Assalamualaikum w.b.t..
Hugo Chavez, Presiden Venezuela
Respon kepada tindakan kerajaan Venuzuela mengusir keluar duta
Israel dari negaranya, penulis berfikir sendirian, beranikah negara-negara lain terutama negara-negara Islam menuruti jejak langkah Venuzuela itu. Negara Amerika Latin itu melalui
Presidennya, Hugo Chavez mengutuk sekeras-kerasnya tindakan ketenteraan rejim Zionis ke atas Palestin, malah beliau menyifatkannya sebagai "penghapusan bangsa".. rujuk
SINISejak penubuhan haramnya pada 1948,
Israel mengadakan hubungan diplomatik dengan 163 negara, manakala 34 negara yang lain tidak mempunyai sebarang hubungan diplomatik dengannya.. rujuk
SINIp/s :
Di Asia Tenggara, hanya Malaysia, Indonesia dan Brunei sahaja yang tidak mempunyai sebarang hubungan dengan Israel, manakala Singapura merupakan negara "karib" Israel di Asia Tenggara.
No comments:
Post a Comment