Wednesday, October 29, 2008

YA ALLAH..AMPUNKAN HAMBAMU INI..

Assalamualaikum w.b.t..

Fatwa Kerajaan Arab Saudi (Lajnah Daimah Lil Buhuts al-Ilmiyyah wal Ifta`) yang diketuai oleh Syaikh Abdul Aziz bin Abdullah Ali Syaikh menyatakan dengan tegas:

“Dilarang bagi umat Islam untuk mengucapkan selamat atas hari raya orang kafir, karena ini menunjukkan sikap rela terhadapnya di samping memberikan rasa gembira di hati mereka.”

Dari Eropa, anggota Dewan Penelitian dan Fatwa Eropa
(Al-Majlis Al-Urubi li Al-Buhuts wa Al-Ifta`),


Gambar di atas ialah sedutan posting penulis pada hari Isnin lepas (Deepavali)

Selepas membaca laman Tranungkite Online.Net, bertanya pendapat Ust.Aris Fezul dan meneliti tulisan berkenaan 'Hukum Mengucapkan Selamat Hari Deepavali' dalam blog Ust.Nasrudin Hassan Tantawi (http://ustaznasrudin-tantawi.blogspot.com/) dan blog Asyraf Aziz, (http://asyrafaziz.blogspot.com/2008/10/selamat-menyambut-deepavali.html), penulis dengan ini MENARIK BALIK tulisan dalam posting 27 Oktober 2008 yg lalu bertajuk "DEEPAVALI NAL VALTHUKHAL".

Tajuk tulisan tersebut sebenarnya penulis 'cedok' dari tulisan dalam blog Datuk Seri Anwar Ibrahim. Lihat di link ini : http://anwaribrahimblog.com/2008/10/25/deepavali-nal-valthukhal/

"....Hari Deepavali jatuh pada bulan ketujuh dalam kelender Hindu, biasanya pada bulan Oktober atau November. Oleh kerana namanya Pesta Cahaya, ia disambut dengan cahaya dan lampu oleh penganut Hindu. Asal usul perayaan ini adalah berkaitan dengan pertembungan antara Dewa Rama dengan Ravana, dimana kemenangan berpihak pada Dewa Rama, yang akhirnya berjaya merampas Sita dari Ravana yang jahat. Selain itu terdapat juga pelbagai cerita lain yang berkaitan dengan perayaan ini, seperti pergaduhan antara Dewa Krishna dengan Syaitan Asura- yang dimenangi oleh pihak baik lantas dirayakan dengan pelita dan lampu-lampu...."

Baca lagi di : http://asyrafaziz.blogspot.com/2008/10/selamat-menyambut-deepavali.html

Tuesday, October 28, 2008

TAHNIAH SAHABAT-SAHABATKU..

Assalamualaikum semua..

Semalam penulis menerima dua khabar gembira dari dua orang sahabat yang telah menerima kehadiran orang baru dalam keluarga masing-masing.

Pertamanya penulis ucapkan tahniah kepada sahabat merangkap kekanda penulis nun jauh di bumi Syria, Ustaz Mohd.Nasaie Hj.Ismail dan isteri kerana dikurniakan puteri sulung mereka pada hari semalam.Khabarnya, TG Hj.Abdul Hadi Awang yang kebetulan berada di Syria berkesempatan melakukan upacara belah mulut pada hari ini, InsyaAllah.. Sebagai sahabat, penulis tumpang bergembira dengan lahirnya seorang lagi puteri yang mudah-mudah2an akan turut mewarisi perjuangan Islam sepertimana yang dilakukan ibu dan bapanya.. Allahu Akbar..

Keduanya, penulis juga ucapkan tahniah kepada sahabat ketika di Tingkatan 6 Atas, Mariani Mansor dan suami kerana dikurniakan Allah puteri sulung mereka yang diberi nama Adriana Sofea yang kini sudah berusia 2 minggu.. Semoga kekal bahagia selamanya, Insya Allah..

Ustaz Mohd.Nasaie dan isteri ketika majlis perkahwinan mereka pada 22 Disember tahun lalu.

Di sebelah beliau ialah bekas tahanan ISA yang kini telah diangkat menjadi ADUN Hulu Klang, YB Hj.Saari Sungib. Di hujung sekali sebelah kiri (yang dok tersengih tu), adik bongsu penulis, Ahmad Shukri. Di sebelah adik penulis itulah sahabat penulis yang kini di Acheh, Ust.Mohd.Fadhlullah Ismail manakala di sebelah beliau pula ialah Ust.Aris Fezul Ismail iaitu abang kepada Ust.Nasaie dan Ust.Fadhlullah.

Penulis juga ucapkan selamat berbahagia kepada kawan-kawan satu sekolah yang sudah pun berumahtangga antaranya Hai Ro, Ina Saufi, Wani J.10 dan yang akan berumahtangga pada bulan Januari depan iaitu Salam J.8.

Insya Allah, kalo takdak aral melintang dan diizinkan Allah, aku datang umah ko nanti ye Salam, hehe..

