Wednesday, September 3, 2008

DR.ASRI SINDIR PAK LAH..???

Assalamualaikum semua..



Pada 28 Ogos 2008 yang lalu, Mufti Perlis, YBhg.Dr. Mohd.Asri Zainul Abidin telah menyiarkan sebuah pantun yang diberi tajuk 'Pantun Cari Ganti' (gambar sebelah) di dalam laman blognya, http://drmaza.com/home/.

Apabila membaca pantun ini, penulis tertarik dengan bait-bait di rangkap ketiga pantun tersebut yang berbunyi...

Anak singa di Pulau Teberau,
anak tebuan seekor lari,
jika negara sudah kacau,
eloklah tuan mengundur diri.
Penulis tersenyum sendirian apabila mendapati rangkap-rangkap pantun ini sebenarnya berlatarbelakangkan Bangunan Putra Perdana yang menempatkan Pejabat Perdana Menteri Malaysia di Putrajaya.
Hati kecil penulis terus digeletek apabila membaca rangkap terakhir yang berbunyi...
pergilah mandi di Titi Tinggi,
jalan tersepak tali pencuci,
carilah ganti berbudi tinggi,
bukan perompak ganti pencuri.
Apakah maksud yang sebenarnya cuba disampaikan mufti terkenal ini. Di rangkap sebelumnya, beliau mengungkapkan agar apabila negara sudah kacau maka seseorang perlu mengundur diri. Seseorang itu mungkin saja penguasa atau ketua kerajaan sesebuah negara yang sudah kacau itu. Dalam pemikiran penulis, orang itu sudah tentu Perdana Menteri. Sementelah pula, gambar Pejabat PM turut dijadikan background pada pantun itu. Hal ini bererti, suara hati Dr.Asri adalah meminta atau berkias menggunakan pantun agar PM berundur diri dan mencari pengganti yang lebih sesuai menerajui negara. Ciri-ciri pengganti itu sudah terjawab dalam rangkap terakhir pantun tersebut.
Menyusuri dua baris akhir pada rangkap terakhir iaitu..
carilah ganti berbudi tinggi,
bukan perompak ganti pencuri.
Penulis berpendapat kita sendiri dapat meneka apakah maksud sebenar Dr.Asri.. Bagi penulis, apa yang tersembunyi adalah pengakuan tersirat Dr.Asri mengenai sikap atau perangai bakal-bakal pemimpin negara ini. Kita sependapat dengan Dr.Asri, kita tak nak perompak ganti pencuri tetapi kita mahu pengganti yang berbudi tinggi.,. Syabas Dr.Asri atas sebuah pantun yang cukup mengesankan dan 'makan dalam'..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...