Thursday, April 30, 2009

Sibuk Dengan Peperiksaan..

Salam..

Sudah beberapa hari penulis tak update blog ini, lantaran kesibukan minggu peperiksaan. Alhamdulillah tengahari tadi penulis selesai menduduki peperiksaan subjek Geografi Pelancongan..

Terasa gembira kerana segalanya berjalan lancar sepanjang 2 jam tempoh menjawab. Tiada rasa tertekan ataupun terpaksa memerah otak terlalu kuat kerana apa yang dibaca semalam, semuanya berjaya diluahkan di atas kertas jawapan. Syukur..

Kini, tinggal satu lagi paper iaitu Asas Kekeluargaan Islam. Peperiksaan di DTC, jam 11.30 pagi.. Semoga segalanya berjalan lancar Isnin nanti..Para pengunjung harap bersama-sama berdoa untuk kejayaan kami para student yang sedang menimba ilmu.. Amin...

Dalam kesibukan ini, banyak isu semasa yang menarik perhatian penulis, antaranya :

1. Keputusan kabinet mengenai isu agama anak, sempat juga buka blog Dr.MAZA dan menghalusi pandangannya mengenai isu ini.

2. Isu kemelut politik Perak. Dengar kata, Federal Court tidak dapat isytihar Dr.Zambry sebagai MB yang sah. Terpaksa disebut semula di Mahkamah Tinggi pulak dah.. Akhirnya nanti, pasti DUN Perak terpaksa dibubar bagi menyelesaikan kemelut ini..

3. Isu selesema babi. Inilah salah satu bala yang diturunkan Allah kepada kita. Mungkin kerana keaplaan kita dan kemurkaanNya kepada kita. Mudah-mudahan kita diselamatkan oleh Allah kerana wabak ini boleh merebak ke seluruh dunia dan boleh menyebabkan kematian. Nauzubillahimin zalik..

4. Isu peluk Aril AF 7. Peluk untuk tunjukkan hormat katanya. Ape daa.. Nabil pun same. Sejak namanya meningkat naik dan dah jadi popular ni, lawaknya macam dah terlebih-lebih sampai hukum-hakam agama pun dipersendakan. Peluk tak jejas ekonomi negara katanya, Ya Allah.. Mungkin Nabil cakap camtu nak wat lawak, tapi sebenarnya ia menunjukkan kedangkalannya sendiri.. (ayat dipinjam dari blog Matjang)

Ada masa akan penulis akan ulas satu persatu pandangan penulis itu.. InsyaAllah..


p/s : Kurang seminggu lagi untuk menamatkan pengajian..


Sunday, April 26, 2009

Final Piala FA 2009 : Sengketa Politik Dilupakan

Salam..

Pertamanya syabas dan tahniah diucapkan kepada pasukan Selangor atas kejayaan menjulang trofi Piala FA tahun ini dengan menewaskan pasukan Kelantan di Bukit Jalil malam tadi.

Selain aksi yang menarik dan mendebarkan dalam jangkamasa 120 minit perlawanan (90 minit + 30 minit masa tambahan), kehadiran pemimpin pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di pentas utama stadium semalam turut mencuri tumpuan. Berikut antara gambar yang di'grab' dari blog Anwar Ibrahim.


Syabas dan tahniah dari Anwar Ibrahim kepada kapten pasukan Selangor, Mohd.Amri Yahyah.


Barisan VIP terdiri daripada (tiga dari kiri), Tengku Muhammad Faris Petra, Datuk Che Mat Jusoh, Datuk Shabery Cheek, Datuk Redzuan Sheikh Ahmad, Tan Sri Khalid Ibrahim, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tan Sri Annuar Musa.


Datuk Seri Anwar Ibrahim bersalaman dengan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek sambil diperhatikan Naib Presiden FAM, Datuk Redzuan Sheikh Ahmad.


Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Raja Bolasepak Malaysia, Datuk Abdul Ghani Minhat



p/s : Kalau MB Kelantan,Tok Guru Nik Aziz datang semalam lagi gempak stadium, hehe

Saturday, April 25, 2009

Tindakan Majlis Daerah Maran yang 'double standard'..

Salam..

