Tuesday, November 11, 2008

ANTARA TOM TOM BAK DENGAN SAJAK KEMATIAN

Assalamualaikum w.b.t...

Mengulas mengenai respon Menteri Pelajaran, YB Datuk Seri Hishammuddin Hussien terhadap penayangan video Sajak Kematian seperti dilaporkan Malaysiakini.com

Menteri: Sajak Kematian tidak wajar
Nov 11, 08 5:25pm

Kementerian Pelajaran akan mengadakan siasatan berhubung penggunaan klip video 'Sajak Kematian' di sekolah-sekolah seperti dilaporkan.

hishamuddin husseinMenteri Pelajaran Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata beliau sama sekali tidak bersetuju dengan kaedah penggunaan klip video 'Sajak Kematian' di sekolah memandangkan ia tidak sesuai dengan tahap umur pelajar yang masih terlalu muda.

"Saya sungguh tidak bersetuju kerana kita hendak mendidik mesti secara berhemah dan pendekatan yang menakut-nakutkan lebih-lebih lagi terhadap anak-anak yang usianya cukup muda, saya rasa ia tidak akan membawa manfaat," katanya selepas
merasmikan Program Pertukaran Pelajar ASEAN (ASEP) 2008 di sebuah sekolah di Kuala Lumpur hari ini.

Media sebelum ini memaparkan penggunaan klip video 'Sajak Kematian' di sekolah, antara lain memaparkan babak seksaan kubur selepas jenazah dikebumikan.

Penggunaan klip video ini menimbulkan bantahan daripada sebilangan ibu bapa kerana dikhuatiri akan menjejaskan akidah apabila klip video itu turut memaparkan gambaran yang berlaku di alam ghaib.


Pengunjung sekalian,

Marilah sama-sama kita renungkan sejenak.. Apalah salahnya mengingati mati, bukankah bagus kita mendidik kanak-kanak dari awal. Alasan ibubapa yang membantah adalah kanak-kanak yang berusia 7-10 tahun, tidak sesuai untuk menonton video berkenaan.. Penulis dapat menerima pandangan itu kerana mungkin daya kognitif mereka belum mencapai tahap pemikiran sedemikian.

Mungkin pendekatan ini sesuai kepada kanak-kanak berumur 12 tahun keatas. Cuma penulis sedikit terkesan petikan ayat dalam laporan akhbar yang sengaja di"bold"kan warna merah iaitu : "...dikhuatiri akan menjejaskan akidah..."

Kemudian renungkan pula gambar di bawah, petikan gambar dalam rancangan Tom Tom Bak kendalian pengacara popular, Aznil Haji Nawawi. Kanak-kanak diajak menari dan menyanyi dalam rancangan yang meng'hibur'kan ini..


Penulis mengetahui rancangan ini kerana di rumah sewa penulis ada Astro, jadi kadang-kadang tengok la jugak rancangan ni.. Kanak-kanak bawah usia 10 tahun sudah pandai menari gelek Inul Daratista, buat aksi 'break-dance', hip-hop dan sebagainya. Pendek kata, kanak-kanak zaman sekarang dah 'world'.

Tapi jgn lupa kata-kata Raja SMS, Mawi : "...World..world..jugak, akhirat jangan lupa..".. Ingat kematian tu kan sebahagian dari akhirat bahkan kematian itu sendiri diibaratkan sebagai kiamat kecil..

Mana yang lebih "menjejaskan akidah"... Menari terkinja-kinja atau menonton video sajak kematian..?? Tepuk dada tanya iman...

Jika ia benar "boleh menjejaskan akidah", kita tak perlu tayang kepada kanak-kanak bawah umur 10 tahun.. Penulis menyeru supaya video ini ditayangkan dalam sidang Dewan Undangan Negeri seluruh negara, tayang di Dewan Rakyat dan Dewan Negara..

Tayangkan juga di kedai-kedai kopi tepi simpang yang setiap petang dok tayang VCD Wrestling WWE.. Majoriti yang nonton sampai ternganga adalah pak cik-pak cik dan atuk-atuk.. Gantikan VCD wrestling tu dengan video Sajak Kematian..

Nescaya lepas 2,3 hari tayang, bankrap kedai kopi tu, tak dak orang datang lagi, hehehe..

SAJAK KEMATIAN :
MESEJ DARI ALAM KUBUR

Sakaraaaaaaaaaaaaaa aaaaaaaaaaaaaaaa aaaaaaaaaaaaaaaa aaa!
Sakaraaaaaaaaaaaaaa aaaaaaaaaaaaaaaa aaaaaaaaaaaaaaaa aaaaaaaaaaaaa!
Sakaratul maut.. maut.. maut.. maut.. maut..!

Di hari itu seorang OB rebah di kamar mandi
Diserang lemah jantungnya
Yang menggugat nyawanya
Tengah malam
Pulang dari sebuah hotel di kl
Bersama puan mudanya
Bersama mulut dan lidahnya
Yang dinajisi alkohol
Dan banglonya di atas bukit

Tuan muda menelofon doktor peribadi OB
Dan doktor berkejaran bersama beg perubatannya
Dan sebatang jarum injeksen
Dibenamkan ke urat OB

Dan berombak-ombaklah nafasnya
Bergelombang dadanya
Dilambung nazak
Hempas-menghempas

Tujuh hari tujuh malam
OB bergeletekkan
Golek gelentang di pembaringan
Dan suluruh dunia dan isinya berkumpul di dalam kepalanya

Bangloku, mercedesku, wangku dalam bank Bumi
Saham-sahamku di syarikat-syarikat
Rumah-rumah sewaku
Pengarah-pengarah
Kuda-kudaku di padang gombak
Padang golfku
Anak-anakku di luar negeri
Dan isteri mudaku

Nazak hempas-menghempas
Pulas-memulas
Dan pintal-memintal

Makan? Geleng kepala
Minum? Geleng kepala
Arak? Geleng kepala
Isteri muda? Geleng kepala
Mau ke padang lumba kuda? Geleng kepala
Mau pergi ke genting highland? Geleng kepala
Melancong ke eropah? Geleng kepala
Ke mekah naik haji? Geleng kepala

Apa yang kau mahu?!

