Thursday, February 26, 2009

Bila Rakyat Tidak Gentar Bersuara, Menteri Jadi Takut

Assalamualaikum w.b.t..

Selamat bertemu kembali. Posting kali ini penulis titipkan sebagai respon kepada tiga perkara yang mungkin dianggap kecil tetapi besar impaknya di seluruh negara.


Pertamanya penulis kagum dengan ketegasan Sasterawan Negara, Datuk A.Samad Said, tokoh bahasa berusia 76 tahun yang tanpa gentar meluahkan pendiriannya MEMBANTAH tindakan kerajaan meneruskan dasar PPSMI yang dimulakan sejak 6 tahun lalu. Malah beliau sanggup hilang gelaran "Sasterawan Negara" yang dianugerahkan kepadanya jika kerajaan masih berdegil dan angkuh untuk meneruskan dasar berkenaan.


"..Memang dulu, saya seorang sasterawan yang 'berkira-kira' oleh kerana golongan elit yang berkuasa adalah rakan-rakan saya, semuanya saya kenal, kalau bercakap saya tidak mahu sentuh kecuali ada pemimpin yang inginkan fikiran saya secara jujur dan total.

"Sebelum saya pergi haji, sikap saya terlalu menjaga hati walaupun benda itu salah, saya tidak berani menegur tetapi semenjak saya pulang, saya sudah bersedia untuk berkata benar walaupun memeritkan, kalau betul saya sokong,..." katanya.

Keduanya, rasa teruja penulis apabila Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) mendapat pula sokongan Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN) apabila Pengerusinya, Prof.Madya Datuk Mohamad Ali Hassan menyatakan sokongan majlis tersebut terhadap GMP bagi mendesak pemansuhan PPSMI, termasuklah sedia terlibat dalam perhimpunan raksasa 100,000 orang di Istana Negara pada 7 Mac.

"...Kita minta kerajaan membuat keputusan segera. Jangan sampai ibu bapa turun buat demonstrasi, termasuklah di jalanan secara haram. "Sekarang ini trend penduduk tidak lagi khuatir (berdemonstrasi), seperti juga amalan bangsa-bangsa lain (di seluruh dunia).

"Kita mahukan keadaan aman, (kerajaan perlu) buat keputusan segera. Jangan tunggu selepas perhimpunan Umno (24 – 28 Mac ini) atau tahun depan baru hendak buat keputusan," katanya.


Ketiganya, mengenai keangkuhan Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussin yang menolak pelawaan Dewan Pemuda PAS Pusat untuk berdebat berkenaan isu PPSMI. Penulis menganggap kenyataan beliau ini kerana takut akan suara rakyat bawahan yang sudah mula bersuara.

"...Jemputan kepada mereka untuk ke persidangan meja-meja bulat telahpun dipanjangkan. Kalau tak salah saya pihak PAS pun hadir sama. "Jadi debat untuk apa. Bagi saya dalam konteks dah sampai ke peringkat akhir rumusan kita, panjangkan padangan-pandangan mereka supaya diambilkira.

"Lainlah kalau nak cari publisiti, nak cari populariti, tapi hal-hal berhubungkait dengan masa depan anak kita, nak debatkan suatu yang telah difikirkan oleh kementerian untuk diubahsuai, saya rasa tidak sesuai," katanya.

Tidakkah boleh Ketua Pemuda UMNO ini mencontohi sikap Naibnya, YB Khairy Jamaluddin yang lebih "berjiwa besar", menerima dengan baik pelawaan ikhlas Pemuda PAS. Datuk Hishammuddin suruh Pemuda PAS panjangkan pandangan-pandangan mereka. Bukankah dalam debat itu nanti pandangan-pandangan itu boleh dipanjangkan, didebatkan malah dihujah dan diperhaluskan lagi. Sekurang-kurangnya, perbezaan pendapat itu dapat menjana idea dan pendekatan baru dalam mengatasi kemelut ini.

Pada pandangan penulis selaku seorang warga yang bebas bersuara, penolakan Menteri Pelajaran untuk berdebat adalah sifat penakut yang tidak mahu, tidak berani berhadapan dengan rakyat bawahan yang membantah PPSMI. Penulis bersetuju dengan pandangan Datuk Ali Hassan bahawa
penduduk negara ini tidak lagi khuatir untuk berdemonstrasi, seperti yang diamalkan di negara-negara maju lainnya di mana demonstrasi dibenarkan sebagai satu tuntutan hak kebebasan bersuara dalam amalan negara demokrasi.

