Monday, September 22, 2008

SAH UMNO TOLAK HUKUM AL-QURAN

Assalamualaikum wbt semua....

Di sini, penulis perturunkan semula surat bertarikh 11 September 1996 yang dihantar oleh Encik Samak bin Haji Ahmad, yang ketika itu berjawatan Setiausaha UMNO Bahagian Kapar kepada semua Ketua-ketua UMNO Cawangan dalam bahagian Kapar. Di dalam surat tersebut yang bertajuk "Garis Panduan Program Agama" dinyatakan dengan jelas bahwa UMNO Kapar berpendirian untuk menolak hukum Al-Quran semata-mata kerana ianya bersesuaian dengan semangat Barisan Nasional.

Penulis petik semula perenggan ketiga surat tersebut yang mana menyatakan :

"...sebagai contoh, pada 7hb September 1996 yang lepas, satu majlis forum telah diadakan di Bandar Sultan Suleiman, Pelabuhan Klang. Salah seorang ahli panel forum itu telah menghuraikan ayat 36 Surah Al-Ahzab yang menjelaskan kesesatan mereka yang 'memilih hukum selain hukum Allah' termasuk juga mereka yang menolak hukum hudud dalam Al-Quran. Kita tidak boleh menerima hujjah dari Quran seperti itu kerana ini akan menjauhkan sokongan rakyat daripada UMNO. Kita menolak hukum Quran kerana ianya bersesuaian dengan semangat Barisan Nasional bagi mengekalkan kuasa dalam negara ini. Kejahilan masyarakat dalam agama bererti keuntungan kepada kita ...."

Untuk paparan surat asal yang lebih jelas, sila ke link ini :

http://cikgunurionline.wordpress.com/2008/03/05/lagi-bukti-umno-tolak-islam/

Baca kat situ, pastu lu pikirlah sendiri, askum....

3 comments:

Anonymous said...

mu nak msk ISA ka..jangan tulis benda yang mu xtau...

Anonymous said...

kalu ye pun taksub jgn over dos.............huhuhuhu

paktam@jengka said...

sumber internet jugak, kalo tak betul, ini just untuk peringatan sesama insan. lagipun UMNO ni memang tolak hukum Islam. Aku ni memang minat politik, nak wat camna, lagipun ni blog aku, mana lagi aku nak curah idea kalo tk kat cni..Apepun aku alu-alukan teguran, kritikan, cadangan dan nasihat dari korang semua. Syukran jazilan... Tq

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...