Gambar dipetik dari :http://tukulbesi.blogspot.com/search?updated-min=2007-01-01T00%3A00%3A00-08%3A00&updated-max=2008-01-01T00%3A00%3A00-08%3A00&max-results=12

Sunday, October 19, 2008

GERAKAN ISLAM SEDUNIA YANG PERLU ANDA TAHU

Dalam kehangatan pemilihan pucuk pimpinan parti-parti yang ingin berkuasa di Malaysia ketika ini, sedarkah pengunjung semua mengenai perjuangan yang sepatutnya lebih penting dari mana-mana perjuangan yakni perjuangan Islam. Penulis yakin rakan-rakan penulis masih kabur mengenai sejarah gerakan Islam sedunia. Semoga artikel di bawah dapat memberi sedikit pengetahuan kepada rakan-rakan pengunjung sekalian, InsyaAllah..
Perjuangan harakah Islamiah (gerakan Islam) adalah mata rantai perjuangan Rasulullah s.a.w. Sejak kewafatan baginda Nabi Muhammad s.a.w, perjuangan Islam diwarisi oleh pemerintahan Khulafa Ar-Rasyidin, kemudian diteruskan oleh pemerintahan khilafah-khilafah lainnya.
Selepas kejatuhan Khilafah Islam Turki Uthmaniyyah tanggal 03 Mac 1924 hasil pengkhianatan Musatafa Kamal Attaturk dengan bantuan dari pelbagai negara-negara Barat , maka muncullah satu demi satu gerakan Islam di beberapa buah negara khasnya negara-negara yang pernah menjadi wilayah pemerintahan Uthmaniyyah. Dengan berbekalkan satu matlamat yang sangat besar iaitu untuk mengembalikan semula sistem khilafah ini yang telah mengangkat darjat serta kemuliaan ummah , maka beberapa individu dikalangan ulama’-ulama’ yang sedar memulakan langkah kearah pembentukan semula rasa cinta terhadap agama di kalangan ummat Islam yang telah diserang badai jahiliyah Sekular yang sangat dahsyat.
Berikut adalah beberapa Harakah Islamiah yang ditubuhkan selepas kejatuhan Khilafah :
1924 –
Nama : Jama’ah An-Nur
Pengasas : Sheikh Bediuzzaman Said An-Nursi.
Tahun / Tarikh : 1924 ( selepas kejatuhan Khilafah )
Negara : Turki.·
Bertahan selama 9 bulan sahaja dan diharamkan.
1928 –
Nama : Ikhwanul Muslimin
Pengasas : As-Syahid Imam Hasan Al-Banna.
Tahun / Tarikh : 1928
Tempat : Ismailiyah.
Negara : Mesir.
Rangkaian : Jordan, Syria, Lubnan, Sudan, Afrika Utara, Iraq dan lain-lain.
1941 -
Nama : Jama’ah Islami
Pengasas : Sayyid Abul A’la Al-Maududi
Tahun / Tarikh : 26 Ogos 1941
Tempat : Lahore
Negara : Pakistan
Rangkaian : Benua India – Sri Lanka, Bangladesh, Afganistan, India
( 1947 – Syah Waliyullah Ad-Dahlawi ).
1944 -
Nama : Parti Al-Ummah
Pengasas : Sadiq Al-Mahdi
Tahun / Tarikh : 1944
Tempat : Khartoum
Negara : Sudan·
Sekarang Ikhwanul Muslimin – Dr.Hasan Turabi.
1945 -
Nama : Majlis Syura Muslimin ( Masyumi )
Pengasas : Haji Mohammad Natsir ( Pak Natsir )
Tahun / Tarikh : 08 November 1945
Tempat : Yogjakarta
Negara : Indonesia
Diharamkan : 17 Ogos 1960
1947 -
Nama : Al-Jamahir Syabiyah
Pengasas : Ust Muhammad Mahmud As-Sawaf
Tahun / Tarikh : 1947
Tempat : Baghdad
Negara : Iraq
Diharamkan : 1952·
Sekarang Ikhwanul Muslimin
1948 -
Nama : Hizbul Muslimin
Pengasas : Ust Hj Abu Bakar Al-Baqir
Tahun / Tarikh : 14 Mac 1948
Tempat : Gunung Semanggol, Perak Darul Ridzuan
Negara : Malaysia
Diharamkan : Jun 1948
1951 -
Nama : Parti Islam Se-Malaysia ( PAS )
Pengasas / Pimpinan : Haji Ahmad Fuad
Tahun / Tarikh : 24 November 1951
Tempat : Bagan Tuan Kecil, Pulau Pinang
Negara : Malaysia
Mempunyai kuasa memerintah secara majoriti di 2 negeri
iaitu Kelantan (sejak 1990) dan Kedah (sejak Mac 2008)
1987 -
Nama : Harakatul Muqawwamatil Islamiah ( HAMAS )
Pengasas : As-Syahid Sheikh Ahmad Yasin
Tahun / Tarikh : 08 Disember 1987
Tempat : Ghazzah ( Gaza )
Negara : Palestin·
Lanjutan dari Ikhwanul Muslimin Palestin – 1948
1989 -
Nama : Front Islamic Salvation ( FIS )
Pengasas / Pimpinan : Prof Abbas Madani dan Sheikh Ali Benhaj
Tahun / Tarikh : 18 Februari 1949
Negara : Algeria
Diharamkan : 09 Februari 1992
1998 -
Nama : Partai Keadilan Sejahtera ( PKS )
Pengasas / Pimpinan : Dr.Ir Nurmahmudi Ismail dan Dr.Hidayat Nurwahid
Tahun / Tarikh : 20 Julai 1998
Tempat : Jakarta
Negara : Indonesia
2001 -
Nama : Parti Keadilan & Pembangunan Turki ( AK Party )
Pengasas / Pimpinan : Recep Tayyip Erdogan
Tahun / Tarikh : 14 Ogos 2001
Negara : Turki·
Lanjutan dari Parti Refah – Prof Nejmuddin Erbakan·
Lanjutan dari Parti Milli Salamat.

Masyarakat Islam di Malaysia sewajarnya bersyukur kerana negara kita dikurniakan satu wadah perjuangan Islam yang jelas. Keberadaan Tok Guru Nik Aziz, Tok Guru Haji Hadi dan seluruh ulama di seluruh pelusuk negara ini benar-benar menjadi penyelamat umat menerusi dakwah dan perjuangan mereka..
Mudah-mudahan negara kita diberi kemenangan dan ditadbir oleh Gerakan Islam ! ALLAHU AKBAR..!!!
Artikel ini penulis perolehi dari blog seorang sahabat :

Thursday, October 16, 2008

TERBELAKAH HAK NURUL HUDA GHANI..??