Jika pada 10 November 2007 lalu, PM Pak Lah dengan tegas berkata, "..Saya Pantang Dicabar..!", 7 Mac 2009 nanti, sama-samalah kita lihat, siapa yang PANTANG DICABAR..!!!!


p/s : Himpunan 100,000 Rakyat Mansuhkan PPSMI akan diadakan pada 7 Mac 2009 di Istana Negara.

Monday, February 23, 2009

Surat Dari Iblis..

Satu perkongsian menarik di link ini, sila baca http://raihanassyifa85.blogspot.com/2009/02/surat-dari-iblis.html



Sunday, February 22, 2009

Bicara Larut Malam..

Assalamualaikum w.b.t..

Pertamanya penulis mohon maaf kepada semua pengunjung kerana sudah hampir seminggu tiada apa-apa ulasan penulis curahkan di blog ini.. Semua ini lantaran kesibukan yang ditempuhi sepanjang minggu ini..


Kawan-kawan mula bertanya perkembangan politik Perak, perihal MB kudeta Zambry dan Exconya digantung hadir sidang DUN, kes mahkamah yang difail MB Ir.Nizar, kes YB Elizabeth Wong, isu PRK di 3 Bukit (Bukit Lanjan, Bukit Gantang, Bukit Selambau), isu lembu korban MB Selangor, isu kes mahkamah Altantuya dan bermacam isu lagi, semuanya berkisar pasal politik. (tak habis-habis politik...)


Isu yang lebih besar lagi isu Palestin yang sudah menjadi isu seluruh umat Islam sedunia, kini laporan media semakin kurang mengenai Palestin. Isu boikot barangan Amerika dan Israel, sehingga KFC Malaysia minta rakyat negara ini berhenti boikot KFC..Isu SIS menjemput Amina Wadud, imam Solat Jumaat wanita kontroversi ke negara ini..dan banyak lagi isu2 agama..


InsyaALLAH, 2 atau 3 hari lagi, penulis akan menulis semula..untuk pengisian di blog ini.. Tertarik dengan nukilan sahabat penulis, Ustaz Fadhlullah dalam blognya bertajuk Tanggungjawab Lebih Banyak Dari Masa yang Ada.. isinya mengajak penulis berfikir sejenak, bermanfaatkah blog aku ini kepada masyarakat di luar sana..??


p/s : Baru lepas khatam buku 'Gaza Menangis' hasil tulisan Ust.Aris Hazlan Ismail dan Ust.Riduan Md.Nor, bagus buku tu..ada sesapa yang nak pinjam..??

Friday, February 13, 2009

RPPP UM Dan Tol PJS 2..

Assalamualaikum w.b.t..


Berita yang diperoleh dari Utusan Online sebentar tadi bertajuk Tol PJS 2 dimansuhkan. Antara lain berita berkenaan melaporkan bahwa kerajaan bersetuju untuk memansuhkan tol di Lebuhraya Pantai Baru itu berkuatkuasa serta merta.

Keluhan penduduk Taman Medan dan Taman Dato'Harun yang menjadi mangsa kewujudan tol berkenaan juga dilaporkan Utusan Online, 27 Januari 2009 yang lalu. Penduduk meminta jalan baru kerana jalan di kawasan mereka rosak teruk apabila banyak kenderaan melalui taman perumahan mereka semata-mata untuk mengelak dari membayar tol di NPE.

Bantahan dan perasaan penduduk di PJS 2 berkenaan isu ini juga amat dekat di hati kami, para pelajar Rancangan Pengajian Perbandaran dan Perancangan Universiti Malaya. Pada semester lepas, semua 37 orang pelajar tahun akhir RPPP UM melibatkan diri secara langsung dalam projek "Komuniti Berdayahuni di PJS 2". Selama satu semester (4 bulan) kami bertungkus lumus dari aktiviti merancang gerak kerja, melakukan pemerhatian di PJS 2, mengutip data, membuat soal selidik terhadap lebih 1,000 penduduk di PJS 2, hingga ke peringkat pembentangan di hadapan panel penilai di kalangan pensyarah dan Ahli Majlis MBPJ, Prof.Madya Dr.Melasutra Md.Dali.