Pada 14 April lalu, Majlis Daerah Maran (MDM) telah bertindak membuang bendera besar PAS di simpang Felda Jengka 15. Bendera besar itu sebenarnya telah menjadi satu simbolik akan keazaman dan kesungguhan PAS Jengka untuk merampas semula DUN Jengka sejak kali terakhir memenanginya pada tahun 1999 melalui Dato'Tuan Ibrahim Tuan Man..

Ape yang penulis ingin persoalkan di sini ialah tindakan MDM yang penulis rasakan 'double standard' kerana hanya bendera PAS sahaja yang dibuang sedangkan bendera UMNO-BN yang penuh di ceruk daerah Maran tidak pula diusik. MDM khabarnya bertindak demikian berasaskan Undang-undang Kecil Iklan Pilihanraya (MDM) 1990.



Mungkin tindakan MDM membuang bendera PAS itu atas beberapa pertimbangan (antaranya ADUN Jengka sekarang, YB Wan Salman Wan Ismail ialah anak peneroka Jengka 15 dan kebanyakan Ahli Majlis MDM ialah orang kuat UMNO Kuala Krau, Hj.Shahaimi, Hj.Sabrey and so on). Jadi jika peruntukan undang-undang di atas digunapakai, maka MDM harus juga mempunyai sifat ketelusan dalam menjalankan tugas iaitu mereka harus juga menurunkan bendera UMNO-BN yang berselerakan di seluruh daerah Maran.

Dato'Tuan Ibrahim ; Kata dua kepada MDM


p/s : Pasang bendera besar UMNO, nak tengok MDM buang tak bendera tu??

Wednesday, April 22, 2009

Al-Fatihah : Encik Zul Azman Zakaria kembali ke Rahmatullah..

Salam..

Gambar di'grab' dari blog Matjang. Baca catatannya di SINI

Daripada Allah kita datang, kepada Allah kita kembali..

Kira-kira jam 5.00 petang semalam, En.Zul Azman Zakaria telah kembali ke rahmatullah akibat serangan sakit jantung. Ku mendapat berita mengejutkan ini melalui panggilan telefon daripada sahabatku, Fairuz. Tidak disangka, kurang sejam sebelum itu, ku melihat dari jauh Allahyarham berjalan menuruni tangga dari RPPP di bangunan baru FSSS.

Allahyarham yang merupakan tutor RPPP pernah mengajar 2 subjek yang ku ambil iaitu subjek Undang-undang & Dasar Bandar dan subjek Pengangkutan Bandar. Ku bersama2 beberapa rakan lain juga pernah bekerjasama dengan beliau dalam projek kajian morfologi Rawang di bawah Pn.Syra Lawrence Maidin.

Kepada semua pengunjung, marilah kita bersama-sama sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham, semoga rohnya ditempatkan bersama-sama orang2 yang beriman, Insya Allah..

AL-FATIHAH

p/s : Takziah diucapkan kepada isteri dan keluarga serta sahabat handai Allahyarham, semoga tabah menghadapi dugaan ini..

Tuesday, April 21, 2009

Selamat Menghadapi Peperiksaan


Blogger Pak Tam Jengka mengucapkan Selamat Menghadapi Peperiksaan kepada seluruh mahasiswa-mahasiswi dan rakan-rakan di IPTA dan IPTS di seluruh Malaysia.. khasnya pada semua pelajar RPPP dan rakan-rakan di Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Penulis akan menghadapi peperiksaan terakhir sepanjang pengajian Sarjana Muda di UM ini bermula malam ini hingga 4 Mei depan.... Begitu cepat masa berlalu...Kepada semua pengunjung, harap dapat doakan kami agar kami semua berjaya, InsyaAllah..

Tips :

- Keluar rumah / kolej dengan kaki kanan dan takbir 7 kali
- Masuk dewan exam dengan kaki kanan dan takbir 7 kali
- Duduk dengan tenang dan baca Surah Al-Fatihah
- Baca Surah Al-Insyirah (Alam Nasyrah) banyak-banyak
- Buka kertas soalan dengan Basmalah..

Tips paling penting :
Sebelum masuk exam, kene study, hehe..
memang la..


p/s : Ku target dapat pointer 3.5 semester ni, huhu, insyaAllah..

Pengalaman mencemaskan dalam perjalanan balik Jengka..

Salam..