Allahyarhamah Nurul Huda Abdul Ghani
PEROGOL DAN PEMBUNUH NURUL HUDA TERLEPAS TALI GANTUNG
Bekas pengawal keselamatan, Mohd Abbas Danus Baksan, yang didapati bersalah membunuh budak perempuan berumur 10 tahun, Nurul Huda Abdul Ghani di Johor empat tahun lalu, terlepas daripada hukuman mati selepas Mahkamah Persekutuan mengetepikan sabitan dan hukuman itu.

Mahkamah bagaimanapun mengekalkan hukuman penjara 20 tahun dan 24 sebatan dengan rotan yang diputuskan Mahkamah Sesyen Johor Baharu bagi kesalahan merogol budak prempuan itu, yang Mohd Abbas mengaku bersalah. Namun dia terlepas hukuman sebatan kerana dia kini berumur 52 tahun.

Semasa membenarkan rayuan Mohd Abbas, Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Zaki Tun Azmi berkata, beliau bersetuju dengan hujahan pembelaan bahawa terdapat orang ketiga yang terbabit dalam kes itu.
Dengan itu, semua keterangan keadaan yang dikemukakan pihak pendakwaan tidak menunjukkan yang kesalahan itu dilakukan sepenuhnya oleh perayu (Mohd Abbas),” katanya semasa memansuhkan keputusan Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi.
Bersidang bersama-sama dengan Hakim Zaki ialah Hakim Besar Malaya Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff dan Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Aziz Mohamad. - Bernama


_____________________________________________________________

Apakah perasaan bapa Nurul Huda selepas mengetahui keputusan
Mahkamah Rayuan hari ini..

Bapa kepada Allahyarhamah Nurul Huda Abdul Ghani

Sekilas pandang Utusan Malaysia, 18 Januari 2004

GELANG PATAH 17 Jan. - Seorang budak perempuan berumur 10 tahun dibunuh selepas dipercayai dirogol bergilir-gilir oleh tiga lelaki termasuk seorang pengawal keselamatan di pondok kawalan pencawang elektrik Tenaga Nasional Berhad, Tanjung Kupang di sini, hari ini. Mayat mangsa, Nurul Huda Ghani, murid tahun empat Sekolah Rendah Kebangsaan Tiram Duku dijumpai dalam keadaan bogel di dalam pondok terbabit manakala basikalnya di luar pondok itu.


Sekilas pandang Utusan Malaysia, 19 Januari 2004

KUALA LUMPUR 18 Jan. - Rakyat seluruh negara melahirkan perasaan teramat marah dengan kes rogol dan bunuh seorang budak perempuan berusia 10 tahun di Johor semalam dan mendesak kerajaan mengenakan hukuman paling keras _ sebat pelakunya di khalayak ramai, sebelum dihukum mati.

``Hanya hukuman setimpal seperti itu harus dikenakan kerana merogol kanak-kanak di bawah umur merupakan perbuatan paling tidak berperikemanusiaan dan hanya layak dilakukan oleh binatang,'' kata Pengerusi Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah, Fadzil Hanafi kepada Utusan Malaysia hari ini.


Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Datuk Dr. Ismail Ibrahim turut bersetuju hukuman sebat di khalayak ramai diperkenalkan jika langkah itu berkesan dalam menyedarkan rakyat negara ini.``Sebenarnya hukuman berat sudah menanti pesalah kes sebegini tapi sebab orang ramai tak melihatnya sendiri maka ia tidak begitu menyedarkan orang lain kerana ia dilakukan dalam penjara,'' katanya.

GELANG PATAH 18 Jan. - Murid Tahun Empat, Nurul Huda Ghani, 10, yang dibunuh selepas dipercayai dirogol bergilir-gilir di pondok kawalan pencawang elektrik Tenaga Nasional Berhad, Tanjung Kupang di sini sempat melahirkan hasrat untuk menjadi doktor apabila dewasa kepada bapanya.

``Apabila besar nanti saya nak jadi doktor, boleh merawat ayah, keluarga kita dan orang kampung yang sakit. Itulah kata-kata terakhir Nurul Huda kepada saya kelmarin,'' ujar beliau

Sekilas pandang Utusan Malaysia, 20 Januari 2004

VIENTIANE (Laos) 19 Jan. - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu mereka yang merogol dan membunuh Nurul Huda Ghani segera dibawa ke muka pengadilan dan dikenakan hukuman berat setimpal dengan perbuatan yang beliau sifatkan sebagai keji dan sangat kejam.

Mengulas pembunuhan murid berusia 10 tahun itu yang menimbulkan kemarahan rakyat seluruh negara, beliau berkata: ``Saya sangat marah. Ia perbuatan sangat kejam, macam binatang buas.''

Abdullah yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, beliau telah dimaklumkan bahawa ia merupakan kes rogol dan bunuh, dan dengan itu jika sabit kesalahan, hukumannya amat berat. ``Saya amat-amat sedih yang kejadian begitu kejam boleh berlaku dan dilakukan pula oleh orang dewasa terhadap kanak-kanak yang umur hanya baru 10 tahun,'' katanya.

AL-FATIHAH KE ATAS ALLAHYARHAMAH NURUL HUDA ABDUL GHANI

SEMOGA ROHNYA DIRAHMATI ALLAH S.W.T

MAKLUMAN UNTUK WARGA RPPP UNIVERSITI MALAYA

Persatuan Pelajar Pengajian Perbandaran dan Perancangan, Universiti Malaya akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan dan Majlis Jamuan Hari Raya Aildilfitri seperti butiran di bawah :

Semua pensyarah dan kakitangan serta semua pelajar tahun satu, dua dan tahun tiga RPPP dijemput hadir beramai-ramai memeriahkan majlis.

