Friday, April 10, 2009

Rindu mencengkam..

Salam..

Ni la rumah penulis di Jengka 16, Pahang.

1. Malam tadi sekitar jam 10.00 malam, penulis bersama 3 rakan lain (Mai, Gee dan Arie) bertungkus lumus menyiapkan assignment kursus Pengenalan kepada Keamanan dan Kemanusiaan.

2.Sekitar jam 10.30, penulis menerima panggilan dari ayahanda dan bonda di kampung. Keduanya bertanya bila penulis nak balik Pahang..? Ayahanda dan bonda sudah dihimpit kerinduan pada anaknya yang sorang ni..

3.Hati ini sudah lama dicengkam rindu yang amat sangat kepada kampung halaman walaupun baru kira-kira sebulan penulis tak balik kampung. Maklumlah, anak manja, hahah..

4. InsyaALLAH, selepas tesis dihantar pada 17hb April ni, penulis akan pulang ke Pahang, melerai rindu yang terbuku kepada insan tersayang, ayah dan bonda serta keluargaku.. Dah lama tak panjat pokok rambutan belakang rumah, menyapu sampah di halaman (rumah sewa kat Vista Angkasa tak dak halaman, hehe), cuci longkang..rindu semua tu..huhu..

5. Pulang ke kampung juga memohon restu dari ayah bonda sebelum berhadapan dengan 'peperangan terakhir' yang bermula 21hb April ni, semoga berjaya kepada semua, student2 Universiti Malaya..

6.Perkara terpenting sekarang adalah, TESISSSSS..ada 2 Bab lagi tak setell...



p/s : Kena marah dengan mmber, sibuk2 pun, sempat lagi update blog,hahah..

3 comments:

Misz JAnA said...

hye paktam..
chaiyOk2..
smggu je lg nk atar tesis kan..
gud ;Uck..;D

.@blogger.com said...

jika kita reti terima kasih dan bersyukur kepada kerajaan atas segala sumbangannya dengan izin allah maka tentu jiwa kita lebih mulia. Felda diujudkan untuk membangun ekonomi melayu atas asas perjuangan UMNO dahulu.

Liza @ Adzriel AB said...

salam orang jengka 16

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...