Oh tuhan..
Panjangkan umurku..

Panjang umur?
Berapa tahun engkau mahu?
100 tahun? Cukup?
Ya 100 tahun

63 tahun tidak cukup?
Tak puas hidup?
Tidak kenyang makan maksiat
Belum bosan mengumpul dosa
Kau mahu panjang umur lagi

Sedetik lagi sakaratul maut datang
Sedetik lagi Izrail datang
Sedetik lagi malaikatul maut datang
Kau diambang sakaratul maut
Kau nazak sekarang wahai OB

Aku makin tegang
Dan makin sendat nafas di dada
Kedinginan mulai memanjang
Dan merayap kaki
Perlahan-lahan menjalar ke seluruh jasad dan.. tubuhku

Aku dilambung resah, gelisah, keluh kesah
Keluhan dan rintihan..

Panas!!!!!!! !!
Dahaga!!!!!! !
Haus!!!!
Panassss!!!! !!!!

Air 7 lautan mau diteguk
Sebesar 7 dunia kelaparan merobek usus-usus
Syaitan-syaitan datang berbondong-bondong
Menginjak-injak aku
Menggudah aku
Mau memurtadkan aku

Nenekku datang.. nenek!

Kau dahaga cucu?
Kau lapar cucu?
Mau air?
Ini bijana penuh air madu
Kalau cucu mau masuk syurga
Minum air ini

Ibu!!!!!!!!! !

Ibuku menggoyangkan buah susunya
Ini ibumu
Air susu ini membesarkan kau Nak
Buangkan Islam
Matilah dalam agama yahudi

Ayah!!!!!!!! !!!!

Kau datang ayah?
Matilah dalam agama yahudi wahai anakku
Matilah dalam agama kristian
Itulah agama yang membawa kau masuk ke syurga katanya

Ucaplah!
Laaaaaaaaaaaaaaaaaa ilaaaaaaaaaaahai llallaaaaaaaah!
Tidak! Tidak! Tidaaaaaaaaaaaaaaaa k!

Ucaplah!
Laaaaaaaaaaaaaaaaaa ilaaaaaaaaaaahai llallaaaaaaaah!
Tidak! Tidak! Tidaaaaaaaaaaaaaaaa aaaaaaaaak!

Rumahku
Mercedesku
Wangku dalam bank
Saham-sahamku
Kuda-kudaku
Kolam mandiku
Padang golfku
Isteri-isteriku
Dan duniaku!

Sakaratul maut pun datang
Pak lebai dari rumah setinggan
Dipanggil oleh pemandu dengan mercedes
Dan memanjat bukit ke bangloku di puncak desir angin
Tapi lidahku telah kelu
Dan sakaratul maut kian detik tiba

Manusia-manusia berjubah hitam datang
Mari ikut kami!

Manusia-manusia berjubah hijau datang membawa payung hijau
Katanya..
Mari ikut kami!

Cahaya putih datang
Datang sinar kuning
Datang kiratan hitam
Cahaya merah datang

Apa ini?!
Apa ini?!

Aku sakaaaaaratul mauuuuuuuuuuuuuuuuu uuuuut!

Kedinginan menjalar merayap perlahan-lahan
Dari hujung kaki ke hujung rambut
Dan kini seluruh jasadku diseliputi sejuk
Dan dingin singgah ditengkorokkan

Kemudian datanglah malaikatul maut di hujung kepalaku

Hai!!! Jiwa yang keji!
Keluarlah kepada kemurkaan Allah!

Rohku berselerak ke seluruh tubuhku
lalu..

Inna lillahi wainna ilaihi rajiuuuuunn

Malaikat-malaikat yang menunggu sesayup mata memandang
Dan menghemburlah bau bangkai sebusuk-busuknya

Tuliskan! Suratannya dalam sektor pada bumi yang terbawah

Roh aku dicampakkan
Dikembalikan ke dalam jasad
Lalu datang dua orang malaikat
Dan didudukinya aku

Siapa Tuhanmu!
Hah hah hah aku tidak tahu!!!!!!!! !

Apa engkau mahu?!
Hah hah hah aku tidak tahu!!!!!!!!

Siapa lelaki ini yang diutus kepadamu?!
Ah ah ah aku tidak tahu!!!!!!!!

Datanglah kepadaku seorang lelaki yang hodoh wajahnya
Buruk pakaiannya
Busuk baunya

Siapa engkau?

Akulah amalanmu yang kejiiiiĆ¢€¦

Kini aku diazab dan disiksa di dalam kubur
Menunggu..
Menunggu doa anak yang soleh

Mana doa anakku seorang peguam?
Mana doa anakku seorang doktor?
Mana doa anakku seorang jurutera?
Mana doa anakku seorang arkitek?
Manaaaa doa anakku seorang profesor?

Manaaaa?!
Manaaaaaaaaaaaa? !
Manaaaaaaaaaaaaaaaa aaaaaaaaaaaaaaaa aaaaaaaa? !

Sajak di atas diperoleh di SINI

p/s : Penulis pernah menjadi fasilitator dalam satu program motivasi di utara tanahair, yang mana video sajak kematian ini turut dimasukkan sebagai salah satu modulnya. Memang mengesankan hati dan jiwa, menggetarkan diri.. Takutnya pada azab kematian... Ya ALLAH, selamatkan kami dari seksaan azab kubur..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...