Friday, November 7, 2008

BERSEDIAKAH KITA HADAPI KEMATIAN..

Assalamualaikum w.b.t..

Semalam penulis sempat mendengar tazkirah Jumaat di Masjid Ar-Rahman, Universiti Malaya. Sudah menjadi kebiasaan di sejak dahulu lagi di masjid berkenaan, tazkirah akan disampaikan oleh penceramah-penceramah berlainan setiap Jumaat sebelum azan Zohor dilaungkan.


Penulis ingin berkongsi serba sedikit mengenai intipati tazkirah semalam itu. Tajuknya sedikit menggetarkan jiwa penulis iaitu, KEMATIAN.. Penceramah memetik sebuah hadis Rasulullah s.a.w yang kandungan lebih kurang begini :


”...Apabila matinya seseorang manusia itu, ada 3 perkara yang mengikutnya ke tempat perkuburan iaitu hartanya, keluarganya dan amalannya. Namun apabila mayatnya disemadikan di dalam tanah, 2 daripada perkara tersebut akan pulang ke rumah dan satu lagi akan menemani kita berhadapan dengan Munkar dan Nakir di dalam alam perkuburan iaitu amalan kita. Jika baik amalnya ketika hidup, maka baiklah keadaan di dalam kubur, sebaiknya jika buruk amalnya ketika hidup, maka buruklah juga keadaan di dalam kubur itu nanti...”


Pengunjung sekalian,


Penulis ingin ajukan persoalan ini kepada diri sendiri dan pengunjung sekalian.. BERSEDIAKAH KITA MENGHADAPI KEMATIAN..?? Kematian itu pasti datang kepada kita, ia tidak boleh dilambatkan sesaat dan tidak boleh dipercepat walau sesaat.. Bagaimanakah nasib kita semua di dalam alam kubur nanti... Cukupkah amalan kita sebagai bekalan ke sana.. Semuanya bermain di fikiran penulis.. Dosa-dosa yang banyak dilakukan selama hidup ini..


Dalm kesibukan kita belajar, bekerja dan melakukan urusan dunia lainnya, marilah kita bermuhasabah diri, memperbanyakkan amalan, mengerjakan perkara makruf, meninggalkan yang mungkar.. Penulis berkata bukan sahaja untuk pengunjung di luar sana, tapi terlebih-lebih lagi kepada diri penulis sendiri yang banyak bergelumang dengan noda dan dosa..


Keampunan dan keredhaan Allah jua yang dipohon kerana liang lahad kubur kita itu kelak boleh menjadi salah satu antara taman-taman syurga dan mungkin juga menjadi salah satu antara lubang-lubang neraka, Nau’zubillahi min zalik...


Selimut Putih


Bila Izrail datang memanggil

Jasad terbujur di pembaringan

Seluruh tubuh akan menggigil

Sekujur badan dan kedinginan


Tiaada lagi gunanya harta

Kawan karib sanak saudara

Jikalau ada amal di dunia

Itulah hanya pembela kita


Apalah guna disanjung-sanjung,

Engkau digelar manusia agung

Sedarlah diri tahu diuntung

Sebelum masa keranda diusung


Datang masanya insaflah diri

Selimut putih pembalut badan

Tinggal semua yang dikasihi

Berbaktilah hidup sepanjang zaman

3 comments:

is-nanie said...

Buletin Utama tv3 siaran sabtu atau ahad (9/11 atau 10/11)... ada siarkan berita mengenai video alam kubur yang dipertontonkan kepada kanak2 sekolah...


Ada ibubapa dan menteri yang memberi respons tidak menyetujui program tersebut... dikhuatiri akan memberi trauma kpd kanak2.. Cara didikan terbaik menurut org2 berkenaan adalah kaunseling, nasihat dll..


Masa di alam pengajian, saya menjadi slh sorang fasilatator utk program kem bina insan di sebuah sekolah agama di Perak. Dlm program tersebut, peserta didedahkan pengalaman memasuki liang lahad buatan yang digali oleh AJK program..


so.. what do you think?Adakah dengan menyiarkan video atau pengalaman masuk ke liang lahad suatu tindakan yg extreme?

Anonymous said...

salam semua pengunjung,

merujuk kepada komen oleh is-nanie berkenaan entry kematian ini, penulis sangat bersetuju dengan penayangan video, apa salahnya bagi tujuan yang baik daripada meihat kana-kanak lupakan akhirat dan terlalai dengan noda dan dosa..

lihat saja dalam Tv, program tom tom bak aznil nawawi, kanak-kanak terkinja-kinja di atas pentas, seawal umur 8-9 tahun sudah pandai bergelek lagu inul daratista... apa akan jadi pada kanak-kanak ini apabila besar nanti..

penulis juga pernah menjadi fasilitator di kem bina sakhsiah anjuran pemuda PAS Kedah bbrapa tahun yg lalu, dan modul video kematian ini dtayangkan dan alhamdulillah, ia berhasil.. seorang peserta dipilih untuk modul pengebumian mayat, semua peserta trmasuklah fasilitator sgt terkesan dgn modul ini.. ini semua mendidik manusia mengingati mati.. bagi penulis, tiada salahnya,ibu bapa dan guru berperanan sgt pnting dlm hal ini.. terangkan kpd kanak-kanak bahwa seksaan kubur adalah blasan kpd mereka yg ingkar kpd suruhan dan printah Allah... dgn itu, mudhlah kita mnyeru mreka gar brsolat, brpuasa dsbginya. bg pnulis tyangan video kmatian tdk salah, namun guru dan ibubap harus berperanan menjlaskan kpd anak-anak slpas itu.. jika tak puas hati, sori la ye.. ana bknnya hbat sgt pn... skdar prkgsian ilmu.. syukran.. is-nanie

Anonymous said...

aduh pak..sungguh asyik bicara bapak..
bisa kita ngobrol..yok kita ke www.layarbahtera.com. mas ada bicara kiamat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...