Monday, November 10, 2008

10 NOV : SETAHUN LALU YANG BERSEJARAH

Assalamualaikum w.b.t...

Hari ini 10 November 2008, genap setahun peristiwa bersejarah 10 November 2007 apabila hampir 80,000 manusia menjajah perut ibu kota Kuala Lumpur dengan laungan "BERSIH...BERSIH, PILIHANRAYA"... Perhimpunan anjuran Gabungan Pilihanraya Bersih Dan Adil itu mendapat liputan meluas media tempatan dan antarabangsa sehingga stesen penyiaran satelit, Al-Jazeera membuat siaran lintas langsung dari perkarangan Masjid Jamek pada ketika itu. Wartawannya, Hamish MacDonald yang bertugas turut merasai penangan tembakan meriam air berasid (water canon) dan gas pemedih mata yang dilepaskan FRU.

Amaran demi amaran dikeluarkan polis dan pihak kerajaan. Perdana Menteri, YAB Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi mengeluarkan kata-kata "Saya Pantang Dicabar" ketika ucapan penggulungan Perhimpunan Agung UMNO pada 9 November, sehari sebelum perhimpunan Bersih. Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaludin (sekarang YB) pula mengungkap, "Jangan jadi beruk-beruk di jalanan" bahkan penulis selaku mahasiswa turut dimaklumkan mengenai pekeliling yang dikeluarkan.. Namun, sebagai seorang rakyat Malaysia yang berhak untuk bebas bersuara, penulis menuju ke Masjid Jamek, bagi menyertai puluhan ribu rakyat yang datang dari seluruh negara, menuntut pilhanraya bersih dan adil..




Massa memenuhi jalan raya-jalan raya di Kuala Lumpur.


Memohon keberkatan dari Yang Maha Esa (ihsan Malaysiakini)



Rakyat di hadapan Istana Negara


Penulis berada dalam kumpulan orang ramai tersebut,
ketika FRUmelancarkan 'serangan' untuk kali kedua


Abang-abang FRU hanya menjalankan tugas mereka, hehe..


Pak cik ni tersengih dengan kameranya.. Ada makna tu..



Hujan rahmat daripada Allah s.w.t, meneutralkan air berasid yang disembur FRU


Puluhan ribu di depan Istana Negara


Di depan Istana Negara

p/s : Penulis disembur air berasid FRU sebnyak 2 kali iaitu di depan Masjid Jamek dan di bawah Stesen LRT berdekatan Burger King.. Memang menyesakkan nafas dan memedihkan hidung.. Itulah pengalaman berharga..hehe.. Kawan penulis, Afiq Roslan dan abangnya kena lagi teruk dari penulis, sampai berair hidung..Hehe..

3 comments:

Mohd Hafizan Mazuki said...

paktam teruskan berjuang...sem depan pilihanraya kampus kte berjuang habis-habisan...Allahuakbar

Farhan Rais said...

Allahuakbar !!! setahun dah berlalu..alhamdulillah berkat kesabaran dan perjunagn yang di tunjukkan kejayaan yang kita milik bulan mac yang lalu..Allahuakbar!!

al-Balingi said...

Salam Reformmis Muda,

Nak link bleh no problem punya..Himpunan BERSIH adalah perintis kpd perubahan landskap politik negara serta pola pengundian masyarakat Malaysia. Who's the leader? Non other than the great Mohamad b.Sabu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...