Wednesday, January 7, 2009

Boikot Barangan AS dan Yahudi : Mampukah Malaysia.??



Syeikh al-Azhar, Mufti Mesir, Mufti Pakistan, Mufti Arab Saudi, Persatuan Ulama Pakistan, Dr Yusof al-Qaradhawi, dan majoriti ulama’ dari seluruh dunia memfatwakan wajib bagi seluruh umat Islam memboikot barangan Israel, menjalinkan hubungan dagang dengan mereka, dan juga memberikan apa-apa bekalan kepada mereka.

Fatwa ini dikeluarkan setelah mengambil kira kekejaman yang telah mereka lakukan terhadap umat Islam. Para ulama’ ini juga telah menyeru agar kita semua memboikot barangan Amerika yang merupakan sekutu utama yang sering menyalurkan bantuan kepada Israel terutamanya dalam aspek persenjataan. (teks di'copy 'dari SINI)

Dr Yusuf al-Qaradhawi telah mengatakan,

....Satu riyal (ringgit) yang digunakan untuk membeli barangan Amerika adalah bersamaan dengan sebutir peluru yang akan digunakan oleh tentera-tentera Zionis untuk membunuh anak-anak kecil di Palestin....”

Mampukah kerajaan Malaysia memboikot barangan keluaran Yahudi dan AS sedangkan kerajaan mempunyai hubungan perniagaan yang kukuh dengan negara "polis dunia" itu..

Pada tahun 2006, Malaysia merupakan rakan dagang ke-10 terbesar dengan AS dengan nilai RM158.1 billion, yang mewakili 16 peratus kepada aktiviti perdagangan Malaysia.

AS juga merupakan pelabur luar negara ke-4 terbesar di Malaysiapada tahun 2006 dengan pelaburan terus asing (FDI) sebanyak RM 8.5 billion

AS juga merupakan pelabur asing TERBESAR dalam "cumulative basis" iaitu sebanyak RM 105.4 billion dalam sektor ekonomi Malaysia.

AS juga merupakan penyumbang TERBESAR dalam pertumbuhan perdagangan Malaysia-AS dalam bidang industri semikonduktor.

Pada tahun 2006, Malaysian American Electronics Industry (MAEI) memberikan pekerjaan kepada lebih dari 54,000 pekerja di kalangan rakyat Malaysia.

Link di SINI

p/s : Tepuk dada, tanya iman..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...