Thursday, November 6, 2008

BANJIR BESAR DI HADRAMAUT : KIAMAT SEMAKIN HAMPIR.???

Assalamualaikum w.b.t...

Dua minggu lepas, telah berlaku satu kejadian banjir yang sangat dahsyat di wilayah Hadramaut, Yemen. Wilayah tersebut yang turut terdapat Tapak Warisan Dunia UNESCO iaitu bandar Shibam yang juga merupakan salah satu daripada tiga bandar yang terdapat di Wadi Hadramaut.


Bandar Shibam : Tapak Warisan Dunia UNESCO

Kejadian banjir ini telah meragut kira-kira 180 nyawa setakat berita yang dilaporkan sementara beribu-ribu yang lain kehilangan tempat tinggal. Banjir ini juga telah menghanyutkan dan melenyapkan hasil-hasil tanaman, hasil pertanian dan binatang ternakan. Bencana ini juga telah mengakibatkan jambatan dan beratus-ratus rumah rosak teruk.


Dalam kolumnisnya dalam HARAKAH keluaran 31 Okt-2 Nov yang lalu, seorang pendakwah iaitu Ustaz Imran Al-Malizi yang berada di sana sempat menemui seorang guru agama bernama Syeikh Abdullah 'Azil. Syeikh Abdullah menyatakan sepanjang usianya beliau tidak pernah mendengar berlakunya kejadian banjir seperti itu. Orang-orang tua terdahulu juga tidak pernah menceritakan kejadian banjir seperti itu. Syeikh Abdullah sangat meyakini bahawa banjir besar itu adalah yang pertama kali dalam sejarah di wilayah Hadramaut.

Ustaz Imran seterusnya cuba membayangkan keadaan wilayah Hadramaut yang pernah dikunjungi beliau 3 tahun yang lalu. Rumah-rumah penduduk tempatan kebanyakannya dibina daripada tanah liat termasuklah bandar Shibam yang mempunyai deretan bangunan tinggi dan pencakar langit purba. Kesemua mengalami hakisan akibat hujan lebat selama 30 jam itu.

Selain itu, penulis juga cuba mencari gambar-gambar kemusnahan banjir Hadramaut di internet..Sebelum kita meneliti gambar di bawah, penulis ingin mengajak pengunjung sekalian menghayati hadis Nabi s.a.w di bawah ini :


Dari Abu Hurairah r.a, Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda :

"...Tidak akan berlakunya hari kiamat sehinggalah manusia
dihujani dengan hujan (yang lebat), di mana rumah-rumah
tanah liat yang kering (yang dibuat oleh penduduk)
tidak dapat melindungi daripadanya..."
(Hadis Riwayat Imam Ahmad)


INIKAH PETANDA AKHIR ZAMAN YANG DISEBUT NABI S.A.W DALAM HADISNYA DI ATAS...???

MARILAH KITA BERSAMA-SAMA MEMOHON KEAMPUNAN KEPADA ALLAH

LAGI GAMBAR di :

http://www.boston.com/bigpicture/2008/10/stormbattered_yemen.html?p1=Well_MostPop_Emailed7

3 comments:

al-Balingi said...

Salam Perjuangan Paktam,

Alam dunia ini semakin dan uzur Paktam. Tanda2 kiamat diperlihatkan Allah semakin jelas, tetapi umat manusia masih membutakan mata dan memekakkan telinga.

Kejadian tsunami adalah contoh terbaik. Tetapi adakah kita pernah insaf? Maksiat semakin berleluasa dan hawa nafsu bermaharajalela.

Teruskan perjuangan anda wahai reformis muda.

pemikir lapuk said...

hari2 dunia dah mkin khiamat...mcm umur kita..hari2 mkin pendek..(salam sai be)

Anonymous said...

Tahniah pak tam. Penuh info dan menarik untuk bacaan. Sedap mata memandang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...