Monday, January 5, 2009

ISU PALESTIN : KRITIKAN TERBARU DR.MAHATHIR KEPADA OBAMA DAN ISRAEL

Assalamualaikum w.b.t..


Bekas Perdana Menteri, Tun.Dr.Mahathir Mohamad mensasarkan kritikan terbarunya kepada bakal Presiden AS, Barack Obama dan Israel dalam satu sidang akhbar di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya hari ini.

"...Israel sebenarnya memerintah dunia menerusi proksinya kerana tiada calon Presiden Amerika termasuk Obama yang berani mengatakan bahawa mereka tidak menyokong Israel.."

''...Malah orang kanan Obama, Joseph Biden secara terbuka telah mengisytiharkan dirinya sebagai Czarist. Jadi anda boleh bayangkan dasar luar negara Obama pada masa hadapan..."

petikan laporan dari Utusan Online, di SINI


Lima tahun lepas iaitu dalam Sidang Kemuncak OIC ke-10 yang berlangsung di Kuala Lumpur, Tun Dr.Mahathir membangkitkan perkara sama iaitu mengenai Israel memerintah dunia menggunakan proksinya. Kenyataannya itu telah mengundang rasa marah pemimpin Amerika, Israel dan sekutu mereka yang lain termasuk Australia sehinggakan Menteri Luar Australia ketika itu, Alexander Downer memulaukan menteri dan dif kehormat dari Malaysia dalam jamuan di kedutaan Australia sempena forum APEC di Bangkok pada tahun yang sama.

BACA LAGI di SINI


p/s : Tun Dr.Mahathir, walau sudah bersara, sekali bersuara, bergegar dunia..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...