Sunday, November 9, 2008

KEDAH : RANKING KE-159 KELAB BOLASEPAK TERBAIK DUNIA

Assalamualaikum w.b.t..

Mengikut ranking terbaru yang dikeluarkan IFFHS (International Federation of Football History and Statistics ) pada 1 November lalu, Persatuan Bola Sepak Kedah telah disenarai di ranking ke-159, sedikit menurun berbanding ranking ke-157 pada bulan lepas. Apa yang membanggakan, kedudukan di tangga 159 itu pun sudah membuktikan bahwa prestasi bola sepak tempatan mampu berdiri setanding dengan tahap bola sepak antarabangsa. Tambah mengejutkan, beberapa kelab ternama Eropah jauh ketinggalan di belakang ranking Skuad Kenari ini..


Antaranya Real Mallorca (Sepanyol) di ranking ke-165, Ajax Amsterdam (Belanda) di ranking ke-171, Middlesbrough (England) di ranking ke-197, Athletic Bilbao (Sepanyol) di ranking ke-266, West Ham United (England) di ranking ke-280 dan AZ Alkmaar (Belanda) jauh di ranking ke-305.


Penulis tumpang gembira kerana penulis juga mempunyai susur galur keluarga yang luas di Kedah. Ayah penulis merupakan anak peneroka di Felda Sungai Tiang, Pendang, tempat bekas pemain Kedah, Radhi Mat Din dan Che Zambil Ahmad manakala ibu penulis berasal dari Kg.Alor Belat, Alor Setar.. Bangga jadi orang Kedah, hehe...

Sekalung tahniah kepada semua pemain bolasepak negeri Kedah, jurulatih Kedah, Azraai Khor Abdullah, pengurus pasukan, presiden dan seluruh organisasi persatuan dan juga kepada selruh rakyat negeri Kedah Darul Aman kerana kita pasukan bolasepak anda dikenali dunia..

p/s : ranking Malaysia dalam FIFA naik dari 161 ke 160, tahniah juga, hehe

BACA LAGI DI :
http://www.iffhs.de/

3 comments:

TULIS ONLINE said...

Salam Blogger,

TERIMA KASIH kerana sudi menjengah ke blog saya.

DIHARAPKAN hubungan maya ini akan berkekalan dan kita beroleh manfaat.

TERUSKAN perjuangan membela Islam dengan penuh rasa istiqomah.

SEMOGA kita mendapat keberkatan.



Ikhlas...

Fireroll said...

ranking tersebut cuma pada bulan mei 2008, tak salah saya la..
sebab saya dah menulis mengenainya dalam blog saya...
mana-mana ranking akan sentiasa diupdate utk menilai perkembangan prestasi...
moga pasukan kita tidak hanya berbangga dgn ranking dalam bulan tu aje...

armouris said...

tahniah kepada kedah...ranking kat atas kelab2 eropah tu...

tapi agak2nya kalau kedah lawan diorang, pasukan mana agaknya yang menang?

-----------------------
Derma Rumah Anak Yatim Budi Mulia, Perak
Awasi Tanda-tanda Strok
Dangers of Plastic in Food

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...