Perjalanan balik kampung ke Jengka pada Sabtu lalu akan ku ingat sampai bila-bila.. Kisahnya, berlaku satu adegan mencemaskan bila mana seorang pemuda yang bagi aku 'tak berapa betul' a.k.a gila telah buat hal dalam bas Metrobus Ekspress perjalanan jam 10.30 pagi dari KL tu..

Hari Sabtu, kira-kira jam 9.00 pagi, ku ke Kolej 11 menghantar motor Honda EX 5 memberku, Afiq yang ku pinjam semalaman. Hajat di hati, nak mintak Afiq tolong hantar ku ke Stesen Kerinchi, namun memandangkan sahabatku itu masih lagi diulit ke'mengantuk'kan dan kelihatan letih yang amat sangat, lantas ku capai beg dan terus menapak ke depan Kolej 11.

Sekitar 5 minit menunggu, ku tahan sebuah teksi yang terus membawaku menuju Stesen Kerinchi. Ku selak dalam dompet, ada la 2 keping not RM10.00. Dalam poket seluar sebelah kiri, ada 3 keping not RM1.00 yang kemudian ku serahkan pada abang teksi sebagai tambang. Memang ngam2 duit ku ada, Tambang bas KL-Bandar Jengka = RM15.40. tambang LRT dari Kerinchi ke Masjid Jamek = RM1.60 dan tambang LRT Masjid Jamek ke stesen Titiwangsa (Pekeliling) = RM 1.20, maksudnya semua skali = RM18.20, huhu..ada balance lagi RM1.80..

Aku tiba di Hentian Bas Pekeliling sekitar jam 10.15 pagi, ku lihat ada 4, 5 orang sedang berbaris di depan kaunter Metrobus Ekspres.. Tertera di hadapan kaunter ; 'PALING AWAL 10.30'.. Dalam ramai-ramai berbaris tu, mata ku tertumpu pada seorang pmuda yang hanya memakai singlet kuning, berseluar jeans dan berkaca mata hitam..stylo kononnya..huhu..

Jam 10.35 pagi : Aku naik bas dan duduk di kerusi depan sekali sebelah kiri (kerusi no.1-2), pemuda pakai singlet tadi duduk kat kerusi belakang aku (kerusi no.5-6). Di kerusi hadapan sebelah kanan (kerusi no.3-4), ada seorang akak bersama anak kecilnya berusia lingkungan 3 tahun. Waktu bas mula bergerak, hanya ada dalam 10,11 orang sahaja penumpang dalam bas..

Jam 10.45 pagi : Sebaik bas menyusuri masuk ke Lebuhraya Damansara-Ulu Klang (DUKE), pmuda bersinglet kuning tadi tiba-tiba membaca ayat-ayat lazim. Ku jeling ke belakang. Di tangannya ada naskah terjemahan Al-Quran versi Inggeris. Lagaknya seperti dia sedang belajar mengaji kerana sebutannya tak berapa betul dan tergagap-gapap.. Dalam hati ini, terasa bangga kerana walaupun pmuda ini pakai camtu, tapi ada juga kesungguhan untuk belajar mengaji..bagus2..

Jam 11.00 pagi : Bas melepasi Tol Gombak. Pmuda tadi bertanya pada driver bas tentang air-cond bas. Katanya, air-cond bas terlalu slow.. Ketika dia bergerak mghampiri driver, terkejut aku melihat mukanya yang dibasahi peluh, rambutnya juga lencun dgn pluhnya..aku yang kuat berpeluh ni pun dah terasa nyaman dengan air-cond bas yg dah 30 minit terpasang sejak kami meninggalkan stesn bas tadi..driver bas pun pelik, kenapa di berpluh smpai bgitu skali..huhu, pelik..pelik...pelik...waktu ni penulis dah rasa tak sedap hati dah...

Jam 11.10 pagi : Selepas menyambung bacaan Quran dan terjemahannya, pemuda ini berhenti seketika apabila ada panggilan masuk ke HPnya. Dgn suaranya yg kuat, pmuda ini lgsng tak segan bercakap degn pmaggilnya, 'I don't want to make business with u anymore..I think making business with u is f**king st**id'. Lepas tu dia bangun dan dengan selamba lagi buka baju snglet kuning tu, buka beg pakaian dn salin baju lain di depan penumpang2...huhu...pnulis lagi tambah pelik, huhu..

