Sunday, November 16, 2008

NEGARAKU MALAYSIA : SYURGA HIBURAN SEPANJANG ZAMAN

Assalamualaikum w.b.t...

Benarkah Malaysia syurga hiburan..????








Apa yang tiada di MALAYSIA, semuanya ada... Apa yang tak boleh di MALAYSIA, semuanya boleh... MALAYSIA BOLEH...

Dari rancangan realiti TV hinggalah ke pertandingan karaoke peringkat kampung, semua aktiviti hiburan terutamanya nyanyian berkembang subur di seluruh pelusuk negara...

Dari nenek berumur lebih 50-an hingga remaja berusia 13 tahun, semuanya pandai menyanyi hingga diterima masuk ke Akademi Fantasia..


Dari awal pagi hingga ke lewat malam, aktiviti nyanyian terus berjalan...

Dari artis tempatan hingga artis luar negara, yang dangdut seperti Inul Daratista, yang rock seperti Limp Bizkit, yang hip-hop seperti Linkin Park, simbol seks seperti Mariah Carey, Avril Lavigne, Gwen Stefani, dan puluhan lagi dibawa ke negara ini untuk meng'hibur'kan rakyat Malaysia...


Dari tengah kota raya di Taman KLCC, Kuala Lumpur, Stadium Merdeka, Danga Bay, Johor, Kuantan, Kuching, Georgetown, Melaka membawa ke bandar-bandar kecil seperti Pekan, Pendang, Muar, Bera sehinggalah ke kampung-kampung, artis-artis menjaja suara meng'hibur'kan rakyat..

Dari program kerajaan di peringkat kebangsaan, kementerian, peringkat negeri, program swasta, majlis makan malam, kenduri perkahwinan, perasmian mesyuarat PIBG sekolah di ceruk desa hingga ke majlis menyambut menantu semua diserikan oleh nyanyian atas alasan bagi memeriahkan majlis...

MALAYSIA SYURGA HIBURAN.

Daripada Ali bin Abi Thalib r.a.
bahawa Rasulullah saw.
telah bersabda:
“ Apabila umat ku telah membuat lima belas perkara,
maka bala pasti akan turun kepada mereka iaitu (antaranya):


Para artis-artis disanjung-sanjung.
Muzik banyak dimainkan.

Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau pun mereka akan dirobah menjadi makhluk lain".


BACA LAGI :
40 Hadis Peristiwa Akhir Zaman di SINI

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...