Wednesday, November 5, 2008

BERTEMU UMAR AL-KHATTAB DALAM MIMPI : PENGALAMAN MANGSA ISA

Assalamualaikum w.b.t..

Nukilan ini penulis petik dari tulisan di blog salah seorang pendakwah terkenal yang menceritakan pengalaman mimpi beliau bertemu Saidina Umar Al-Khattab. Artikel asal boleh dicapai di http://ustazmokhtar.blogspot.com/2008/10/mimpi-itu-hiburan-dari-allah-siri-2.html



.....Tiba-tiba saya dapati saya berada di tengah-tengah himpunan manusia ramai. Betul-betul macam ceramah Pas. Saya tidak mengenali sesiapa pun dikalangan mereka. Saya lihat manusia ramai itu semacam menunggu seseorang. Sesekali mereka tertoleh-toleh dan terjengguk-jengguk kepintu masuk padang yang luas itu. Saya bertanya orang yang paling hampir dengan saya. Kita sedang menunggu siapa ni?. Orang yang saya tanya menoleh kepada saya dan berkata; kita sedang menunggu kehadiran Amiirul Mukminin Umar Al-Khattab. Hati saya tiba-tiba melonjak gembira. Alhamdulillah dapat lah kiranya untuk saya menatap wajah sahabat RasuluLlah saw yang agung itu.


Dalam keadaan diselimuti rasa gembira itu tiba-tiba orang ramai seolah-olah memandang kearah saya. Mereka melambai dan memberi salam. Belum sempat saya bertanyakan kepada seseorang, tiba-tiba lelaki lelaki yang saya bertanya tadi berbisik kepada saya; Amirul Mukminin disebelah kamu tuu. Saya terkejut sambil menoleh kepada sesusuk tubuh yang tinggi dan tegap disisi kiri saya. Wajahnya putih bersih, berjambang hitam pekat. Wajahnya tersenyum tetapi jelas kelihatan raut ketegasan seorang pemimpin. Lantas saya memberi salam kepadanya. Airmata saya mengalir kerana terlalu gembira dengan pertemuan itu.


Ketika saya mendongak kepada sekali lagi, Beliau tersenyum kearah saya, sambil mengambil tangan kanan saya lalu dilekapkan kepada pipi kanannya. Saat tangan saya tersentuh dengan pipinya saya rasakan satu aliran sejuk menjalar melalui tangan hingga kesegenap tubuh saya. Alangkah indahnya berjabat tangan dengan tokoh yang mulia itu. Beliau tidak berkata apa kepada saya, hanya tersenyum sambil menggengam tangan saya dan diusap-usapkan kepipinya. Saat kegembiraan itulah tiba-tiba beliau menghilangkan diri.


Himpunan manusia yang ramai beralih pula mendongak kelangit. Dada langit cukup cerah. Bulan mengambang kuning berkilau. Tiba-tiba bulan itu berpusing. Pusingan yang pertama saya terlihat di permukaan bulan gambar Singgahsana Raja. Tirainya kuning dan hamparannya juga kuning. Pusingan yang kedua gambar Tuan Guru Haji Abdul Hadi sedang menyampaikan ceramah dianjung Sebuah Masjid, menghadap kehalaman luar.


Hadirin memenuhi setiap ruang padang yang luas itu. Semuanya diam dan khyusuk. Pada pusiangan yang ketiga saya lihat gambar Baitullah yang disimbah cahaya. Jamaah Muslimin sedang tawaf menegelilinginya. Selesai pusingan itu, orang ramai pun bubar. Semacam selesai melihat tayangan slaid di penghujung ceramah. Semua orang berjalan keluar, samalah dengan selesainya ceramah Pas. Di sepanjang jalan terdapat peniaga-peniaga yang menjual berbagai barang jualan. Sedang saya berjalan bertunda-tunda dengan orang ramai itu, tiba-tiba......


SAMBUNG BACA di :

p/s : Sebuah kisah yang terkesan di hati penulis, Allahu Akbar..

1 comment:

Ruben nurdiasmanto said...

blognya lumayan di search engine kenapa gak di pasang kumpulblogger,kan lumayan dapat duit.sl

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...