Friday, January 16, 2009

Pertama Kali Dalam Sejarah : Kepala Babi Dalam Surau Akademi Pengajian Islam, UM.

Assalamualaikum w.b.t..

Kurang 24 jam sebelum bermulanya proses pengundian di Pilihanraya Kecil Parlimen Kuala Terengganu, suasana dihangatkan dengan isu penemuan kepala babi yang dibelah dua di dalam surau Akademi Pengajian Islam, UM kira-kira jam 5.00 pagi tadi..

Penulis menyifatkan tindakan ini sebagai satu tindakan yang sangat biadab dan tidak menghormati sensitiviti agama Islam, malah lebih daripada itu, menghina Islam dengan mencemarkan kesucian tempat ibadat. Kepada umat Islam, surau atau masjid dianggap satu institusi yang mulia sehingga digelar Rumah Allah. Namun, tindakan pihak-pihak yang biadab ini sebenarnya telah menggores dan merobek jiwa-jiwa umat Islam..


Isu ini bukan hanya terangkum sebagai isu politik kampus bahkan sudah menjadi isu nasional dan isu agama yang harus diambil berat oleh seluruh umat Islam termasuk pemimpin-pemimpin negara.. Janganlah isu-isu sebegini dipandang sepi..Mahasiswa UM akan menanti respon yang akan diberi oleh masyarakat umum termasuk pemimpin-pemimpin negara kerana lebih sedozen mereka yang bergelar Ahli Parlimen di Dewan Rakyat itu adalah mereka yang pernah bergelar mahasiswa Universiti Malaya, tidakkah mereka tersentuh dengan isu ini..??

Sejak Universiti Malaya Kuala Lumpur ini ditubuhkan secara rasminya lebih setengah abad yang lalu, inilah pertama kali dalam sejarah universiti tersohor ini, berlaku peristiwa terkutuk ini, kepala babi diletakkan di dalam surau..Kita menuntut tindakan dan perhatian sewajarnya dari pihak pengurusan UM, pihak polis, KPT malah Menterinya sekali untuk sama-sama menyelesaikan isu ini agar pada masa akan datang, ia tidak berulang lagi..


p/s : PRK Kuala Terengganu tenang sajeee..., PRK Universiti Malaya 'hangat membareee...'

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...