Friday, March 12, 2010

Mengapa Felda Begitu Takut Dengan Mazlan Aliman??

Salam, selamat bertemu kembali..


Penulis begitu pelik dengan reaksi Felda yang sejak akhir-akhir ini begitu agresif dengan tindakan seorang generasi kedua Felda bernama Mazlan Aliman. Apakah hanya kerana beliau memimpin ANAK, sebuah NGO yang pandangannya tidak sealiran dengan MBFM dan Felda, beliau dicop sebagai pemecah belah masyarakat Felda.?? Memang diakui, beliau merupakan AJK Pas Pusat, namun hakikat yang tak boleh dinafikan sesiapa ialah beliau sememangnya merupakan anak jati Felda Bukit Ramun di Kulai, Johor. Beliau memang keturunan Felda..

Jadi apa masalahnya sehingga beliau ditahan di lokap polis atas alasan menceroboh kawasan Felda Lembah Klau.?? Hinggakan nak buat dialog dengan peneroka di dalam kawasan rumah pun tidak dibenarkan.. Nescaya, cara pengurusan Felda dan cara Felda menangani isu ini akan ditertawakan oleh generasi kedua Felda pada hari ini.. Kami selaku generasi kedua Felda di Jengka bukanlah bodoh sehingga boleh diperkudakan oleh sesiapa. Kami boleh berfikir dengan matang, bukan semborono, kami generasi berpendidikan, kami boleh membezakan sendiri apa yang salah, apa yang betul...

Jika Mazlan Aliman didakwa menabur fitnah terhadap Felda dengan hasil kajian 15 tahunnya menerusi buku "Felda : Dulu Tolong Sekarang Along", Felda perlu berani meneruskan tindakan samannya terhadap Mazlan. Bawa kes ke mahkamah dan biar mahkamah menentukannya, Mazlan akan dedahkan segala bukti-bukti yang ada padanya dan Felda juga kemukakan bukti bagi menunjukkan dakwaan Mazlan dalam buku berkenaan adalah fitnah belaka.. Jangan hanya "berkokok di tepi rumah sendiri", panggil Sinar Harian, panggil Utusan Malaysia, panggil TV3, dan melolong sekuatnya,"..Kamilah pembela peneroka Felda.."

Di sini penulis titipkan sedikit catatan dari blog seorang sahabat di SINI

Sebenarnya Felda semakin panas dengan laporan Suhakam yang dibuat Mazlan minggu lepas berkaitan dengan penipuan dan penindasan Felda kepada peneroka. Sebelum itu mereka berhadapan dengan tindakan mahkamah peneroka Felda di Kelantan atas penipuan gred sawit. Mahkamah telah mengarahkan Felda membayar ganti rugi kepada peneroka-peneroka ini. Selepas itu, mereka tertekan dengan ratusan dialog dan ceramah penerangan yang dibuat oleh Mazlan Aliman bersama kumpulannya di seluruh Felda di Malaysia mendedahkan kepincangan dan penindasan Felda kepada peneroka. Boleh dikatakan lebih 80 peratus Felda di Malaysia sudah dimasuki Mazlan Aliman. Malah ada Felda yang dimasuki tiga hingga lima kali atas permintaan peneroka-peneroka sendiri.

Ini menyebabkan Felda tertekan dengan kebangkitan rakyat peneroka yang mula reti erti undang-undang dengan membawa berbagai-bagai kes ke mahkamah, membuat pendedahan kepada media, mengajurkan konvensyen dan kemuncaknya berhimpun di Suhakam membuat aduan. Laporan Suhakam itu mendapat liputan besar-besaran oleh media seperti Harakah, Suara Keadilan, Malaysia Kini dan juga akhbar-akhbar arus perdana. Dunia luar Felda terkejut dengan laporan-laporan ini kerana sangkaan mereka, peneroka felda ini orang yang sangat dimanjakan oleh kerajaan sejak dahulu kerana selama ini berita-berita manis sahaja didengar mereka. Namun laporan kepada Suhakam itu menyebabkan tekanan yang Felda hadapi semakin memuncak.

Baca lagi di SINI

Baca juga di Mazlan Aliman Pejuang Peneroka


p/s : Nak marah, marah lah..

2 comments:

YANG GAMBI said...

Kawan rasa, FELDA tidak takut dengan Mazlan...... Mazlan hanya tahu membawa agenda politik PAS untuk memecahbelahkan keharmonian peneroka FELDA.... Kalau seseorang itu bijak dan membuka mata, mereka tahu apa tujuan sebenar Mazlan dan parti PAS.... mengapa kebun orang tua Mazlan sendiri tidak diuruskan oleh Mazlan, kalau FELDA telah menipu peneroka.... Bodoh sangatlah kalau tahu diri ditipu tetapi masih terus duduk dalam FELDA.....

FELDA melalui kerajaan UMNO-BN meminta jasa baik kerajaan Pahang untuk memberi tanah kepada rakyat-rakyat miskin dari negeri-negeri lain melalui skim tanah FELDA.... mengapa berduyun datang dari Kelantan, Kedah terutamanya samapi ada yg sanggup menipu mengaku jadi ahli UMNO, lama tinggal di Pahang semata-mata nak dapat masuk FELDA.... lepas tu menuduh FELDA dan Kerajaan UMNO-BN menipu rakyat.... inilah sikap yg diajar dalam Islam...

Pak Tam Jengka said...

salam yang gambi..

teman rasa bertuah sebab YG sudi jengah blog teman yg tak seberapa ni..almakulmlah YG blogger terkenal, hehe..

teman juga anak Felda n teman tak pernah nafi bahawa felda sangat banyak memberi manfaat kepada teman dn fmili teman juga kepada seluruh masyarakat felda..

namun teman mula rasa ada yang tak kena bila Felda kalah dalam kes saman mahkamah oleh peneroka2 felda kemahang 3 di kelantan, felda kena bayar saman 11 juta.. kalao benda ni boleh berlaku di kelantan, mengapa tidak boleh berlaku di pahang, johor, selangor.. sape tau kn??

program2 felda memang bagus, teman tak pernah nafi.. SIUF, kelas tuisyen felda, AKKF, semua itu memberi manfaat kepada masyarakat felda.. tapi masih ada lagi ruang2 yang dirasakan salah di mata Mazlan, ANAK dan parti Pas.. apa salahnya mereka menegur??

kalo dirasakan apa yang dikatakan Mazlan itu fitnah, saman sajalah, bersihkan nama Felda.. takkan Felda takut nak saman Mazlan??

bila Mazlan keluarkan isu..contoh isu tanam semula, Mazlan dedahkan kepincangan Felda dan sebagainya, kemudian Felda 'counter' balik, Felda keluarkan bukti2 dan hujah2 utk dinilai oleh rakyat, bahawa apa yang dikatakan oleh Mazlan itu tudak berasas, jadi rakyat dapat menilai, sapa di pihak yang salah, sapa di pihak yang benar??

saiapa yang untung??? Rakyat jugak kan?? rakyat akan dapat tahu fakta yang sebenar...

Peranan pemabngkang sangat penting, sebagai 'check and balance' kepada kerajaan.. dalam kes ini, ANAK sebagai 'check and balance' kepada Felda.. isu apa yang dibangkitkan oleh ANAK, Felda perlu jawab..jawab dengan fakta.. jika Felda boleh bagi bukti2 kukuh, saya percaya Mazlan akan malu sendirian.. tapi jika ANAK kemuka fakta, Felda hanya boleh "auta", haha.. siap lah nanti, lu fikirlah sendiri...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...