Thursday, January 8, 2009

Isu Palestin : Israel diserang dari selatan Lubnan

Assalamualaikum w.b.t...

Keadaan di lokasi serangan roket di Nahariya

TERKINI...!!! : Heboh di media-media antarabangsa apabila Israel diserang dengan serangan roket dari arah selatan Lubnan menyebabkan beberapa orang tercedera. Agensi berita Jerusalem Post melaporkan pada pagi Khamis, pengganas dari selatan Lubnan melancarkan tiga butir roket, menyebabkan 2 orang cedera di kawasan Nahariya di sempadan Israel-Lubnan. Link di SINI

Pada semalam (Rabu), pemimpin agung Hezbollah, Sheikh Hassan Nasrallah dalam ucapannya di hadapan beribu-ribu rakyat Lubnan, memberi amaran kepada Zionis dengan mengatakan "kamu tidak akan sesekali dapat menghapuskan Hamas dan Hezbollah" dan "kamu akan lebih menderita jika kamu menyerang Lubnan"..

Liputan berita mengenai kejadian yang sama juga boleh dilihat di Al-Jazeera, BBC News dan agensi berita CNN.

Dalam pada itu, korban di pihak Palestin meningkat kepada 700 orang manakala hampir 4,000 yang lain mengalami pelbagai jenis kecederaan.. Sementara itu, Malaysia akan mengadakan sidang parlimen khas bagi membahaskan isu kekejaman Israel dan mendesak PBB mengadakan sidang tergempar secepat mungkin bagi memberi tekanan kepada Israel dan Amerika Syarikat..

p/s : Tahniah kerajaan Malaysia, teruskan dan perhebatkan tekanan kepada pengganas dunia, AS dan sekutunya..


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...