Monday, October 13, 2008

KEMALANGAN NGERI DI JENGKA

OPS SIKAP yang dilancarkan Polis Diraja Malaysia sempena musim perayaan Aidil fitri baru saja berlalu, namun kemalangan jalan raya masih berlaku setiap hari di Malaysia.

Gambar di bawah ini menunjukkan tangan milik seorang peneroka di Jengka yang putus akibat kemalangan jalanraya..

Baca selanjutnya di link di bawah ini :

http://tukulbesi.blogspot.com/2008/10/masih-baru-lagi-blog-tukul-besi.html

Peringatan : Gambar-gambar kemalangan mungkin akan menyebabkan ketidakselesaan bagi sesetengah pihak, namun ambillah ini sebagai pengajaran supaya kita lebih berhati-hati di jalanraya..

Sunday, October 12, 2008

DATUK SHAH RUKH KHAN....ALAHAI...


Berbagai reaksi dapat dilihat dalam laman blog dan media alternatif di internet ekoran tindakan kerajaan negeri Melaka yang akan menganugerahkan gelaran 'Datuk' kepada aktor popular Bollywood, Shah Rukh Khan.

Pada penulis, keputusan kerajaan Melaka yang diterajui Ketua Menterinya, Datuk Seri Mohd.Ali Rustam sebagai tindakan yang langsung tidak relevan dan tidak peka kepada sensitiviti masyarakat Islam.


Umum mengetahui bahawa aktor ini adalah seorang yang beragama Islam. Ibu bapanya juga penganut Islam. Shah Rukh Khan telah berkahwin dengan seorang gadis yang beragama Hindu dan upacara perkahwinannya dijalankan mengikut tradisi agama Hindu...!! Dua anak hasil perkahwinan mereka juga diajar mengamalkan kedua-dua agama...!!! Shah Rukh Khan juga berkata mereka sekeluarga tidak ada masalah menerima isterinya yang seorang beragama Hindu malah Al-Quran juga diletakkan bersebelahan dengan tuhan Hindu.. !! (rujuk wikipedia.org)

Astaghhfirullah.. Mengapa sampai tergamak sekali hamba Allah ini melakukan semua ini..
Tidakkah kerajaan negeri Melaka sedar akan perkara ini.. Mengapa perlu diagungkan dan dihormati manusia bernama Shah Rukh Khan yang terang-terang menentang dan mempermainkan Islam dan Allah s.w.t....

Penulis membantah sekeras-kerasnya tindakan kerajaan negeri Melaka menganugerahkan gelaran Datuk kepada Shah Rukh Khan..

Saturday, October 11, 2008

BAGAIMANA INI BOLEH BERLAKU..??


Imej di atas ialah petikan dari laman web Malaysiakini.com yang melaporkan kekesalan Mufti Perlis terhadap tindakan sebuah sekolah menengah di Kangar yang mengarahkan lapan pelajar Islam mengiringi perarakan berhala Buddha di Kangar Selasa lalu.

Insiden ini sepatutnya menjadi berita utama tetapi oleh kerana ia melibatkan kepentingan Islam, maka ia hanya didiamkan oleh pihak berwajib. Nah, sekaranglah masanya pihak pemerintah menunjukkan kesungguhannya dalam membela Islam. Bagaimana Jabatan Pelajaran boleh membenarkan perkara ini berlaku..?? Bagaimana dengan ibu bapa lapan pelajar Islam terbabit..?? Tiadakah bantahan dari mereka..?? Pemimpin setempat di mana..?? ADUN dan Ahli Parlimen di mana..?? Insiden ini berlaku 3 hari lepas, dan semalam baru dilaporkan bantahan terhadap Jabatan Pelajaran Perlis oleh Jabatan Mufti Perlis.

Ahli Parlimen Kangar, Radzi Sheikh Ahmad

Mungkin ada perkembangan terbaru selepas ini, tapi penulis tak yakin adakah ia akan diambil perhatian oleh masyarakat kita, kerana sekarang ini sebahagian pemimpin politik yang sepatutnya beertugas membela rakyat sedang menghitung hayat politik masing-masing dengan pemilihan parti di seluruh negara. Apa punya turrr...

Semoga Islam kembali terbela, TAKBIR....

Thursday, October 9, 2008

MENANTI TIBANYA MAC 2009

Assalamualaikum wbt..

Lewat petang semalam, negara akhirnya mengetahui pendirian Presiden UMNO, Pak Lah yang akhirnya akur pada desakan umum untuk tidak mempertahankan jawatan Presiden pada pemilihan MT UMNO Mac tahun depan. Pendirian beliau itu sekaligus mengesahkan Najib bakal bergelar Presiden UMNO dan secara tradisinya Perdana Menteri baru selepas tarikh tersebut. Ini juga beerti Najib akan berhadapan dengan Ku Li untuk pertandingan jawatan Presiden nanti.

Putera raja dari Gua Musang itu sudah terlalu lama mengidamkan jawatan tertinggi parti sejak percubaan pertamanya pada tahun 1987. Najib juga menghadapi ancaman dari Naib Presiden paling berani, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang sangat vokal mempersoalkan tempoh peralihan kuasa. Jawatan Timbalan Presiden juga menarik minat beberapa calon lain iaitu Datuk Dr.Zahid Hamidi, Datuk Mohd Ali Rustam dan Datuk Nur Jazlan Mohamad. Sebentar tadi seorang lagi calon menawarkan diri bertanding jawatan nombor dua parti itu iaitu Tan Sri Muhammad Mohd.Taib.


