Biadabnya rejim Zionis semakin terserlah apabila mereka bertindak mencabuli gencatan senjata dengan kerajaan Hamas Palestin sejak 3 minggu lalu. Setelah lebih 1 300 rakyat Palestin menjadi korban kekejaman mereka malah lebih 5 000 yang cedera dibiarkan tanpa ubat-ubatan yang cukup di hospital, mereka masih lagi meneruskan tindakan gila dan tidak bertamadun, mengebom bangunan awam sesuka hati..
Bahkan, Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert Laknatullah dengan angkuhnya mengeluarkan amaran, jika Hamas bertindak menyerang Israel, tentera Zionis akan menggunakan seluruh kekuatannya untuk melumpuhkan Hamas. Malah, Olmert juga berkata bahawa pihaknya tidak akan menghiraukan lagi kutukan dan bantahan masyarakat dunia terhadap serangan yang dilakukan terhadap Palestin.
Duta AS ke Malaysia, James R.Keith
Mengambil kira keadaan sekarang, sewajarnya digerakkan satu lagi demonstrasi besar-besaran ke Kedutaan AS. Penulis berpendapat demonstrasi yang dilakukan akhir-akhir ini sangat kurang menarik penyertaan umat Islam Malaysia. Jika perhimpunan BERSIH 10 Nov 2007 boleh menarik minat hampir 100 000 rakyat Malaysia, mengapa himpunan membantah kekejaman Israel tidak mampu mencapai angka kehadiran yang sama..??
Penulis juga berpendapat, umat Islam di negara ini harus mendesak kerajaan Malaysia mengusir keluar Duta AS dari negara ini sebagai bantahan terhadap tindakan AS berdiam diri berkenaan isu di Palestin. Sebelum ini, Venezuela dan Bulgaria telah mengusir keluar Duta Israel dari negara masing-masing. Sedangkan kerajaan bukan Islam berani mengusir keluar pihak 'pengganas' dari negara mereka, mengapa tidak kita, Malaysia, negara Islam contoh, negara Pengerusi OIC, Pengerusi NAM, dikepalai oleh cucu ulama mengambil tindakan yang sama..??
2 comments:
de hanya cucu kepada seorang ulama..
dan yang paling utama imam besar hadhari..
de xbrani buat apa2..
yang jelas lepas seorang menteri beliau berkata M'sia akan menangguhkan FTA dengan US, dengan cepatnye de gelabah mintak penjelasan..
takut ke ek???
Zionis memang hebat,kita tak mampu nak lawan dia,hanya doa dan umat islam bersatu padu dan amalkan sunnah baru dia tawar.
Post a Comment