Monday, November 3, 2008

INDAHNYA MALAM SEMALAM..

Assalamualaikum semua..


Lautan manusia di Kerdau, Temerloh malam tadi..

Malam semalam, penulis meluangkan masa ke Darul Hikmah, Kerdau di Temerloh bagi menghadiri acara terakhir dalam program Ijtimak PAS Kawasan Kuala Krau bersama Pimpinan Pakatan Rakyat. Di sini penulis ingin berkongsi sedikit catatan dan beberapa keping gambar yang sempat diambil. Buat pengetahuan rakan-rakan semua, penulis terlupa untuk ‘charge’ bateri kamera. So gambar pun tak banyak la... hehe, silap penulis jugak, tak perasan kamera dh tak dak bateri...

Sebelah petang, penulis menerima SMS dari seorang sahabat, Rozi. Beliau memberitahu kami akan bertolak dari Jengka 16 ke Kerdau selepas maghrib. Seusai bermain badminton bersama Amir, anak sedaraku pada jam 6.30 petang, penulis berehat sebentar dan terus mencapai tuala.

Selesai azan dikumandangkan, kami solat Maghrib berjemaah dengan disertai ibu penulis. Kira-kira jam 7.20 malam, penulis dan Rozi ke rumah seorang lagi sahabat Apih Patah (nama sebenar sahabat penulis ni ialah Hafiz Abdul Patah, hehe). Dengan Perodua MyVi barunya itu, kami ke rumah seorang lagi “Otai” di Jengka 16, Pak Njang Mat Ti. Di sana, beliau turut disertai oleh seorang lagi sahabat iaitu Pozi (Fauzi).

Jadi, kami berlima bertolak ke Kerdau kira-kira jam 7.40 malam. Mengikut poster-poster ceramah yang ditampal, ceramah pada malam ini akan disampaikan oleh Presiden PAS, YB Dato’Seri TG Hadi Awang dan Menteri Besar Perak, YAB Dato’Seri Ir.Nizar Jamaluddin. Rakyat Pahang memang ternanti2 kehadiran TG dan MB Nizar. Maklumlah, selepas Tsunami 8 Mac kira-kira lapan bulan lalu, inilah kali pertama kedua-dua tokoh ini datang ke sebelah Pahang ini.
Selepas berhenti solat Isyak di surau plaza tol susur keluar Temerloh, kami meneruskan perjalanan dan tiba di Darul Hikmah kira-kira jam 9.30 malam.



Apih Patah bawak Myvi laju giler, di sebelahnya Pak Njang Mat Ti

Ketika kami sampai, seorang artis sedang membuat persembahan nyanyian berunsur ketuhanan. Artis ni nyanyi lagu "Kepadamu Kekasih" dendangan asal Jamal Abdillah tapi liriknya ditukar sedikit. Suara memang mantap, lirik pun mantap Penulis tertilik-tilik jugak siapa la artis ni.. tak pernah nampak pun..Hehe, geng Unit Amal la diarong ni.. Sebaik selesai sahaja lagu tersebut, terdengar laungan takbir bersahut-sahutan. Rupa-rupanya, TG Presiden sudah pun tiba ditemani P/Jaya PAS Pahang, Dato' Haji Tuan Ibrahim Tuan Man.

Berikut antara gambar-gambar yang sempat dirakam..

Presiden PAS, YB Dato'Seri TG Hj.Abdul Hadi Awang bersama P/jaya PAS Pahang, Dato' Haji Tuan Ibrahim Tuan Man

TG Hadi Awang dan Ustaz Tuan Ibrahim naik ke pentas diiringi Unit Amal

Lautan manusia memenuhi hadapan pentas utama

Muslimat turut bersama-sama mendengar ceramah


Pengerusi majlis pada malam semalam ialah Ust.Shahril Azman Al-Hafiz yang merupakan Ketua Pemuda PAS Kawasan Kuala Krau. Ucapan pertama disampaikan oleh Pesuruhjaya PAS Pahang yang juga bekas ADUN Jengka, Ust.Dato'Haji Tuan Ibrahim Tuan Man.

Seterusnya, ucapan disampaikan pula oleh tetamu jemputan iaitu wakil kerajaan negeri Kedah Darul Aman, YB Ir.Haji Amirudin Hamzah (DUN Anak Bukit) yang mewakili YAB Menteri Besar Kedah, Dato'Seri Ustaz Hj.Azizan Abdul Razak yang tidak dapat hadir. Selepas berucap selama kira-kira 20 minit, YB minta berundur kerana perlu pulang lebih awal ke Kedah kerana pada pagi esok, beliau perlu menghadiri mesyuarat Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK).

Seterusnya ialah ucapan daripada wakil kerajaan negeri Perak Darul Ridzuan, YB Tn.Hj.Roslan Shaharum (Ahli Parlimen Bukit Gantang) yang mewakili YAB Menteri Besar Perak, Dato'Seri Ir.Mohammad Nizar Jamaluddin. Selepas berucap, beliau juga terpaksa pulang awal ke Perak kerana pada jam 8.30 pagi esok (hari ini), beliau perlu menghadiri 'executive talk' yang disampaikan oleh Ketua Pembangkang, YB Datuk Seri Anwar bin Ibrahim. YB Tn.Hj.Roslan kini dipertanggungjawabkan sebagai Pengerusi Yayasan Perak.

Dan ceramah yang terakhir disampaikan oleh YB Dato'Seri TG Hj.Abdul Hadi Awang, Presiden PAS merangkap Ahli Parlimen Marang.

YB TG Hj.Hadi sedang menyampaikan amanat.

Kami bertolak pulang kira-kira jam 12.15 pagi dan tiba di Jengka 16 tepat jam 1.00 pagi. Ini bermakna Apih Patah bawak Myvi dari Kerdau ke Jengka 16 hanya mengambil masa 45 minit.. Kenangan di satu malam yang indah di Ijtimak PAS Kawasan Kuala Krau..

p/s : Lebih indah kalo bateri kamera tu tak habis..hehe..

1 comment:

nawfal_timur said...

Slm `alek...aku dtg tgk2 jap...Nway tahniah krn ade blog...Truskan menulis..Igt, siasah bukan dihadapan tarbiyah,sblkny letakkanlah tarbiyah di hadapan sbg pelindung dari kesesatan siasah Malaysia ni....Yg plg pnting Fastaqim Kama Umir!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...