Hari ini sudah masuk 7 Syawal, beerti sudah 7 hari umat Islam merayakan hari kemenangan sesudah 30 hari berpuasa di bulan Ramadhan.
Di sini, penulis dan seisi keluarga mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN kepada semua yang mengenali penulis dan seluruh pengunjung blog Reformis Muda.net. Penulis susun jari sepuluh atas segala salah silap penulis selama ini kepada teman-teman di Universiti Malaya terutamanya.
Semoga Syawal menjadi medan bagi kita bermaaf-maafan dan mudah-mudahan kita diberi kesempatan mengecap nikmat Ramadhan pada tahun hadapan, InsyaAllah..
Di kala kita gembira di Syawal ini, ada juga insan yang sedang berduka..
Takziah kepada sahabat lama penulis, Mohd.Idzwan Haji Idris atas kembalinya ayahanda beliau ke Rahmatullah pada subuh Jumaat, 26 Ramadan 1429 H / 26 September 2008.
Takziah kepada keluarga Nurhazwani Zakaria atas kepulangan Allahyarhamah ke Rahmatullah pada malam 5 Syawal 1429H / 5 Oktober 2008 yang lalu.
Mengenang juga genap setahun pemergian kakanda penulis yang tercinta, Allahyarham Azizan bin Ramli yang kembali ke Rahmatullah pada jam 7.15 pagi, hari raya ke-3 tahun lepas (3 Syawal 1428H).
-gambar sekadar hiasan dan peringatan kepada yang masih hidup-
-AL-FATIHAH-
.....Satu hari nanti, kita juga akan ke 'sana'.....
No comments:
Post a Comment