Jam 11.20 pagi : Pmuda tadi berbual-bual dengan akak di kerusi no.3-4, yang kemudian ku ketahui akak ni orang Jengka 18. Pmuda ini menghulurkan wang kertas RM1.00 pada anak akak tadi. Pmuda ini bertanya pada akak tu, sapa nama anak die, akak tu jawab ringkas, '...Adam..'. Pmuda tadi respon, '..ohhh..Adam...pandai akak bagi nama anak ye..' Akak tu tersenyum sinis je..hehe..pelik lagi..tetiba je ckap gitu..Lepas tu dia bagi kaca mata hitam yang dia pakai tadi pada Adam, suruh budak tu pakai..akak ni pun pada mulanya menolak tapi mungkin nak jaga hati pmuda tu, akak ni pun ambik dan pakaikan pada anak die..

Jam 11.35 pagi : Adegan mencemaskan bermula..memang aku takut, serius... Sebaik melepasi Terowong Genting Sempah, pmuda ni bangun dari tempat duduk die dan duduk di sebelah aku...katanya dia akan pening kalau tak tengok depan..huhu..aku biarkan je.. tapi bile dia bangun dan pergi ke depan kat tangga bas tu..mata aku terpandang satu objek yang dikepit di tangan kirinya...sah aku nampak...PARANG....!!! Akak tu pandang aku dan cakap dalam suara berbisik...'..dikk..dia bawak parang...''Aduhh..dalam hati ni cemas tak tau nak kata dah..aku rasa hanya aku, akak tu dan driver je yang nampak parang tu..tapi bagi aku abang driver ni memang cool, tak menggelabah langsung...
Jam 11.40 pagi ; Pmuda ni mula bercerita. Die meluahkan perasaannya. Dia seorang bekas polis, mahu berkahwin tapi dihalang oleh ayah makwenye..die tertekan...kemudian ceritanya mula melalut-lalut, sampai yang paling teruk ditunjuk rantai Salib yang dipakainya.. Nauzibilllah...katanya, Mohammed Emanuel yang bagi..macam-macam cerita disampaikan dengan suara yang jelas, satu bas boleh dengar..kisah sirah Nabi Adam, penciptaan Iblis dan pengalaman di Islamkan orang, macam-macam la..memang pelik..tapi abg driver ni layan je..

Jam 11.50 tghari : Sebaik bas ni melepasi Tol Lanchang, pmuda ini mengeluarkan parang dan tunjukkan pada driver. Katanya, Emmanuel yang bagi..tertera nama pmuda ini yang diukir atas parang tu.. Yang buat aku kecut perut dan istighfar banyak kali bile pmuda ni bgtau, Emmanuel pesan pada die . 'If u kill someone, you go to heaven...' Ya Allah, takutnya aku waktu tu.. Akak tadi dah peluk anak die dah.. Penumpang lain yang kat belakang mungkin tak dengar kot..huhu

Jam 12.15 tghari : Bas melalui susur keluar Temerloh di LPT. Dua orang pmuda yang duduk di belakang datang ke depan, sorang duduk sebelah aku dan sorang lagi duduk kat kerusi belakang. Pmuda 1 menyampuk dengan bertanya pmuda gila, '..Abang crita apa ni bang, abang tau tak agama ni tak boleh tafsir pakai pikiran..??. Pmuda gila menjawab dengan mengeluarkan hujah dari khutbah terakhir Nabi Muhammad s.a.w, perenggan ke-7. Pmuda 2 pula bercakap dalam longhat Klate, '..Mu ni Isle ko..?? dah bakpo pakai bendo tu (salib)...? Rasa tercabar, pmuda ni bangun dan menghunus parangnya dan berkata, 'In the name of God, aku tak ckap dgn korang pun, aku just berbual dengan abg driver ni, yg korg masuk cmpur ni pe hal haa..???'..Akak sebelah aku dah menjerit dah..aku plak dah terkaku, tak tau nak cakap pe..

