Pada jam 3.30 petang, Sabtu (7 Feb 09) lalu, penulis telah menyiarkan satu entri dalam blog ini bertajuk Krisis Perlembagaan di Perak : Satu Penjelasan. Dan pada jam 7.21 malam semalam (7 Feb 09), seorang pengunjung blog ini telah meninggalkan komennya mengenai artikel berkenaan. Berikut ialah komennya :
Bezanya Anwar dan Najib adalah Anwar mahu peralihan kuasa itu dilakukan dengan cara mengikuti undang - undang. Anwar telah meminta agar Pak Lah memanggil satu sidang khas parlimen dijalankan. Adakah Pak Lah akur dengan tuntutan beliau, sudah pasti tidak. Kenapa tidak akur kerana Pak Lah tahu pasti ada beberapa Ahli Parlimen BN yang akan memberi undi tidak percaya kepada beliau. Speaker Dewan Rakyat juga telah beberapa kali menolak usul undi tidak percaya yang diusulkan oleh Pakatan Rakyat.
BN juga mengarahkan 49 MPnya ke Taiwan bagi mempelajari teknologi pertanian selama lapan hari. Tindakan BN ini menimbulkan keraguan, adakah benar terdapat MP BN yang akan melompat parti ke PR, tambahan pula ketika itu bulan puasa, bulan Ramadhan yang sepatutnya MP bersama rakyat di kawasan mereka.
BN juga menawarkan habuan kepada 2 Adun PKR berkenaan, dengan jumlah wang yang "seumur hidup makan tak habis".. Adakah DSAI ada menawarkan apa-apa habuan kepada mereka yang lompat parti dalam isu 16 Sept dulu..?? Tidak ada.. DSAI bukan pemimpin kerajaan yang boleh beli jet peribadi.. Isu habuan 50 juta ini telah diakui oleh seorang pemimpin PKR bahagian melalui akuan bersumpahnya. Ini juga diakui oleh bekas timbalan Menteri Pertahanan.
Anwar tidak gopoh seperti mana Najib. Anwar tidak menculik dua Adun KeADILan dan membawanya ke Pekan. Anwar tidak terus memaksa Agong memecat Pak Lah. Anwar tetap mahu melakukannya dengan mengikut perlembagaan negara. Kerana apa? Kerana beliau tidak mahu peralihan kuasa itu berlaku dengan kekacauan. Lihat di Perak. Apabila kekuasaan itu dilakukan tidak mengikut perlembagaan Sultan sendiri terasa bahananya. Itulah yang membezakan upacara LOMPAT ANWAR dengan NAJIB.
p/s : Siapa anonymous ni ek..?? Heheh.. Apepun terima kasih byak kernan sudi brkngsi pendapat..
nazri...nak tnya skit
ms ds anwar mgura2kan krjaan malysia yg baru akan dbentuk ekoran rmai wkil BN akan lompat msk PR...adakah ia dmokrasi??????kalu ms dia ckap 2 mjd knyataan adalah krjaan baru dia akan diktiraf...mcm kes di perak gak kan cuma di perak pbentukann krjaan baru bjaya....fikir2 la PR n BN sama jahat..jgn sokong mana2 la wat dosa je
February 7, 2009 7:21 PM