Itu cerita di dalam UMNO. Di luar UMNO pula iaitu rakan-rakan parti dalam BN, ada suara yang lantang bergema mempersoalkan mengapa peralihan kuasa hanya dibincang dalam UMNO. Akur dengan suara itu, Pak Lah mengadakan mesyuarat Dewan Tertinggi BN semalam yang menyaksikan keputusannya tidak mempertahankan jawatan. Bagi penulis, tindakan ini sedikit lambat berbanding tindakan Presiden MCA, Datuk Seri Ong Ka Ting yang awal-awal lagi sudah mengumumkan untuk tidak mempertahankan jawatannya. Pada hemat penulis, Presiden MCA itu sudah memahami isyarat masyarakat Cina yang semakin jauh dengan MCA seusai 8 Mac lalu. Inilah sebenarnya sikap pemimpin yang bertanggungjawab. Bukan hanya menunggu desakan kuat dan suara akar umbi yang lantang mempersoalkan kepimpinannya. Kira faham-faham sendirilah..


NASIB KHAIRY...

Adakah Khairy mampu menggantikan Hishammuddin..??

Penulis juga terfikir bagaimana nasib Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin selepas Mac 2009. Terbaru, Pemuda UMNO Machang pula mencalonkan Khairy sebagai Ketua Pemuda UMNO pada pemilihan tahun depan. Ahli Parlimen Rembau itu akan menghadapi sekurang-kurangnya 3 calon lain iaitu Datuk Mukhriz Mahathir, Dato'Dr.Mohd.Khir Toyo dan Datuk Zahidi Zainul Abidin. Adakah Khairy akan tersungkur tika berdepan dengan generasi pewaris tokoh ulung negara seperti Mukhriz atau sekurang-kurangnya bersaing dengan bekas ketua kerajaan negeri paling maju di Malaysia, Dr.Khir Toyo.

Umum masih ingat bagaimana Khairy tiba-tiba dijulang sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO selepas pak mentuanya, Pak Lah dilantik sebagai PM pada 2003. Kita juga tak lupa bagaimana kontroversi kontrak-kontrak diberi kepada syarikat kroni Khairy seperti Patrick Lim. Tun Dr.Mahathir juga pernah mengeluarkan kenyataan bahawa pentadbiran negara ini dinasihati oleh 'orang tingkat 4', iaitu orang-orang Khairy. Baru-baru ini, Khairy juga pernah menegaskan bahawa jawatannya ketika ini ialah hasil usahanya sendiri, bukannya tumpang tuah pak mentua. Tapi sebenarnya, tanggapan umum terhadap Khairy yang 'naik' begitu cepat kerana Pak Lah agak sukar ditepis.


Ia berlainan dengan legasi politik lainnya, seperti Najib dengan Tun Razak, Mukhriz dengan Mahathir, Hishammudin dengan Tun Hussien ataupun Hamid Albar dengan Jaafar Albar. Lebih-lebih lagi mereka ini semuanya anak dengan bapa kandung bukan menantu dengan pak mentua. Mahathir sendiri melarang anak-beranaknya terlibat aktif dengan politik sepanjang pemerintahannya. Apapun, penulis tak menafikan Khairy salah seorang tokoh politik muda yang tak kurang hebatnya. Kehadirannya yang disedari dan selalu diberi perhatian oleh kawan dan lawan sudah cukup membuktikan dirinya bukanlah sesuatu yang boleh dipandang enteng dalam politik negara.

5 BULAN LAGI..

Muhyiddin layak menjadi Presiden UMNO

Menanti tibanya Perhimpunan Agung UMNO pada Mac 2009, semua pihak termasuk Pak Lah, Najib dan Muhyiddin masih mempunyai 5 bulan lagi untuk berbuat 'sesuatu'. Adakah Pak Lah akan memegang janjinya..??? Adakah Muhyiddin akan mempersoal lagi peralihan kuasa atau beliau akan bertanding jawatan Presiden..?? Adakah Pak Lah akan menyerah kerajaan kepada Pakatan Rakyat..?? Kemungkinan ini tetap ada kerana dalam politik, segala-galanya tidak mustahil..


LANGKAH ANWAR..

Senyuman Anwar yang penuh tersirat

Ramai juga rakan-rakan yang bertanyakan bagaimana dengan usaha Anwar bagi merealisasikan peralihan kuasa kepada Pakatan Rakyat. Penulis sendiri agak 'blurr' dengan perkara ini. Semuanya bertitik tolak dari kegagalan 916 (September 16). Ramai rakan-rakan penulis yang sebelum itu cukup bersemangat berbicara soal ini. Hari-hari berlumba-lumba membuka internet dan blog, mencari informasi terkini. Namun selepas kegagalan itu, terus terang mereka perkatakan kepada penulis, "Kami dah hilang semangat", sepotong ayat yang terpacul dari mulut seorang sahabat di Vista Angkasa.

Penulis yakin perubahan kerajaan di peringkat pusat pasti akan berlaku, cuma masa saja yang menentukannya. Dalam jangkamasa 5 bulan ini, bila-bila sahaja kita akan mendapat Perdana Menteri baru seandainya lebih 30 Ahli Parlimen BN masih berpendirian untuk melompat parti ke Pakatan Rakyat, atau, usul undi tidak percaya berjaya dibentang di Parlimen dalam sidangnya minggu depan.
Kami rakyat Malaysia menanti Perdana Menteri Malaysia baru yang berjuang demi agama, bangsa dan negara bukan Perdana Menteri demi kontrak, kroni, kekayaan dan kemewahan anak beranak dan menahantu (menantu)..

MENGINSAFI PERISTIWA BERDARAH TANJONG PRIOK, JAKARTA.

Assalamulaikum semua..

Tahukah anda akan tragedi berdarah yang meragut ratusan nyawa umat Islam di daerah Jakarta pada tanggal 12 September 1984. Ikuti artikel ini.


