Thursday, February 5, 2009

Kemelut Politik di Perak : Memohon Nusrah Allah

Assalamualaikum w.b.t..


Ketika ini, kemelut politik Perak belum berakhi
r. Walaupun Tuanku Sultan Perak telah menitahkan agar DS Nizar Jamaluddin meletak jawatan serta merta, MB Perak itu masih enggan meletak jawatan kerana beliau menganggap jawatannya itu masih sah mengikut Undang2 Tubuh Kerajaan Negeri Perak. Titah Tuanku Sultan Perak itu dikeluarkan melalui kenyataan media yang diberikan untuk edaran media yang ditandatangani oleh Setiausaha Sulit Baginda, YDH Toh Raja Diraja Kol. Datuk Abd Rahim Mohamad Nor.

Apapun yang berlaku, tindakan 3 ADUN Pakatan Rakyat berkenaan sememangnya telah mengkhianati kepercayaan pengundi di kawasan mereka. 8 Mac lalu, pengundi mereka memilih mereka untuk menyaksikan perubahan kerajaan negeri yang baru, menolak kepimpinan BN yang sudah 50 tahun memerintah Perak. Tidakkah mereka mempunyai sikap bertanggungjawab sehingga sanggup menerima tawaran dari BN.

Tindakan ADUN-ADUN yang berpaling tadah ini disifatkan oleh Mursyidul Am PAS sebagai PENGKHIANAT kepada rakyat di seluruh negeri Perak kerana tindakan mereka telah menumbangkan kerajaan yang mendapat mandat oleh rakyat pada 8 Mac 2008. Tindakan ADUN Bota, Dato'Nasaruddin Hashim juga tidak dapat diterima rakyat di seluruh negara. Selepas 10 hari bergelar ADUN PKR, berceramah ke sana sini bersama DSAI, beliau mengambil langkah mengejutkan apabila masuk semula UMNO.. Dalam kes ini, penulis bersetuju dengan pandangan Prof.Dr.Hamirdin Ithnin. Beliau menyifatkan apa yang berlaku ini adalah satu Tarbiyah Langit Untuk Anwar.

Penulis mengharapkan semua pihak akan bertenang dan berserah sahaja kepada ALLAH. Kerajaan Perak sudah berusaha untuk isytihar 2 kerusi DUN kosong dan mendesak diadakan pilihanraya kecil, tetapi SPR tolak. DS Nizar berusaha mendapat perkenan Sultan untuk bubar DUN, juga ditolak Tuanku Sultan. Kini, yang jelas di mata ialah, Tuanku Sultan bertitah agar MB Perak sekarang letak jawatan, BN mempunyai majoriti (UMNO= 28, Bebas = 3), dan DUN tidak akan dibubar..

Ketika ini, penulis percaya berpuluh-puluh ribu rakyat Perak sedang berhimpun di Stadium Perak untuk Munajat Perdana yang dijadualkan berlangsung bermula jam 7.00 malam ini. Di seluruh negara juga, ratusan ribu lagi rakyat juga dijadualkan akan mengadakan solat hajat mempertahankan kerajaan Negeri Perak..

Kepada Mu ALLAH, kami berserah segalaNya, Engkaulah ketua segala kerajaan atas muka bumi dan di seluruh alam maya ini. Engkau jugalah yang berhak menaikkan dan menjatuhkan mana-mana kerajaan yang Engkau kehendaki.. Untuk itu Ya ALLAH, hambaMu yang hina ini, bermohon dengan hati yang ikhlas, Kau bantulah kerajaan yang berada di jalan yang benar yang ALLAH, dari dirosakkan oleh mereka yang terang-terang melanggar syariatMu Ya ALLAH..

Amin Ya Rabbal Alamin..

p/s : Solat Hajat Perdana di Masjid Lama Bandar Jengka, Pahang malam ini..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...