Gerak kerja dan program kami selama tempoh berkenaan boleh diikuti di pautan di blog sahabat penulis, Mohd.Hafizan Mazuki (Mat Jang) yang merupakan mantan Presiden Pelajar RPPP UM Sesi 07/08..

http://matjang.blogspot.com/2008/08/focus-discussion-group-fdg-taman-medan.html

http://matjang.blogspot.com/2008/09/area3176-session.html

http://matjang.blogspot.com/2008/10/selepas-pembentangan-area3176.html

http://matjang.blogspot.com/2008/11/samb-selepas-pembentangan-area3176.html

Maklumat Tergempar Yang Mengenakan Orang..

Assalamualaikum w.b.t..

Sebentar tadi iaitu jam 3.55 petang, penulis menerima satu SMS dari rakan baik penulis, Pak Teh yang kini menuntut di German Malaysian Institute (GMI) di Cheras. Berikut adalah mesejnya :

"...Maklumat yang baru diterima dr Putrajaya m'beritahu bhw Pakatan Rakyat m'ambil alih pentdbiran negara esok.. Anwar Ibrahim akan menjadi PM dan majlis angkt sumpah akan diadakan pd tghari esok..Pengumuman akan dibuat pd mlm ini dsemua berita tv..Pakatan Rakyat dah dpt tmbahan 35 kerusi dr Sabh dn Srwak..Difahamkan kerusi tersebut disumbangkn oleh TAT HENG PERABOT SDN.BHD, PERABOT JATI DAN PERABOT AH SENG..Tapi tak pasti kerusi kayu atau plastik..:-).."


Ha ha ha, kelakaunyee..ko jage Pak Teh, nanti ko balik Jengka 11, aku suruh ko belanja nasi ayam kat Restoran Mak Mah...heheh..

Jom kita pakat pekena kawan2 kita jom..


p/s : Mula2 baca punye la excited, alih2 kerusi plastik rupenye..haha

Wednesday, February 11, 2009

Terasa Sebak Dada Baca Catatan ni..

Nizar yang dikagumi
Ahmad Lutfi Othman Wed Feb 11, 09 7:18:41 am MYT

Memang berat ujian buat Nizar Jamaluddin. Bagaimanapun Menteri Besar Perak ini - yang dititah letak jawatan oleh Sultan Perak namun enggan berbuat demikian - yakin beliau berada di jalan yang benar. Wajahnya tetap ceria dan berseri, cuba menyembunyikan rasa letih meniti hari yang padat. Matanya merah petanda tidak cukup tidur. Beberapa ayat awal surah ad-Dhuha menjadi rukun dalam mukadimah ucapannya, termasuk semasa wawancara eksklusif kami dengannya, juga ketika berpidato ringkas di depan Kuil Kallumaii Arul Subramaniar, Gunung Cheroh, Ipoh, pagi 8 Feb lalu.

Biarpun boleh dianggap pendatang baru dalam dunia politik, dan tiba-tiba dilantik menjadi Menteri Besar Perak, sesuatu yang tidak pernah termimpi oleh pimpinan Perak negeri itu, Nizar memang cepat belajar dan mudah menguasai persekitarannya. Berdepan tuduhan menjadi boneka DAP, menjual kepentingan Melayu, diapit tujuh Exco bukan Islam, ditambah Speaker dan Timbalan Speaker juga bukan Islam, dengan tenang Nizar mengemudi bahtera Kerajaan Negeri Perak selama 11 bulan. Justeru, tuduhan bahawa beliau kini seorang penderhaka bukan isu besar baginya.

Pada hari paling kritikal, 5 Feb, Nizar mengikuti satu program Koridor Utara di Bagan Serai bersama Perdana Menteri. Dalam ucapannya, Abdullah Ahmad Badawi langsung tidak menyebut nama Nizar walhal beliau masih seorang menteri besar. Esoknya, akhbar perdana turut "menggelapkan" kehadirannya di majlis berkenaan. Difahamkan Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara, Anuar Zaini yang sepatutnya berada bersama Abdullah sedang rancak "mengatur nasib" Nizar di Istana Kinta. Anuar dikatakan dalang yang cuba merosakkan hubungan baik Nizar dengan istana, dan menganggu pentadbiran kerajaan negeri. Nizar sendiri pernah memaklumkan hal itu kepada Raja Nazrin Shah, rakan karib Anuar.

