Ketika ini, korban kekejaman Zionis telah meningkat kepada 660 orang manakala beribu-ribu lagi mengalami kecederaan. Sesungguhnya Israel dan "bos"nya Amerika Syarikat langsung tidak menghiraukan bantahan dan kutukan jutaan masyarakat dunia atas tindakannya ke atas bumi Palestin. Betapa bongkak dan angkuhnya Ehud Olmert dan konco-konconya..
Terbaru, Al-Jazeera melaporkan rejim Zionis bertindak mengebom sebuah sekolah milik PBB yang didalamnya terdapat 350 orang yang sedang berlindung. 43 orang disahkan terkorban manakala 100 yang lain mengalami kecederaan. Tindakan Israel ini memang sudah melampaui batas dan norma-norma kemanusiaan sejagat apabila tempat perlindungan pelarian milik PBB pun sanggup dibom..
Link laporan Al-Jazeera di SINI
p/s : Kita di Malaysia perlu berbuat yang termampu bagi membantu umat Islam di Palestin..InsyaALLAH, kemenangan di pihak Islam..Allahu Akbar..
No comments:
Post a Comment