Setelah hampir 8 hari, rejim Zionis Israel Laknatullah melancarkan serangan ke atas Gaza, angka kematian meningkat kepada 521 orang manakala 2,450 orang mengalami kecederaan. Sejak rejim melancarkan serangan darat Sabtu lalu, seramai 64 orang orang awam Palestin disahkan terbunuh, lapor laman web Al Jazeera, link di SINI. Israel pula sedang berhadapan dengan angkatan mujahidin Hamas, Briged Izzuddin Al-Qassam yang kini dilaporkan telah menculik 2 anggota tentera Israel walaupun pihak Israel menafikannya.
Semalam penulis menonton warta berita, melaporkan mesyuarat Majlis Keselamatan PBB yang mengutuk kekejaman Israel dan mendesak gencatan senjata dilakukan telah DIBANTAH oleh Timb.Duta AS ke PBB, yang mengatakan gencatan senjata tidak membawa apa-apa perubahan kerana Hamas akan memungkirinya..
Sementara itu, Ketua Perhimpunan PBB, Miguel D'Escoto dalam sidang media selepas itu, mengecam sekeras-kerasnya pendirian AS dalam isu Palestin yang menolak gencatan senjata dan menyifatkan tindakan ketenteraan Israel itu sebagai satu jenayah.
Begitu anehnya sesetengah pemimpin dunia, kerana takutkan Amerika Syarikat dan sekutunya, mulut mereka terkunci rapat, seolah-olah menghalalkan tindakan terhadap Palestin. Pemimpin-pemimpin negara Arab, Pertubuhan Persidangan Islam, PBB dan EU yang sepatutnya menyeru ke arah perdamaian tidak dapat melakukan apa-apa tanpa restu AS. Bahkan Presiden AS yang baru, Barrack Hussien Obama sendiri pun masih membisu kerana menunjukkan sokongan kuatnya pada Israel.
Mungkin Obama terhutang budi kepada Israel dalam pemilihan Presiden dahulu. Kemungkinan ini timbul kerana beberapa ketika selepas kemenangan Obamalah, serangan Israel mula dilancarkan ketika umat Islam Palestin sedang menanti awal Muharam.. Mungkin membisunya Obama ini menunjukkan taat setianya pada Israel kerana membantunya menaiki 'takhta' Presiden, siapa tahu..??
Cuma penulis sedikit kagum dan mengucapkan tahniah kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang telah menghantar surat terbukanya kepada Presiden AS itu, ia disiarkan di blognya, link di www.chedet.cc. Satu usaha ke arah menyeru perdamaian dan mengajak pentadbiran AS memikirkan semula sokongannya terhadap Israel.
Sepatutnya, kerajaan Malaysia melalui Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi juga mengikut langkah bekas 'bos'nya itu, sebagai bantahan kepada sokongan AS terhadap Israel, Pak Lah perlu hantar surat bantahan terbuka kepada Presiden AS dan panggil balik duta kita di Washington. Keberanian tindakan ini sebagai satu tekanan kepada pentadbiran AS.
p/s : Masyarakat dunia di negara-negara luar yang bukan negara Islam seperti Belgium, Perancis, England dan lain-lain negara Eropah menyuarakan bantahan yang lebih keras berbanding negara Malaysia yang diisytihar negara Islam. Siri-siri bantahan di negara ini hanya menarik perhatian sekitar 500 hingga 2,000 orang sahaja, sedangkan di Belgium dilaporkan 30,000 rakyatnya berarak membantah kezaliman Israel, Indonesia dilaporkan 200,000 masyarakat Islamnya memenuhi kota raya Jakarta..

No comments:
Post a Comment