Menurut laporan akhbar, Nizar secara tergesa-gesa meninggalkan majlis di Bagan Serai itu untuk menghadap Sultan. Jam 12.45 tengah hari, Nizar dilihat memasuki Istana Kinta dan keluar kira-kira 20 minit kemudian dengan mengangkat tangan menunjukkan isyarat bagus sambil berkata 'insya-Allah' kepada sekumpulan wartawan. Ramai menjangkakan baginda telah memperkenan permohonan Nizar untuk membubarkan Dun. Rupanya tidak, isyarat bagus bagi Nizar adalah tanda beliau berpuas hati dapat menjelaskan semua yang terbuku di dadanya kepada Sultan. Nizar memberitahu kami, Sultan hanya diam tunduk mendengar hujahnya.

Selama ini, sejarah pendek negara kita menyaksikan bahawa tiada tokoh politik yang "selamat" jika bertembung dengan pihak istana. Konflik dengan istana rasanya tidak pernah dimenangi oleh orang politik. Justeru, apakah kita boleh bayangkan bagaimana episod ini bakal berakhir? Ternyata Nizar sendiri sukar meramalkannya, namun membayangkan ia dapat membawa kesan positif akhirnya buat rakyat dan negara. Beliau mohon kami mengulas krisis di Perak itu dari sudut yang jarang terfikir oleh orang lain. Saya sendiri agak termangu mendengarnya.

Memang Nizar di pihak yang benar. Sultan tiada kuasa untuk menitahkannya meletakkan jawatan. Di bawah sistem Raja Berperlembagaan, Sultan juga harus tunduk dengan undang-undang dan peraturan. Baginda tidak boleh masuk campur sewenang-wenangnya dalam pemerintahan negeri. Dalam situasi genting di Perak apabila BN dan Pakatan Rakyat mempunyai jumlah kerusi yang sama, dan tiga kerusi penentu wakil Bebas sedang dirujuk ke mahkamah, baginda sewajarnya memenuhi permohonan untuk membubarkan Dun. Ia langkah paling adil untuk semua pihak dan tidak dilihat memihak kepada mana-mana parti. Jika dirasakan Nizar sudah tidak mendapat kepercayaan majoriti Adun, baginda boleh menolak permohonan Menteri Besar itu dan membiarkan sahaja sidang Dun memutuskan undi tidak percaya kepada Nizar. Langkah baginda melantik menteri besar baru telah mengeruhkan lagi suasana dan langsung tidak membantu untuk memulihkan keadaan.

Memerhatikan dari dekat semasa beliau melawat tapak perayaan Thaipusam di Gunung Cheroh, saya yakin Nizar berjaya menawan hati rakyat Perak dari pelbagai kaum dan agama itu. Wajah orang ramai yang bersalaman dengannya, termasuk anak-anak kecil yang belum bersekolah, begitu ceria dan nampak senang sekali. Mereka bersorak gembira memanggil namanya sambil melambai-lambaikan tangan.

Malah ketika Anwar Ibrahim mengumumkan pada majlis ceramah perdana di kediaman rasmi menteri besar, saya dapat mengesan reaksi pantas hadirin dari masyarakat Tionghua. Semasa Anwar menegaskan bahawa jika berlaku pilihan raya negeri dan Pakatan menang, tiada calon yang akan dipilih menjadi menteri besar melainkan Nizar, beberapa anak muda Cina bertepuk sepuas hati. Mereka betul-betul gembira tidak terkata! _

Dicopy dari http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=019327&Itemid=39

p/s : Terasa sebak di dada baca catatan ALO ini..

Tuesday, February 10, 2009

Kenangan 6 Julai 2008 di Stadium Kelana Jaya.

Himpunan PROTES Harga Minyak, 06 Julai 2008







Monday, February 9, 2009

Al-Fatihah : Ahli Parlimen Bukit Gantang Meninggal Dunia


Berita menyedihkan dari Perak :

Al Fateehah, YB Hj Roslan Shahrom (MP Bukit Gantang) telah meninggal dunia sebentar tadi apabila terjatuh dari basikal yang dinaiki. Ia disahkan oleh YDP PAS Kawasan Batu Gajah. Jenazahnya sekarang berada di hospital untuk bedah siasat.

Dari blog Ust.Misbahul Munir http://misabah.blogspot.com/2009/02/berita-mengejut-yang-menyedihkan.html


p/s : Takziah kepada keluarga Allahyarham..satu pemergian yang tidak diduga..

