Sunday, January 25, 2009

ADUN Bota : Pakatan Rakyat FC sumbat gol lagi..

Assalamualaikum w.b.t..

Pada 8 Mac 2008, pasukan Pakatan Rakyat FC yang diketuai oleh pengurusnya, Anwar Ibrahim telah menang 82 perlawanan di seluruh negara. Penyerang handalannya seperti Hadi Awang, Nik Aziz, Mahfuz Omar, Wan Azizah, Azmin Ali, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan puluhan lagi berjaya menjaringkan gol untuk pasukan mereka. Malah ramai juga muka-muka baru turut berjaya membantu kemenangan PR mengalahkan Juara Bertahan selama 50 tahun, Barisan Nasional FC antaranya Nurul Izzah, Nik Nazmi, Nasir Zakaria, Gwo Burne Loh dan ramai lagi. Di pihak Barisan Nasional FC pula, penyerang veteran mereka pula ramai yang jatuh tersembam kerana kekalahan memalukan itu seperti Samy Vellu, Koh Tsu Koon, Shahrizat Jalil dan ramai lagi.

Ogos 2008 pula, pengurus Pakatan Rakyat FC, Anwar Ibrahim melakukan kejutan apabila mengambil keputusan untuk beraksi semula di padang, menjadi pemain semula selepas dibuang padang pada September 1998. Beliau yang kemudiannya menang dalam perlawanan di Permatang Pauh itu, kini memegang tiga jawatan serentak, kapten pasukan, jurulatih dan pengurus pasukan..

Nasharuddin Hashim di samping kapten Pakatan Rakyat FC, Anwar Ibrahim dalam sidang media mengumumkan kemasukannya dalam pasukan pendahulu Liga Perak itu.

17 Januari lepas pula, seorang pemain berpengalaman selama 20 tahun di Wakaf Mempelam telah beraksi menentang pemain kurang ternama dari Barisan Nasional FC di Kuala Terengganu. Pemain berkenaan, Abdul Wahid Endut berjaya menewaskan lawannya dengan sokongan padu dari 'team'nya dari Pakatan Rakyat FC.

Hari ini (25 Januari) pula, seorang pemain dari Barisan Nasional FC di Liga Perak, Nasaruddin Hashim pula telah bertindak menjaringkan gol ke gawangnya sendiri dan bertindak menyertai Pakatan Rakyat FC.. Apakah reaksi kaptennya, Tajol Rosli Ghazali agaknya..?? Bagaimana pula perasaan kapten Barisan Nasional FC di Liga Persekutuan, Abdullah Badawi.. ??

Dalam politik, segala-galanya mungkin...

p/s : Tahniah pada Dato' Nasharuddin Hashim, berani berubah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...