Jam 12.20 tghari : Bas berhenti di Tol Temerloh dan Pmuda 2 tadi turun.. Pmuda gila dengan badan terketar-ketar dan muka merah padam, mula mengarut, ' Celaka s**l punya budak, dia tak kenal aku.. siap la kau, nanti aku cari kau kat Temerloh ni, bo**h betul, ilmu tak cukup, nak lawan aku..' Aku bangun dan suh pmuda gila duduk dulu. Driver bas pun suh pmuda gila bersabar, 1 jam setengah dalam bas tadi, okey jer, tak dak apa2 pun,kata driver bas.. Pmuda gila kemudiannya mengaku, '..saya ni gila isim bang, saya penah bunuh orang...hari ini Emmanuel suruh saya bunuh orang, tapi takpe..saya tak nak buat hari ni sebab saya nak balik Jengka jumpe mak saya, tu je, tapi ada jugak dua budak bo**h nak cabar saya hari ni..s**l betol..'

Jam 12.30 tghari : Bas singgah di Terminal Bas Temerloh. Pmuda gila dah bertenang dan bangun memohon maaf pada semua sebab tak dapat kawal diri. Dia kemudiannya serahkan parang pada driver suruh disimpan. Pmuda gila sendiri berkata bahaya kalau dia yang pegang parang tu. Dia kemudian bergerak ke belakang bertemu dengan Pmuda 1 yang kononnya cabar die tadi. Dipeluknya Pmuda 1 dan kami terdengar ungkapan maaf keluar dari mulutnya. Syukur...fuh....tapi aku masih berdebar sebab ada satu jam lagi perjalanan ke Bandar Jengka..

Jam 12.40 tghari : Bas bergerak keluar dari bandar Temerloh menuju ke Bandar Jengka. Pmuda gila masih berbual dengan Pmuda 1 di kerusi belakang. Suasana kembali tenang, aku berbual dengan abang driver. Kat abang driver. '..lepas ni aku takkan bagi dia naik bas aku..gila punya orang..'..

Jam 1.20 ptang ; Aku sampai di Jengka 16. Abangku, Zaini sudah menunggu di dalam kedai makan Haji Noq di tepi simpang. Sementara itu, pemuda gila masih di belakang..syukur, aku selamat sampai di kampung...walaupun sejam sebelum tu, hati ku terasa cemas ya amat..huhu...

[Aku kembali ke Kuala Lumpur pada hari Ahad menaiki Metrobus Ekspress perjalanan jam 7.00 malam dari Jengka dan tiba sekitar jam 10.00 malam di Hentian Pekeliling. Ku tiba di rumah sekitar jam 10.45 malam]


p/s : Mohon keselamatan dari Allah s.w.t...Amin...

Friday, April 17, 2009

Akhirnya tesisku dihantar..

Salam..

Gambar kitorang mse Annual Dinner RPPP kat Cititel Hotel, Mid Valley baru-baru ni..


1. Selamat bertemu semula kepada pengunjung semua..

2. Minggu ini merupakan minggu paling sibuk sepanjang 17 tahun aku bergelar pelajar. Lantaran sikap dan tabiat aku nie yang suka kerja bertangguh, maka terpaksalah memaksa mata ini disengkangkan selama 3 hari berturut-turut, bergelut menyiapkan tesis..huhu..

3. Dengan bertemankan sahabatku Arie, Mai dan Mat Jang, kami bertungkus lumus menyiapkan tesis masing-masing di Dataran Sastera..Ya Allah..tensennya..huhu..

4. Akhirnya, tepat jam 11.45 malam semalam, tesisku yang bertajuk "Pembangunan Ekonomi Berasaskan Sektor Industri Kecil dan Sederhana (IKS) Di Petempatan FELDA : Kajian Kes Di FELDA Jengka 15 dan Jengka 16" telah siap secara rasminya..Alhamdulillah..

5. Jutaan terima kasih dan penghargaan setinggi-tingginya kepada Pn.Syra Lawrence Maidin selaku penyelia tesis aku..kesabaranmu aku kagumi, melayan kerenah kami semua student 3rd Year yang nakal-nakal, huhu..

6. Kepada pensyarah-pensyarahku, Prof.Madya Dr.Norhaslina Hassan, Prof.Madya Dr.Melasutra Md.Dali, Dr.Safiah Yusmah Dato'Mohamad Yusoff, En.Wan Zulkifli Wan Ismail dan pembantu pengajarku, En.Akramin, En.Shahizan dan En.Zul Azman, budi baik dan pengorbanan kalian akan ku kenang selamanya...