Mengapa Buta Mata Lebih Baik Dari Buta Hati..??

Assalamualaikum w.b.t..

Di bawah ini ialah lirik lagu nasyid yang paling ngetop di hati penulis dari dulu hingga kini, dendangan Hijjaz, Antara Mata Dan Hati... Jika lagu nasyid ini benar-benar dihayati, akan mendatangkan satu perasaan keinsafan yang sangat mendalam di lubuk hati kita, betapa hinanya diri ini di hadapan Allah s.w.t.

ANTARA MATA DAN HATI


Bila melihat alam yang indah ini,
Tidak terasa kebesaran Allah,
Bila mendapat musibah, lupa dirinya hamba,

Nikmat yang datang tiada rasa dariNya


Sepatutnya rasa malu kepadanya
Kerana anugerah kepada kita

Membuat dosa rasa kekesalannya


Buta hati lebih merbahaya
Buta mata tidak nampak dunia
Buta hati tidak nampak kebenaran
Buta hati ditipu nafsu dan syaitan


Bahkan dilupakan saja,
semua orang rasa bangga dengan dosa
Bila menyebut neraka tidak terasa akan gerunnya
Bila menyebut syurga tidak terasa akan nikmatnya
,
Itu menunjukkan jiwa kita mati atau buta..




Video klip nasyid ini di YouTube :

Di link ini http://www.youtube.com/watch?v=dB9s9DPtyO8


p/s : Part yang paling mengesankan jiwa ialah rangkap terakhir tu..memang realiti masyarakat Islam pada hari ini.

Urus Tadbir Yang Baik 1 : Satu Perkongsian

Assalamualaikum w.b.t..


Seringkali kita mendengar kerajaan dan masyarakat umum melaung-laungkan perlunya good governance (urus tadbir yang baik) diterapkan dalam pentadbiran kerajaan. Namun tahukah kita apakah itu good governance itu. Post kali ini, penulis kongsikan sedikit sebanyak apa yang penulis tahu, jika ada salah silap maaf la ye..


Antara lain, good governance (urus tadbir yang baik) boleh ditentu ukur menggunakan sekurang-kurangnya 8 aspek iaitu :


1. Participation both gender


Urus tadbir yang baik menuntut setiap tindakan atau keputusan yang diambil perlulah melibatkan penyertaan dari kedua-dua jantina, tiada diskriminasi. Dalam proses membuat keputusan atau dalam pentadbiran sesuatu kerajaan itu, keterlibatan kedua-dua jantina sangat perlu. Mengambil contoh penglibatan dan suara wanita di negara kita sekarang ini yang semakin meningkat, ini menunjukkan negara ini menuju ke arah good governance (urus tadbir yang baik). Selain itu, sesuatu keputusan yang melibatkan kepentingan orang awam bukan sahaja perlu mengambil kira kedua-dua jantina, tetapi perlu menitikberatkan juga kepentingan kepada golongan warga tua, kanak-kanak, golongan miskin dan sebagainya.


2. Rule of laws


Sesuatu perkara yang dilakukan perlulah mengikut undang-undang yang termaktub dalam perlembagaan. Sesuatu tindakan tidak boleh dilakukan sesuka hati tanpa ada pertimbangan undang-undang. Jika tindakan itu didapati salah pula, ia harus dihukum mengikut lunas undang-undang.


Pada pendapat penulis, rule of laws belum tertegak sepenuhnya di negara ini. Ini kerana masih ada beberapa kes yang boleh dirujuk yang menggambarkan negara ini seolah mengamalkan law of the jungle, hehe.. Sebagai contoh, tentang kes melibatkan pimpinan negara, walaupun ada bukti-bukti yang sahih, ia didiamkan, namun jika kes melibatkan pemimpin pembangkang, cepat sahaja kertas pertuduhan disiapkan, menunggu untuk dibicarakan.


Bukanlah niat penulis untuk menyebelahi mana-mana pihak, namun jika benarlah seseorang itu bersalah, ia harus dihukum. Bagaimana nak tahu salah atau tidak, bicarakan di mahkamah.. Jika ada ‘pengecualian’ pada sesetengah pihak dihadapkan ke mahkamah, benarlah negara ini mengamalkan law ot the jungle, sapa kuat dia menang, sapa kuat dia yang berkuasa .


