Friday, April 2, 2010

PRK P 94 : Syabas Untuk SPR, Tetapkan Ahad Sebagai Hari Mengundi

Salam, selamat bertemu kembali..


SPR dalam pengumumannya tengahari tadi menetapkan hari Sabtu, 17 April sebagai hari penamaan calon dan 25 April, Ahad sebagai hari pengundian untuk Pilihanraya Kecil Parlimen Hulu Selangor.

Syabas SPR..!! Penulis percaya ramai di luar sana yang memuji dan tersenyum dengan keputusan SPR menetapkan dua tarikh berkenaan yang jatuh pada hari Sabtu dan Ahad. Masakan tidak, dua hari tersebut (penamaan calon dan pengundian) merupakan momen-momen yang paling menjadi tumpuan bukan sahaja pemimpin-pemimpin politik besar tanahair malah menarik jutaan pemerhati daripada seluruh negara dan antarabangsa.

Lebih penting lagi, sejumlah 63 593 pengundi bakal membuat perhitungan sekali lagi bagi memilih wakil rakyat mereka. Dengan penetapan hari tidak bekerja sebagai hari mereka menunaikan tanggunjawab pada negara, diharapkan mereka akan lebih bersemangat mengunjungi pusat-pusat pengundian, malah pengundi luar yang berada di luar kawasan dapat pulang tanpa halangan.

Keputusan SPR kali ini jauh berbeza dengan apa yang terjadi dalam beberapa siri pilihanraya kecil yang berlangsung pasca 8 Mac 2008, di mana SPR secara sedar dan tidak bertanggungjawab boleh menetapkan hari pengundian pada hari bekerja yang menyusahkan pengundi-pengundi untuk keluar mengundi.. Jadi diharapkan, peluang ini digunakan sepenuhnya oleh pengundi-pengundi Hulu Selangor bagi memilih pemimpin mereka yang mampu bersuara di Parlimen dan membela hak-hak mereka..



p/s : Tunggu pengumuman calon je la skang ni..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...