7. Kurang lebih, 2 minggu akan datang merupakan fasa terakhir pengajianku di Universiti Malaya..3 tahun pengajian terlalu singkat ku rasakan..huhu..sedih rasanya nak meninggalkan kampus ni. Sayu hati nak berpisah dengan kawan-kawan...aku sedih..huhu. :-(

8. Esok pagi aku akan bertolak pulang ke bumi tercinta Pahang Darul Makmur, bertemu keluarga, ayah dan bonda yang dilanda kerinduan...nantikan kepulangan anakmu ini...huhu..


p/s : Selasa depan mula exam, hehehe

Monday, April 13, 2009

PM Malaysia ke-6 : Pendirian pengunjung blog ini..

Salam..

Undian ini telah dibuka pada 21 Mac 2009 dan ditutup pada 4 April 2009 (2 minggu). Seramai 91 orang responden telah mengambil bahagian.. Berikut adalah keputusannya..


Seramai 10 orang responden (11 peratus) mengatakan 'Ya' manakala lagi 81 orang responden (89 peratus) mengatakan 'Tidak'.


p/s : Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan..

Friday, April 10, 2009

Rindu mencengkam..

Salam..

Ni la rumah penulis di Jengka 16, Pahang.

1. Malam tadi sekitar jam 10.00 malam, penulis bersama 3 rakan lain (Mai, Gee dan Arie) bertungkus lumus menyiapkan assignment kursus Pengenalan kepada Keamanan dan Kemanusiaan.

2.Sekitar jam 10.30, penulis menerima panggilan dari ayahanda dan bonda di kampung. Keduanya bertanya bila penulis nak balik Pahang..? Ayahanda dan bonda sudah dihimpit kerinduan pada anaknya yang sorang ni..

3.Hati ini sudah lama dicengkam rindu yang amat sangat kepada kampung halaman walaupun baru kira-kira sebulan penulis tak balik kampung. Maklumlah, anak manja, hahah..

4. InsyaALLAH, selepas tesis dihantar pada 17hb April ni, penulis akan pulang ke Pahang, melerai rindu yang terbuku kepada insan tersayang, ayah dan bonda serta keluargaku.. Dah lama tak panjat pokok rambutan belakang rumah, menyapu sampah di halaman (rumah sewa kat Vista Angkasa tak dak halaman, hehe), cuci longkang..rindu semua tu..huhu..

5. Pulang ke kampung juga memohon restu dari ayah bonda sebelum berhadapan dengan 'peperangan terakhir' yang bermula 21hb April ni, semoga berjaya kepada semua, student2 Universiti Malaya..

6.Perkara terpenting sekarang adalah, TESISSSSS..ada 2 Bab lagi tak setell...



p/s : Kena marah dengan mmber, sibuk2 pun, sempat lagi update blog,hahah..

Wednesday, April 8, 2009

Rakyat Membalas Dendam di Bukit Gantang..


Salam..

1. Tahniah diucapkan kepada YAB Dato'Seri Ir.Mohammad Nizar Jamaluddin atas kemenangan bergaya dalam PRK Bukit Gantang.

2.Sekalung perhargaan juga kepada seluruh jentera yang bertungkus lumus memastikan kemenangan Pakatan Rakyat di Bukit Gantang dan Bukit Selambau.

3.Kemenangan DS Nizar membuktikan rakyat tidak bersetuju dengan rampasan kuasa di negeri Perak.

4.Walaupun pimpinan BN mengatakan Nizar dipilih sebagai calon untuk membalas dendam, namun semalam telah terbukti, rakyat yang membalas dendam kepada kerajaan BN Perak, bukan Ir.Nizar.

5.Kepada Barisan Nasional, semoga terus berjaya di masa hadapan, jadikan ini satu pengajaran yang berguna..bak kata PM, Dato'Sri Najib...berubah atau diubah..

6.Teruskan bekerja untuk rakyat..


p/s : Cabaran besar menanti semua pihak dalam PRU 13

Sunday, April 5, 2009

Gila nama..gila kuasa..gila harta...

Hukum Karma

Oh... dalam dunia...
Oh... kita raja...
Oh... jangan lupa...
Oh... Jangan gila

Gila darjat
Gila nama
Gila kuasa
Gila Harta
Semua gila

Buat baik berpada-pada
Kata org tua
Buat jahat jangan sekali

Engkau takkan rugi
Mulia dibalas syurga
Dosa kan sengsara
Ini hukum karma

Lirik lagu 'Hukum Karma' nyanyian asal Wings dalam album mereka tahun 1989, iaitu 20 tahun yang lalu..


p/s : Adakah pemimpin negara kita yang meng'iya'kan lirik lagu di atas, heheh..