Luka yang sangat dalam masih dirasai oleh umat Islam di situ. Pembunuhan menggunakan muntahan peluru yang mengundang derita yang berpanjangan ke atas waris-waris mangsa korban yang masih hidup sampai saat ini. Semuanya berlaku dibawah pemerintahan regim Suharto. Beliau telah kembali ke rahmatullah. Mudah-mudahan Allah mengampunkannya.( Saya cuba mencari seberapa banyak maklumat mengenai peristiwa ini, namun ini sahajalah yang dapat saya kemukakan kepada saudara sekalian. Gambar-gambar asli tragedi ini juga gagal saya temukan. Mudah-mudahan secebis kisah yang saya sampaikan ini memberi keinsafan, kesedaran serta rasa kasih yang tinggi kepada Islam yang kita perjuangkan khasnya generasi baru yang tidak sempat menerima pendedahan mengenai kisah tragis ini. )


Sabtu – 08 Sept 84 2 orang petugas Koramil tanpa membuka kasut menggeledah masuk ke Musholla As-Sa’adah di Tanjung Priok, Jakarta Utara. Mereka menyimbah poster berupa undangan Pengajian Remaja Islam ( masjid ) di Jalan Sindang menggunakan air longkang.


Ahad – 09 Sept 84 Peristiwa pencerobohan pihak tentera tersebut menjadi perbincangan hangat dikalangan ahli jama’ah Musholla As-Sa’adah dan masyarakat setempat.

Isnin – 10 Sept 84 Seorang anggota Angkatan Bersenjata Republik Indonesia ( ABRI ), Sersan 1 Hermanu yang dikatakan beragama Kristian Katholik menggeledah masuk ke Musholla As-Sa’adah untuk mencabut poster pengajian dan poster yang tertera seruan memakai jilbab kepada wanita. Beliau menceroboh masuk ke musholla dengan tidak menanggalkan kasut, menyimbah dinding musholla dengan air longkang bahkan dikatakan menginjak Al-Qur’an.


Akhirnya terjadilah pertengkaran mulut yang akhirnya dileraikan oleh 2 orang dari jama’ah Masjid Baitul Makmur yang kebetulan melalui kawasan musholla tersebut. Tindakan anggota ABRI tersebut menimbulkan kemarahan masyarakat Islam di situ sehingga mendorong beberapa orang yang tidak bertanggungjawab dan tidak ada kaitan dengan permasalahan itu bertindak membakar motor Honda GL -125 petugas KORAMIL itu. Kesannya pihak KORAMIL meminta bantuan dari KODIM untuk menjejaki individu-individu tersebut.Lantas pihak KODIM mengirim satu pasukan tentera yang membawa kepada penangkapan 4 ahli jama’ah musholla As-Sa’adah termasuk Ketua Musholla tersebut yang dituduh membakar motor Hermanu.


Selasa – 11 Sept 84 Masyarakat setempat mengundang Amir Biki untuk menjadi orang tengah bagi mengadakan rundingan dengan pihak KODIM agar membebaskan 4 ahli jama’ah musholla As-Sa’adah yang diyakini tidak bersalah. Amir Biki adalah tokoh setempat yang sangat berperanan dan sangat dipercayai masyarakat untuk menjadi penengah jika ada masalah diantara pihak militer ( penguasa ) dengan masyarakat. Namun usaha Amir Biki gagal bahkan dengan angkuh pihak KODIM memprovok rombongan Amir Biki dengan mempertontonkan salah seorang ikhwah yang ditahan itu dengan badannya penuh luka akibat siksaan.


Rabu – 12 Sept 84 Dalam suasana tentangan tersebut, acara pengajian remaja Islam di Masjid Rawabadak Jalan Sindang Raya yang direncanakan lebih awal sebelum isu pencerobohan musholla As-Sa’adah lagi diteruskan juga pada malam tersebut. Penceramahnya pendakwah Syarifin Maloko, Yayan Hendrayana dan M.Nasir. Amir Biki tidak terlibat dalam senarai penceramah dan dia bukanlah seorang mubaligh serta diketahui memang sering menolak untuk naik ke minbar-minbar. Tetapi, dengan berlatarbelakangkan insiden tersebut, akhirnya beliau didesak oleh ahli jama’ah untuk turut berpidato pada malam tersebut.Kesempatan itu, Amir Biki antara lain menyebut , “ mari kita buktikan solidaritas Islamiyyah. Kita meminta teman kita yang ditahan di KODIM. Mereka tidak bersalah. Kita membantah tindakan oknum-oknum ABRI yang tidak bertanggungjawab itu. Kita berhak membela kebenaran meskipun kita menanggung risiko. Kalau mereka tidak membebaskan, kita harus memprotesnya.”


Dengan suara bergetar Amir Biki menyatakan, “ saya beritahu KODIM supaya membebaskan 4 orang yang ditahan itu sebelum jam 11 malam. Jika tidak, saya bimbang akan terjadi banjir darah di Priok ini. Pemidato lain, Ustaz Yayan pula melaungkan, “ man ansori ilallah ? ” Siapa sanggup menolong Agama Allah ?Lalu disambut oleh hadirin, “ nahnu Ansorullah .” Kami siap menolong Agama Allah !


Sampai jam 11 malam, pihak KODIM tidak membebaskan lagi 4 ahli jama’ah tersebut. Akhirnya, ribuan masyarakat Islam mula bergerak berjalan kaki menuju ke markaz KODIM dengan penuh semangat yang membara, ada yang membawa senjata tajam dan bahan bakar. Sebahagian besarnya hanya berbekalkan ‘Asma’ul Husna dan Al-Qur’an. Amir Biki sempat berpesan, kita tidak boleh membuat kerosakan apa pun. Yang melakukan kerosakan bukan golongan kita. Jama’ah bergerak dengan 2 kumpulan besar. Sebahagiannya menuju ke POLRES dan sebahagiannya menuju ke KODIM.Di pertengahan Jalan Yos Sudarso, sekitar 200 meter dari POLRES, para jama’ah dan tentera berhadapan.


