Assalamualaikum w.b.t..
Jam 2.00 petang tadi, penulis menghadiri satu sidang media khas di Kompleks Perdana Siswa, Universiti Malaya berkenaan isu rasuah kononnya melibatkan Timbalan Naib Canselor UM, Prof.Madya Datuk Dr.Azarae Haji Idris. Kumpulan Pro-Mahasiswa UM mendakwa seorang calon mereka telah disogok dengan wang dan berbagai faedah lain jika bertanding atas tiket Penggerak Mahasiswa. Calon berkenaan telah pun membuat laporan polis di Balai Polis Pantai pada petang 13 Januari lalu.Klik di SINI
Maka pada hari ini, pihak Pro-M telah mengadakan sidang media khas bersama Mohd.Nazree Yunus (gambar atas), Pengerusi Gerakan Rakyat Anti Korupsi Malaysia (GERAK) yang juga bekas Presiden PMIUM 2006/2007. Nazree menyatakan pihaknya sememangnya menentang penyelewengan dan rasuah yang berlaku dan memberi sokongan sepenuhnya kepada mana-mana pihak yang mengamalkan amalan terkutuk itu termasuk dalam kes di UM jika benar ia berlaku.. Sementara itu, TNC HEP UM, Dr.Azarae pula sebagai reaksinya terhadap tuduhan dan laporan polis yang dibuat itu,telah turut sama membuat laporan polis. Mstar Online melaporkan, Dr.Azarae menyangkal sekeras-kerasnya tuduhan yang dibuat pihak Pro-Mahasiswa itu. Pihak Pro-Mahasiswa pula sebaliknya mendakwa mereka mempunyai bukti terhadap tuduhan rasuah dan penyelewengan itu.Klik di SINI.

No comments:
Post a Comment