Thursday, October 16, 2008

TERBELAKAH HAK NURUL HUDA GHANI..??

Allahyarhamah Nurul Huda Abdul Ghani
PEROGOL DAN PEMBUNUH NURUL HUDA TERLEPAS TALI GANTUNG
Bekas pengawal keselamatan, Mohd Abbas Danus Baksan, yang didapati bersalah membunuh budak perempuan berumur 10 tahun, Nurul Huda Abdul Ghani di Johor empat tahun lalu, terlepas daripada hukuman mati selepas Mahkamah Persekutuan mengetepikan sabitan dan hukuman itu.

Mahkamah bagaimanapun mengekalkan hukuman penjara 20 tahun dan 24 sebatan dengan rotan yang diputuskan Mahkamah Sesyen Johor Baharu bagi kesalahan merogol budak prempuan itu, yang Mohd Abbas mengaku bersalah. Namun dia terlepas hukuman sebatan kerana dia kini berumur 52 tahun.

Semasa membenarkan rayuan Mohd Abbas, Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Zaki Tun Azmi berkata, beliau bersetuju dengan hujahan pembelaan bahawa terdapat orang ketiga yang terbabit dalam kes itu.
Dengan itu, semua keterangan keadaan yang dikemukakan pihak pendakwaan tidak menunjukkan yang kesalahan itu dilakukan sepenuhnya oleh perayu (Mohd Abbas),” katanya semasa memansuhkan keputusan Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi.
Bersidang bersama-sama dengan Hakim Zaki ialah Hakim Besar Malaya Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff dan Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Aziz Mohamad. - Bernama


_____________________________________________________________

Apakah perasaan bapa Nurul Huda selepas mengetahui keputusan
Mahkamah Rayuan hari ini..

Bapa kepada Allahyarhamah Nurul Huda Abdul Ghani

Sekilas pandang Utusan Malaysia, 18 Januari 2004

GELANG PATAH 17 Jan. - Seorang budak perempuan berumur 10 tahun dibunuh selepas dipercayai dirogol bergilir-gilir oleh tiga lelaki termasuk seorang pengawal keselamatan di pondok kawalan pencawang elektrik Tenaga Nasional Berhad, Tanjung Kupang di sini, hari ini. Mayat mangsa, Nurul Huda Ghani, murid tahun empat Sekolah Rendah Kebangsaan Tiram Duku dijumpai dalam keadaan bogel di dalam pondok terbabit manakala basikalnya di luar pondok itu.


Sekilas pandang Utusan Malaysia, 19 Januari 2004

KUALA LUMPUR 18 Jan. - Rakyat seluruh negara melahirkan perasaan teramat marah dengan kes rogol dan bunuh seorang budak perempuan berusia 10 tahun di Johor semalam dan mendesak kerajaan mengenakan hukuman paling keras _ sebat pelakunya di khalayak ramai, sebelum dihukum mati.

``Hanya hukuman setimpal seperti itu harus dikenakan kerana merogol kanak-kanak di bawah umur merupakan perbuatan paling tidak berperikemanusiaan dan hanya layak dilakukan oleh binatang,'' kata Pengerusi Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah, Fadzil Hanafi kepada Utusan Malaysia hari ini.


Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Datuk Dr. Ismail Ibrahim turut bersetuju hukuman sebat di khalayak ramai diperkenalkan jika langkah itu berkesan dalam menyedarkan rakyat negara ini.``Sebenarnya hukuman berat sudah menanti pesalah kes sebegini tapi sebab orang ramai tak melihatnya sendiri maka ia tidak begitu menyedarkan orang lain kerana ia dilakukan dalam penjara,'' katanya.

GELANG PATAH 18 Jan. - Murid Tahun Empat, Nurul Huda Ghani, 10, yang dibunuh selepas dipercayai dirogol bergilir-gilir di pondok kawalan pencawang elektrik Tenaga Nasional Berhad, Tanjung Kupang di sini sempat melahirkan hasrat untuk menjadi doktor apabila dewasa kepada bapanya.

``Apabila besar nanti saya nak jadi doktor, boleh merawat ayah, keluarga kita dan orang kampung yang sakit. Itulah kata-kata terakhir Nurul Huda kepada saya kelmarin,'' ujar beliau

Sekilas pandang Utusan Malaysia, 20 Januari 2004

VIENTIANE (Laos) 19 Jan. - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu mereka yang merogol dan membunuh Nurul Huda Ghani segera dibawa ke muka pengadilan dan dikenakan hukuman berat setimpal dengan perbuatan yang beliau sifatkan sebagai keji dan sangat kejam.

Mengulas pembunuhan murid berusia 10 tahun itu yang menimbulkan kemarahan rakyat seluruh negara, beliau berkata: ``Saya sangat marah. Ia perbuatan sangat kejam, macam binatang buas.''

Abdullah yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, beliau telah dimaklumkan bahawa ia merupakan kes rogol dan bunuh, dan dengan itu jika sabit kesalahan, hukumannya amat berat. ``Saya amat-amat sedih yang kejadian begitu kejam boleh berlaku dan dilakukan pula oleh orang dewasa terhadap kanak-kanak yang umur hanya baru 10 tahun,'' katanya.

AL-FATIHAH KE ATAS ALLAHYARHAMAH NURUL HUDA ABDUL GHANI

SEMOGA ROHNYA DIRAHMATI ALLAH S.W.T

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...