3. Transparency


Dalam urus tadbir yang baik juga, perlulah ada ketelusan dalam penggunaan harta kerajaan, baik dari segi kewangan, harta benda dan lebih penting lagi penggunaan kuasa yang diberi kepada kerajaan berkenaan. Jangan salahguna wang, jangan salahguna harta benda dan jangan salah guna kuasa.


Contoh baik yang mudah difahami terdapat dalam filem arahan dan lakonan Allahyarham Tan Sri P.Ramlee kira-kira 40 tahun yang lalu iaitu filem Anak Bapak. Dalam filem berkenaan, Harun Mahfis (P.Ramlee) telah memberikan sekeping cek tunai kepada Normah (Ruminah Sidek). P.Ramlee menerapkan amalan transparency dalam skrip filem ini dan watak Harun Mahfis tanpa kita sedari apabila cek yang diberi kepada Normah itu ialah cek persendirian dan tidak menggunakan cek syarikat, walaupun Harun Mahfis mengetahui bahawa tiada wang dalam akaun bank peribadinya. Jadi, Harun Mahfis tidak menyalahgunakan wang syarikat dalam urusan peribadinya.


Satu contoh lagi ialah bagaimana telusnya MB Kelantan, Tok Guru Nik Aziz melakukan urusan pentadbirannya. Pernah dikhabarkan oleh seorang sahabat dari Kelantan, Tok Guru akan menggunakan pen miliknya sendiri apabila tamat waktu pejabat jika urusan negerinya belum selesai. Tok Guru risau jika selepas tamat waktu pejabat itu, beliau masih menggunakan pen milik kerajaan, itu akan diletakkan sebagai menyalahgunakan harta kerajaan. Tingginya peribadimu Tok Guru..


Semua ini merupakan secebis contoh sahaja bagaimana dikatakan transparency (ketelusan) dalam menjalankan pentadbiran. Dalam erti kata mudah, jangan melakukan salah guna terhadap hak yang bukan milik kita, baik kuasa, harta benda atau wang ringgit.


Nantikan sambungannya dalam Urus Tadbir Yang Baik 2 yang akan membicarakan lagi 5 aspek good governance iaitu responsiveness; consensus oriented; equity and inclusiveness; effectiveness and efficiency; dan accountability.


p/s : Jika ada yang salah, harap dapat kongsi maklumat ye..

Sunday, February 8, 2009

Beza Drama Lompat Anwar Dengan Drama Lompat Najib

Assalamualaikum w.b.t..


Pada jam 3.30 petang, Sabtu (7 Feb 09) lalu, penulis telah menyiarkan satu entri dalam blog ini bertajuk Krisis Perlembagaan di Perak : Satu Penjelasan. Dan pada jam 7.21 malam semalam (7 Feb 09), seorang pengunjung blog ini telah meninggalkan komennya mengenai artikel berkenaan. Berikut ialah komennya :

AnonymousAnonymous said...

nazri...nak tnya skit


ms ds anwar mgura2kan krjaan malysia yg baru akan dbentuk ekoran rmai wkil BN akan lompat msk PR...adakah ia dmokrasi??????kalu ms dia ckap 2 mjd knyataan adalah krjaan baru dia akan diktiraf...mcm kes di perak gak kan cuma di perak pbentukann krjaan baru bjaya....fikir2 la PR n BN sama jahat..jgn sokong mana2 la wat dosa je

February 7, 2009 7:21 PM


Apa yang boleh penulis katakan, ada beza yang sangat besar drama lompat Anwar dengan drama lompat Najib.. Hal ini kerana beberapa sebab dan peristiwa yang hanya manusia matang sahaja yang boleh mengakuinya, lainlah halnya dengan mereka yang tidak boleh berfikir dengan waras, gemar bersikap melulu dan tidak merujuk kronologi politik negara. Bagi penulis, jika kita berfikir dan melihat sesuatu perkara dengan pandangan ilmiah dan pertimbangan sewajarnya, kita akan mengagak siapa di pihak yang betul dan siapa pihak yang salah.

Ketika keputusan pilihanraya pada 8 Mac 2008 diumumkan, semua rakyat bersorak kegembiraan. BN hilang 2/3 majoriti, BN hilang 5 negeri, Samy Vellu kalah, Shahrizat kalah, Koh Tsu Koon kalah. Semuanya disambut dengan penuh rasa kegembiraan, tangisan, dan sambutan terhadap kemenangan tersebut diraikan dengan penuh rasa syukur. Namun apabila kerajaan Pakatan Rakyat di Perak goyah dan telah dirampas kekuasaannya dengan tidak mengikut undang - undang, ada yang mengatakan sebab beliau yang sibuk - sibuk cakap fasal 16 September maka inilah hasilnya. Perak hilang.

