Thursday, January 1, 2009

ISU PALESTIN : DOAKANKANLAH PARA SYUHADA DI SANA

Assalamualaikum w.b.t..


Sebentar tadi, penulis melayari laman web BBC News, melaporkan pemimpin kanan Hamas, Nizar Rayyan (gambar bawah) telah terbunuh dalam satu serangan udara tentera Israel. Hal ini bermakna, seorang lagi pimpinan Hamas telah gugur syahid selepas As-Syahid Syeikh Ahmed Yassin dan As-Syahid Aziz Rantissi.

AL-FATIHAH..


Untuk para pejuang Islam di Palestin khasnya, marilah kita sama-sama memperbanyakkan membaca Qunut Nazilah seperti di bawah ini..

Ya Allah,
Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh-musuh kami
Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan-kejahatan mereka

Ya Allah,
Leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka
Pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan mereka
Goncangkan pendirian mereka
Dan hantarkanlah anjing-anjing Mu Ke atas mereka
Wahai Tuhan Yang Gagah Perkasa Wahai Tuhan yang penuh raksasa
Wahai tuhan yang bersifat murka

Ya Allah Ya Allah Ya Allah

Wahai Tuhan yang menurunkan Kitab,
Wahai Tuhan yang mengarakkan awan
Wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab
Kalahkan mereka Kalahkan mereka
Kalahkan mereka Dan menangkan kami ke atas mereka

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...