Saturday, January 17, 2009

PRK Kuala Terengganu : Selamat Menuju Kemenangan


Penulis mengucapkan selamat mengundi kepada seluruh pengundi di Parlimen Kuala Terengganu pada hari ini.. Pilihlah calon yang benar-benar mampu membawa suara rakyat akar umbi ke peringkat yang lebih tinggi, malah yang terlebih penting pilihlah calon yang sentiasa bersama rakyat dalam apa jua keadaan susah atau senang..

InsyaALLAH, lewat malam ini seluruh negara akan mengetahui siapakah yang bakal bergelar YB baru Parlimen Kuala Terengganu.. Penulis difahamkan keputusan PRK P036 malam ini akan dibawa secara langsung di saluran Astro 501, Astro Awani..

Kepada calon bertanding, seluruh jentera Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat dan seluruh pengundi serta rakyat Kuala Terengganu, penulis ucapkan...

SELAMAT MENUJU KEMENANGAN

p/s : Selamat mengundi kepada Sdr.Mohd Alwi Musa, calon Pro-Mahasiswa bagi kawasan Fakulti Sastera dan Sains Sosial yang bergegas pulang ke Kuala Terengganu bagi menunaikan t/jawabnya sebagai pemilih berdaftar.. InsyaAllah, Alwi juga akan bergelar YB baru di FSSS dalam PRK Universiti Malaya, Isnin ini.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...