Sunday, November 16, 2008

UPSR, SK JENGKA 16 DAN AMIR

Assalamualaikum w.b.t..

Khamis lepas, seramai 518,616 orang pelajar Tahun Enam di seluruh negara telah mengambil keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah(UPSR 2008) di sekolah masing masing.

SK Jengka 16

Di SK Jengka 16, Maran, Pahang, anak saudara penulis, Muhammad Amirudin juga meraikan keputusan UPSR bersama tok wannya merangkap ayah penulis. Anak saudara penulis mendapat 3A 2B, tidak seperti yang diharapkan semua pihak iaitu 5A. Apapun, syukur alhamdulillah, Amirudin yang membesar tanpa kasih sayang ayah dan ibu mampu berjaya dalam UPSR. (selanjutnya baca DI SINI)

10 tahun lalu pada tahun 1998, penulis meraikan kejayaan yang sama. Dalam UPSR pada tahun reformasi itu, penulis berjaya mendapat 4A 1B. Antara guru yang mengajar penulis ketika itu di kelas 6 Budi ialah Cikgu Khadijah Tamby Kadir, Cikgu Rozain Ramli, Cikgu Shamsudin, Cikgu Rosikin Saidun dan Cikgu Yaakob Ani.

Ironisnya, Cikgu Khadijah dan Cikgu Rozain hingga ke hari ini masih mengajar di SK Jengka 16 dan mereka jugalah yang mengajar anak saudara penulis. Besarnya jasamu guru, hampir 25 tahun mengabdikan diri di bumi FELDA, sudah tentu beribu-ribu anak muridmu kenal apa itu tulis baca dan kira-kira...

Sekolah penulis itu dibuka pada tahun 1978. Penulis memasuki Darjah 1 Jasa pada tahun 1992 di mana Cikgu Rosnita Sulaiman menjadi guru kelas. Guru Besar ketika itu ialah Cikgu Abdul Aziz Haji Wahab.

Selepas 30 tahun, sekolah penulis itu mendapat keputusan terbaik dalam daerah Maran dengan pencapaian 40 peratus mendapat 5A pada tahun ini, meningkat daripada tahun lepas yang hanya mencapai 36 peratus.

Sejak beberapa tahun ini pencapaian UPSR nya terus meningkat mendahului sekolah di kawasan bandar dalam daerah ini.

Di atas kejayaan yang dicapai sekalung tahniah dan penghargaan penulis ucapkan kepada peneraju utama Guru Besarnya, Tuan Haji Ahmad Thirmizi M.Hashim, guru-guru pembimbing UPSR, semua guru guru yang telah menyumbangkan tenaga dan masa mendidik para pelajar sehingga berjaya mendapat keputusan yang begitu cemerlang.

Tahniah juga kepada PIBG ,seluruh ibu bapa di atas keprihatinan bersama,dan tidak lupa kepada semua pelajar yang berjaya sekalung tahniah juga untuk anda dari paktam@jengka, Reformismuda.blogspot.

Kepada anak saudaraku, Amirudin, pak cik ucapkan tahniah.. Pak cik bangga dengan Amir... Teruskan usaha ye...

p/s : Artikel ini diolah dari artikel asal yang diperoleh di Tukulbesi.blogspot, klik SINI

1 comment:

Lokman said...

dijemput ke blog saya
www.camar-merah.blogspot.com
utk program usahawan jutawan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...