Sunday, April 4, 2010

PRK P 94 : Kempen BN Serba Tak Kena

Salam, selamat bertemu kembali..

TAK KENA 1

3 April - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meneruskan tradisinya bermesra dengan rakyat hari ini dengan berjalan sekitar jalan-jalan di Kuala Kubu Baru. Beliau berhenti seketika di dua kedai kopi Cina - Yue Lai dan Xin Nan Chang - dan mengambil peluang bersalam dan bertanya khabar dengan pelanggan.


Menurut seorang penduduk di pekan lama ini yang hanya mengenalkan dirinya sebagai Lim, 60, Najib tidak seharus hanya minum kopi di pekan itu tetapi perlu meninjau di sebuah kampung baru yang mempunyai 450 keluarga. Menurut pemilik kedai kopi berkenaan, bil di kedai kopinya dibayar oleh pegawai-pegawai MCA.

TAK KENA 2

2 April - Pengumuman projek politik Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menjanjikan empat sekolah baru bagi Hulu Selangor, RM2 juta untuk mengatasi masalah banjir di Kampung Sentosa di Batang Kali serta meluluskan permohonan RM100,000 bagi Masjid Al-Sajdin di kampung yang sama, semalam mendatangkan padah.

PAS dalam satu kenyataan berkata sebagai timbalan perdana menteri dan bukannya menteri kewangan, Muhyiddin berkuasa dengan sewenang-wenangnya mencurahkan peruntukan itu tanpa merujuk kepada kementerian bertanggungjawab. Kenyataan itu dikeluarkan oleh Ketua Penerangan Pas, Idris Ahmad.

Menurut beliau, dalam kesibukan BN cuba menjadi juara memperjuangkan masalah rakyat di Hulu Selangor, Muhyiddin telah dimalukan dengan pendedahan laporan dari Bernama. Laporan itu memaparkan kisah empat guru di sekolah rendah Long Latin, Ulu Baram, Sarawak, termasuk sepasang guru suami isteri yang terpaksa tidur dalam sebuah bilik sempit yang daif sejak tiga tahun lalu.

Menurut Idris, pendedahan itu amat memalukan kerana guru-guru berkenaan mengajar di kawasan parlimen BN, yang diwakili oleh Datuk Jacob Dungau Sagan (kiri) yang juga adalah timbalan menteri perdagangan antarabangsa dan industri.

“..Apakah Muhyiddin mahu tunggu sampai ahli parlimen Baram ini meninggal dunia baru hendak umumkan peruntukan bagi pembinaan rumah baru bagi guru-guru malang ini? Sewajar sebagai ahli parlimen bertaraf timbalan menteri, kawasan Jacob mendapat peruntukan yang lebih baik sekarang..,” katanya.

TAK KENA 3

Badan pemantau pilihan raya, Malaysian for Free and Fair Election (Mafrel) membidas tindakan kerajaan menyogok pengundi Hulu Selangor dengan limpahan projek perumahan dan sekolah.




Pengerusi Mafrel, Syed Ibrahim Syed Noh berkata Umno-BN sekali lagi menunjukkan ia tidak menghormati proses pilihan raya demokratik, dan menggesa Suruhanjaya Pilihanraya bertindak tegas terhadap parti itu.

Rakyat yang cerdik akan berfikir dengan matang apabila tindakan bersifat populis diambil kerajaan pusat menyalurkan projek dan peruntukan segera kepada parlimen Hulu Selangor. Jika projek dan peruntukan ini dipohon sewaktu arwah Dato' Dr.Zainal masih hidup, adakah kerajaan persekutuan akan menurutinya?? Pasti tidak..

..Jika begitu maksudnya, maka UMNO-BN seolah-olah menganggap rakyat Hulu Selangor sebelum ini bukan warganegara Malaysia yang berhak menikmati kekayaan negara bersama-sama..!! Bagi mereka, rakyat Malaysia hanyalah rakyat yang menyokong UMNO-BN, jika menyokong Pakatan Rakyat atau selain daripada mereka, maka pelbagai tohmahan dan gelaran buruk akan dilontarkan..


p/s : Tak hairanlah ramai 'katak-katak' yang menggelar pimpinan PR sebagai kominis, cauvinis, firaun kecil dan sebagainya..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...