Pihak polis tidak kelihatan yang sepatutnya mereka yang terlebih dahulu menangani para peserta himpunan. Beberapa hari kemudian diketahui bahawa pihak tentera melarang polis keluar dari markaz. Ini membuktikan pihak tentera telah mempunyai niat jahat ke atas ahli jama’ah pada malam tersebut. Tentera ABRI telah siap menghadang dengan pakaian perang dengan bersenjata automatik di tangan. Kedengaran pihak militer menjerit “ mundur-mundur ! ” Teriakan ‘ mundur ‘ tersebut disambut dengan laungan takbir oleh umat Islam.


Mereka tidak berganjak sehinggalah pihak ABRI berundur dua tapak ke belakang , lalu…..bam! bam! Bam! Bergelimpangan mayat jama’ah pengajian pada malam tersebut setelah dibedil lebih kurang 30 minit. Beratus-ratus umat Islam Tanjung Priok terbaring kaku dan beratus-ratus cedera parah. Aliran elektrik sengaja dipadamkan dikawasan tersebut yang menyebabkan kilatan api dari muncung senapang jelas kelihatan sangat mengerikan. Darah syuhada’ terus mengalir membasahi bumi. Seorang anggota militer menjerit, “ bangsat ! Pelurunya habis. Anjing-anjing ini masih banyak !


Lebih sadis apabila mereka yang belum mati disepak-sepak dan kalau masih belum mati dimuntahkan peluru menghinggapi badan mereka.Seketika kemudian datang 2 buah trak besar beroda sepuluh dengan kelajuan tinggi dipenuhi militer. Dari atas trak tersebut, peluru-peluru terus dimuntahkan kepada jama’ah yang sedang meniarap dan bersembunyi dipinggir-pinggir jalan. Sangat dahsyat dan tidak berperikemanusiaan ! Trak-trak ini terus dipandu dan menggilis ahli jama’ah yang sedang meniarap samada yang masih hidup atau mati.


Bunyi jeritan dan hiruk pikuk kedengaran mengerikan. Derap derup tulang patah jelas kedengaran oleh jama’ah yang bersembunyi di selokan-selokan jalan. Pihak ABRI terus menuju ke kawasan perkampungan Tanjung Priok dan menghamburkan peluru kepada sasaran warga kampung dengan membabi buta. Boleh jadi untuk memastikan semuanya mati tanpa ada saksi yang boleh menceritakan kisah ini. Tanjung Priok banjir bermandikan darah merah pekat pada malam 12 Sept 1984.


Akhirnya mereka berhenti memuntahkan peluru. Lalu satu persatu mayat dikutip dan dicampak ke dalam trak persis mencampak guni kosong sahaja. 2 buah trak tersebut penuh padat dengan mangsa yang gugur syahid atau yang terkena tembakan, tersusun bagaikan karung guni. Selepas itu, beberapa ambulan dan pihak bomba tiba untuk menyembur darah-darah dijalanan sehingga bersih agar tidak mempunyai bahan bukti langsung tindakan tidak bertamadun pihak pemerintah kepada rakyat.

Sementara itu, rombongan kedua yang dipimpin oleh Amir Biki ke KODIM dihadang untuk terus bergerak kira-kira 15 meter dari KODIM. Hanya 3 orang dibenarkan masuk termasuk Amir Biki. Subhanallah ! Dalam perjalanan yang jaraknya hanya 7 meter dari pejabat KODIM, butir-butir peluru menerjah masuk menembusi badan 3 pimpinan rombongan. Mereka tersungkur dalam keadaan menggelepar menahan kesakitan. Jama’ah yang menunggu dibelakang sambil duduk menjadi panik dan terpaksa melarikan diri, namun…muntahan peluru sempat menghinggapi badan mereka.


Puluhan jama’ah pengajian gugur syahid. Menurut saudara Yusron dalam ingatannya, disaat dia dan mayat-mayat dilemparkan ke dalam trak, jumlah mayat kira-kira 30-40 yang dibawa menuju ke rumah sakit Gatot Subroto.Sampai di rumah sakit, terus mayat-mayat tersebut dibawa ke bilik mayat. Termasuk didalamnya saudara Yusron. Dalam keadaan terselit dicelah-celah mayat, Yusron menjerit meminta tolong. Lalu petugas rumah sakit datang mengangkat beliau dan dipindahkan ketempat lain.


Nota:Hasil kajian Solidaritas Nasional Untuk Peristiwa Tanjung Priok ( SONTAK ) mendapati jumlah korban mencapai angka 400 orang tidak termasuk yang luka dan cacat. Sehingga dua tahun selepas kejadian, sesiapa sahaja yang bertanya mengenai tragedi 12 September ini, mengenai anak-anak mereka atau kerabat yang hilang pasti akan berhadapan dengan pemerintah.


Mereka yang terlibat bertanggungjawab dalam tragedi ini ialah : Mantan Presiden, Soeharto, Jenderal Moerdani, Try Sutrisno dan R.Butar Butar. Mereka semua pemimpin tinggi militer.Sejak beberapa bulan sebelum kejadian lagi, suasana Tanjung Priok agak panas. Tokoh-tokoh Islam setempat meyakini suasana ‘panas’ tersebut sengaja direncanakan oleh individu-individu tertentu dibawah pemerintahan yang memusuhi Islam.


Lebih-lebih lagi, ABRI diketuai oleh Panglima Jenderal Leonardus Benny Moerdani seorang Katholik yang sangat memusuhi Islam. Suasan panas ini dirasai oleh ulama-ulama’ yang tinggal luar dari Tanjung Priok. Ini berikutan, kawasan lain di Jakarta menjadi kawasan larangan keras kepada para pendakwah. Namun timbul persoalan mengapa di Tanjung Priok diberi kebebasan kepada para pendakwah. Bahkan para penceramah bebas mengkritik pemerintah, sehingga menolak dasar-dasar Pancasila ( 5 dasar falsafah kenegaraan Indonesia – Rukun Negara ) dibawah regim Suharto.Antara lain, adanya perancangan dan provokasi untuk memancing kemarahan umat Islam dengan beberapa peristiwa lain sebelum itu misalnya pembinaan wayang gambar Tugu yang banyak memutarkan filem-filem maksiat di seberang masjid Al-Hidayah.


