Wednesday, April 22, 2009

Al-Fatihah : Encik Zul Azman Zakaria kembali ke Rahmatullah..

Salam..

Gambar di'grab' dari blog Matjang. Baca catatannya di SINI

Daripada Allah kita datang, kepada Allah kita kembali..

Kira-kira jam 5.00 petang semalam, En.Zul Azman Zakaria telah kembali ke rahmatullah akibat serangan sakit jantung. Ku mendapat berita mengejutkan ini melalui panggilan telefon daripada sahabatku, Fairuz. Tidak disangka, kurang sejam sebelum itu, ku melihat dari jauh Allahyarham berjalan menuruni tangga dari RPPP di bangunan baru FSSS.

Allahyarham yang merupakan tutor RPPP pernah mengajar 2 subjek yang ku ambil iaitu subjek Undang-undang & Dasar Bandar dan subjek Pengangkutan Bandar. Ku bersama2 beberapa rakan lain juga pernah bekerjasama dengan beliau dalam projek kajian morfologi Rawang di bawah Pn.Syra Lawrence Maidin.

Kepada semua pengunjung, marilah kita bersama-sama sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham, semoga rohnya ditempatkan bersama-sama orang2 yang beriman, Insya Allah..

AL-FATIHAH

p/s : Takziah diucapkan kepada isteri dan keluarga serta sahabat handai Allahyarham, semoga tabah menghadapi dugaan ini..

2 comments:

Unknown said...

Al-fatihah-semoga rohnya ditempatkan bersama-sama orang2 soleh-amin

Anonymous said...

Al Fatihah. Arwah adalah sahabat lama saya. Seorang yang sentiasa tenang. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Takziah untuk family.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...