Di kala Kementerian Dalam Negeri mengeluarkan arahan pelik lagi mengejutkan, melarang parti-parti bertanding menggunakan isu pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Sharibuuu sebagai isu kempen di PRK 2 Bukit 1 Batang, gambar karikatur bakal Timbalan Perdana Menteri bersama 'hantu' Altantuya pula disiarkan di laman web Korea Times dan tersebar di laman-laman web dan blog-blog.
Satu keadaan yang memalukan apabila bakal pemimpin no.1 negara dituduh dan dipermainkan oleh media asing sebagai terlibat dengan isu jenayah dan rasuah. Secara dasarnya, penulis sangat bersetuju dengan saranan agar Dato'Seri Mohd Najib Razak mengemukakan saman ke atas media-media asing ini.
Dengan kapasiti kerajaan Malaysia, Timbalan Perdana Menteri boleh memulakan tindakan menyaman media-media cetak dan internet antarabangsa seperti akhbar Liberation yang berpangkalan di Perancis, The New York Times, International Herald Tribune, Times Online, The Times of India (India), The Australian (Australia), Kompas (Indonesia), The Nation (Thailand) dan NineMSN (berita internet antarabangsa) yang telah menyiarkan berita kaitan beliau dengan pelbagai kes rasuah dan jenayah.
p/s : Berani kerana benar, takut kerana salah..

Tindakan saman ini adalah perlu supaya imej Malaysia yang tercalar akibat berita yang sangat memalukan ini dapat dipulihkan. Sekiranya tindakan saman ini tidak diambil, maka sebenarnya maruah dan masa depan Negara akan menjadi bahan momokan masyarakat dunia.
p/s : Berani kerana benar, takut kerana salah..
No comments:
Post a Comment