Thursday, January 15, 2009

Mahmoud Abbas tolak kerjasama seret pemimpin Zionis ke mahkamah antarabangsa.

Assalamualaikum w.b.t..


Sehingga kini, korban kekejaman Zionis telah meningkat sehingga 1,004 orang manakala 4,000 yang lain mengalami kecederaan angkara Yahudi Laknatullah.. Dengan mengambil kira tindakan tidak bertamadun Zionis yang sangat melampau ini, sewajarnya pemimpin mereka seperti Ehud Olmert, Shimon Peres dan Ehud Barak dibawa ke muka pengadilan antarabangsa kerana membunuh orang awam sewenang-wenangnya..

Namun tidak disangka-sangka, Presiden Palestin, Mahmoud Abbas telah MENOLAK kerjasama dan TIDAK memberi sokongan kepada Persatuan Peguam Arab untuk mengheret pemimpin Israel ke mahkamah antarabangsa terhadap jenayah perang di Gaza.. Alangkah dayusnya pemimpin Arab ini, mengapa beliau tidak mahu bekerjasama untuk mengheret penjenayah yang telah melakukan kekejaman di negaranya sendiri..
Klik di SINI

Sikap beliau sama dengan sikap Presiden Mesir, Hosni Mubarak yang sanggup menutup pintu sempadan Palestin di Rafah kerana 'tunduk' kepada tekanan Israel dan AS. Malah untuk tujuan penghantaran bekalan makanan dan ubat-ubatan, pihak NGO dan pasukan perubatan hanya diberi masa 3 jam sahaja sehari dan masa itu pula tidak ditentukan oleh pihak keselamatan Israel.


Israel Guna Anjing-anjing Ganas Koyak Tubuh Kanak-kanak Palestin : Klik di SINI


p/s : Mengapa pemimpin Arab sanggup membiarkan rakyat Palestin dibunuh sewenang-wenangnya oleh Israel..??

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...