 di Bandar Utama.
Tiba di TV 3 kira-kira jam 4.10 petang.
Selesai urusan jam 4.20 petang, bertolak pulang ke kampus dan sampai kira-kira jam 5.00 petang.
Bergerak ke Main Library, tiba kira-kira jam 5.10 petang. Terus naik lif ke Makmal Komputer, Aras 3. Terjumpa dengan Gee Dani, sahabat baikku dok tengah wat slideshow tak reti, hehe.. Aku bukak blog n tulis posting ni..
Esok jumpa lagi sebab nak balik solat dan rehat jap, kepala tengah sakit2 ni..
No comments:
Post a Comment