Thursday, April 2, 2009

Siti Nurhaliza bertemu Tok Guru..

Siti Nurhaliza, Dato' K temui Nik Aziz


KOTA BHARU, 2 April ((Hrkh) - Penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza Taruddin hari ini mengunjungi hormat Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat selepas sekian lama menyimpan hasrat bertemu tokoh ulama tersebut.Ketika ditemui selepas kunjungan itu beliau melahirkan rasa syukur kerana hasrat yang telah lama diidamkan akhirnya menjadi kenyataan.

"Selama ini saya hanya mengenali Tuan Guru melalui media masa sahaja tanpa bertemu secara dekat."Alhamdulillah Tuan Guru bersedia menerima kunjungan hormat saya dan suami. Pertemuan ini sebenarnya tiada sesuatu yang istimewa, maksudnya tiada agenda apa-apa. "Orang kata sepanjang hidup ni nak jugalah bertemu dengan Tuan Guru kerana saya begitu menghormati beliau secara peribadi," ujarnya.

Baca juga di Malaysiakini.Com - Siti Nurhaliza akhirnya temui Nik Aziz

Sesungguhnya pertemuan yang sangat bermakna...
Isi hati penulis juga sama seperti apa yang Datuk Siti katakan itu..
Ingin sekali berjumpa dengan Tok Guru secara peribadi...
Bila ketika dan waktunye ek..hehe

Tok Guru bersama Mawi.

Tok Guru bersama Amy Search



p/s : Tok Guru pemimpin Islam sejati..

Terima Kasih Pak Lah..

Assalamualaikum w.b.t..

Selaku salah seorang dari berpuluh juta rakyat Malaysia, penulis mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada Dato'Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi kerana berjaya mengemudi Malaysia sejak 5 tahun yang lalu..Selamat bersara Pak Lah...

Dan kepada Dato'Seri Mohd.Najib Tun Haji Abdul Razak, bakal Perdana Menteri Malaysia selamat menjalankan tugas...diharapkan beliau akan bekerja untuk seluruh rakyat Malaysia dan melakukan transformasi seperti yang dilaung-laungkannya..



p/s : Mengharap yang terbaik untuk negaraku..

Wednesday, April 1, 2009

Najib Razak and the Ghost of Altantuya - Korea Times

Assalamualaikum w.b.t..

karikatur Najib-Altantuya di laman web Korea Times

Di kala Kementerian Dalam Negeri mengeluarkan arahan pelik lagi mengejutkan, melarang parti-parti bertanding menggunakan isu pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Sharibuuu sebagai isu kempen di PRK 2 Bukit 1 Batang, gambar karikatur bakal Timbalan Perdana Menteri bersama 'hantu' Altantuya pula disiarkan di laman web Korea Times dan tersebar di laman-laman web dan blog-blog.

Satu keadaan yang memalukan apabila bakal pemimpin no.1 negara dituduh dan dipermainkan oleh media asing sebagai terlibat dengan isu jenayah dan rasuah. Secara dasarnya, penulis sangat bersetuju dengan saranan agar Dato'Seri Mohd Najib Razak mengemukakan saman ke atas media-media asing ini
.

Dengan kapasiti kerajaan Malaysia, Timbalan Perdana Menteri boleh memulakan tindakan menyaman media-media cetak dan internet antarabangsa seperti akhbar Liberation yang berpangkalan di Perancis, The New York Times, International Herald Tribune, Times Online, The Times of India (India), The Australian (Australia), Kompas (Indonesia), The Nation (Thailand) dan NineMSN (berita internet antarabangsa) yang telah menyiarkan berita kaitan beliau dengan pelbagai kes rasuah dan jenayah.

Tindakan saman ini adalah perlu supaya imej Malaysia yang tercalar akibat berita yang sangat memalukan ini dapat dipulihkan. Sekiranya tindakan saman ini tidak diambil, maka sebenarnya maruah dan masa depan Negara akan menjadi bahan momokan masyarakat dunia.


p/s : Berani kerana benar, takut kerana salah..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...