Sejak permulaan saingan TM Malaysia Liga Super pada 3 Januari lepas, penulis sangat teruja menantikan kemenangan Skuad Hijau Kuning hingga ke hari ini. Memandangkan mereka bergelar Juara Piala Malaysia, Piala FA dan Juara Liga Super pada dua musim lepas berturut-turut, ramai yang menantikan Kedah mengulanginya pada musim ini.
Namun, apa yang diharapkan tidak kesampaian.. Pada perlawanan pembukaan Liga Super yang merebut Piala Sumbangsih, Kedah tewas kepada Selangor dengan jaringan 1-4. Penyokong Kedah seramai lebih 30,000 orang ternyata begitu kecewa dengan prestasi pemain Kedah dan 'terdiam' dengan gol-gol jaringan Mohd.Safee Sali, Zameer Zainun dan Amri Yahyah yang menjaringkan dua gol..
Pada 6 Januari, penulis juga mengharapkan Kedah akan bangkit namun skuad kendalian Azraai Khor Abdullah tewas juga di tangan Negeri Sembilan dengan jaringan 0-3.. Buat pengetahuan semua, dalam dua perlawanan ini, Azraai masih menurunkan penjaga gol utama negara, Helmi Eliza Alias.
Pada 10 Januari pula, Kedah melayan kunjungan Johor FC di Alor Setar.. Walaupun beraksi di gelanggang sendiri, Kedah masih tidak mampu memenangi perlawanan ini sebaliknya hanya mampu seri 0-0 sahaja.. 13 Januari lepas pula, Kedah ke Stadium Utama Negeri, Kangar. Harapan mereka untuk memecahkan 'badi kekalahan' tidak kesampaian apabila dikecewakan Singa Utara dengan jaringan 0-1.
Seterusnya, pada 10 Februari ini, Kedah akan menerima kunjungan pendahulu Liga Super setakat ini iaitu KL Plus di Stadium Darul Aman. Penulis mengharapkan satu perkembangan baik akan berlaku dan kemenangan dapat dicipta untuk skuad Kenari.
Bayangkan selepas beraksi dalam 4 perlawanan, Kedah hanya berjaya menyumbat 1 gol tetapi gawang mereka dibolosi sebanyak 8 gol. Penulis masih lagi mengharapkan kebangkitan skuad Hijau Kuning. Dengan usaha berterusan dan azam yang kuat, penulis yakin pemain-pemain Kedah mampu bergelar Juara Tiga Piala sekali lagi pada musim ini..
p/s : Ketiadaan pemain import mungkin salah satu penyebabnya..
No comments:
Post a Comment