Tokoh senior seperti M.Natsir dan Syafrudin Prawiranegara pernah melarang para pendakwah dari masuk ke Tanjung Priok bagi mengelak terjebak kedalam ‘perangkap’ pemerintah. Rupa-rupanya seruan mereka ini tidak sampai kepada pendakwah-pendakwah Tanjung Priok sehinggalah terdedah cerita dari Syarifin Maloko, ketua SONTAK dan mubaligh yang terlibat secara langsung dalam tragedi 12 September bahawa mereka baru mendengar adanya larangan untuk pendakwah ke Tanjung Priok. Larangan itu mereka baru ketahui ketika berada di penjara. Rancangan ini sengaja dibuat tidak lain untuk memencilkan Islam dan ummatnya di Indonesia.


Laporan Versi Pemerintah : ( dikeluarkan sekitar 10 jam selepas kejadian )


1) Pemerintah dalam laporan rasminya yang diwakili oleh Panglima Jenderal Leonardus Bennya Moerdani menyatakan jumlah korban hanya 18 orang dan luka 53 orang sahaja.


2) Sekitar masjid Rawabadak tertampal poster dan pamphlet berunsur menghasut dan poster ceramah oleh mubaligh-mubaligh yang eksterm dan keras.


3) Kerana tidak tahan dengan cacian dan makian para jama’ah yang berhimpun, maka pihak tentera terpaksa melepaskan tembakan.


4) Para peserta melaungkan Allahuakbar, lalu mengamuk dan membakar kedai-kedai orang Cina sehingga 100 orang Cina terkorban.


5) Pada 12 Sept berlangsungnya satu ceramah agama tanpa izin dan bersifat menghasut.


6) Para peserta himpunan bersurai sambil membakar kereta, rumah-rumah dan kedai-kedai ubat.


p/s: KORAMIL, KODIM dan ABRI adalah organisasi-organisasi tentera Indonesia.POLRES adalah organisasi kepolisian Indonesia.* untuk maklumat lanjut, layari laman web Sejarah Indonesia di link blog ini.Mudah-mudahan kita dapat membuat penilaian dengan baik mengenai fakta tragedi berdarah ini.Wallahua’lam.

Artikel ini adalah hasil tulisan sahabat sekampung penulis, Ustaz Mohd.Fadhlullah Haji Ismail yang kini melanjutkan pengajian di IAIN Ar-Raniry, Acheh, Indonesia. Blog beliau boleh dicapai di http://arruhuljadid86.blogspot.com

Tuesday, October 7, 2008

SALAM LEBARAN

Assalamualaikum w.b.t kepada semua..


Hari ini sudah masuk 7 Syawal, beerti sudah 7 hari umat Islam merayakan hari kemenangan sesudah 30 hari berpuasa di bulan Ramadhan.
Di sini, penulis dan seisi keluarga mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN kepada semua yang mengenali penulis dan seluruh pengunjung blog Reformis Muda.net. Penulis susun jari sepuluh atas segala salah silap penulis selama ini kepada teman-teman di Universiti Malaya terutamanya.

Semoga Syawal menjadi medan bagi kita bermaaf-maafan dan mudah-mudahan kita diberi kesempatan mengecap nikmat Ramadhan pada tahun hadapan, InsyaAllah..
Di kala kita gembira di Syawal ini, ada juga insan yang sedang berduka..

Takziah kepada sahabat lama penulis, Mohd.Idzwan Haji Idris atas kembalinya ayahanda beliau ke Rahmatullah pada subuh Jumaat, 26 Ramadan 1429 H / 26 September 2008.

Takziah kepada keluarga Nurhazwani Zakaria atas kepulangan Allahyarhamah ke Rahmatullah pada malam 5 Syawal 1429H / 5 Oktober 2008 yang lalu.

Mengenang juga genap setahun pemergian kakanda penulis yang tercinta, Allahyarham Azizan bin Ramli yang kembali ke Rahmatullah pada jam 7.15 pagi, hari raya ke-3 tahun lepas (3 Syawal 1428H).

-gambar sekadar hiasan dan peringatan kepada yang masih hidup-

-AL-FATIHAH-
.....Satu hari nanti, kita juga akan ke 'sana'.....

RUMAH TERBUKA AIDILFITRI DATO' SERI ANWAR IBRAHIM


YB Dato' Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr.Wan Azizah Wan Ismail serta keluarga
menjemput seluruh rakyat Malaysia ke :

MAJLIS RUMAH TERBUKA AIDILFITRI
YB DATO' SERI ANWAR IBRAHIM

AHAD, 12 OKTOBER 2008 / 12 SYAWAL 1429H
2.00 PETANG - 5.00 PETANG
KELAB SULTAN SULAIMAN, KG.BARU, KUALA LUMPUR.


Hadirlah beramai-ramai.

RUMAH TERBUKA AIDILFITRI PAS

Mursyidul Am, Presiden, Ahli Majlis Syura, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, dan Pesuruhjaya PAS Negeri-Negeri & Wilayah Persekutuan dengan segala hormatnya mempersilakan
seluruh rakyat Malaysia ke :

RUMAH TERBUKA AIDILFITRI
PARTI ISLAM SE-MALAYSIA (PAS)

AHAD, 12 OKTOBER 2008 / 12SYAWAL 1429H
2.00 PETANG - 6.00 PETANG
STADIUM MALAWATI, SHAH ALAM, SELANGOR.
Hadirlah beramai-ramai..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...