Bezanya Anwar dan Najib adalah Anwar mahu peralihan kuasa itu dilakukan dengan cara mengikuti undang - undang. Anwar telah meminta agar Pak Lah memanggil satu sidang khas parlimen dijalankan. Adakah Pak Lah akur dengan tuntutan beliau, sudah pasti tidak. Kenapa tidak akur kerana Pak Lah tahu pasti ada beberapa Ahli Parlimen BN yang
akan memberi undi tidak percaya kepada beliau. Speaker Dewan Rakyat juga telah beberapa kali menolak usul undi tidak percaya yang diusulkan oleh Pakatan Rakyat.

BN juga mengarahkan 49 MPnya ke Taiwan bagi mempelajari teknologi pertanian selama lapan hari. Tindakan BN ini menimbulkan keraguan, adakah benar terdapat MP BN yang akan melompat parti ke PR, tambahan pula ketika itu bulan puasa, bulan Ramadhan yang sepatutnya MP bersama rakyat di kawasan mereka.

BN juga menawarkan habuan kepada 2 Adun PKR berkenaan, dengan jumlah wang yang "seumur hidup makan tak habis".. Adakah DSAI ada menawarkan apa-apa habuan kepada mereka yang lompat parti dalam isu 16 Sept dulu..?? Tidak ada.. DSAI bukan pemimpin kerajaan yang boleh beli jet peribadi.. Isu habuan 50 juta ini telah diakui oleh seorang pemimpin PKR bahagian melalui akuan bersumpahnya. Ini juga diakui oleh bekas timbalan Menteri Pertahanan.


Anwar tidak gopoh seperti mana Najib. Anwar tidak menculik dua Adun KeADILan dan
membawanya ke Pekan. Anwar tidak terus memaksa Agong memecat Pak Lah. Anwar tetap mahu melakukannya dengan mengikut perlembagaan negara. Kerana apa? Kerana beliau tidak mahu peralihan kuasa itu berlaku dengan kekacauan. Lihat di Perak. Apabila kekuasaan itu dilakukan tidak mengikut perlembagaan Sultan sendiri terasa bahananya. Itulah yang membezakan upacara LOMPAT ANWAR dengan NAJIB.

Penjelasan ini sedikit sebanyak penulis tokok tambah dari http://dragsuperstar.blogspot.com/2009/02/bersalahkah-anwar-bin-ibrahim.html


p/s : Siapa anonymous ni ek..?? Heheh.. Apepun terima kasih byak kernan sudi brkngsi pendapat..

Saturday, February 7, 2009

Krisis Perlembagaan di Perak : Satu Penjelasan

SIDANG MEDIA YAB DATO’ SERI HAJI MOHAMAD NIZAR JAMALUDIN BERSAMA YB NGA KOR MING, USTAZ AHMAD AWANG DAN YB ZAINUDIN YUSOF DI KEDIAMAN RASMI MENTERI BESAR.
6.30 petang 6 Februari 2009.


YAB Dato’ Seri Haji Mohamad Nizar Jamaludin menafikan laporan akhbar perdana dan TV1 berhubung ura-ura mengambil tindakan mahkamah terhadap DYMM Tuanku Sultan Perak. Laporan itu adalah fitnah dan pembohongan besar UMNO/BN untuk menyembunyikan pencabulan undang-undang yang mereka lakukan dalam rampasan kuasa di Perak.

Tindakan dari sudut undang-undang yang akan diambil ialah terhadap ADUN Pangkor, YB Dato’ Dr. Zambry Abdul Kadir yang mengangkat sumpah sebagai MB di Istana Iskandariah petang tadi. Angkat sumpah tersebut bercanggah dengan perlembagaan kerana Dato’ Seri Haji Nizar masih sah sebagai MB mengikut perkara 16(6) Undang-Undang Perlembagaan Negeri Perak.

Dato’ Seri Haji Mohamad Nizar akan memohon perisytiharan mahkamah bahawa beliau adalah Menteri Besar negeri Perak yang sah mengikut peruntukan Undang-Undang Perlembagaan Negeri.

Perkara 16(6) memperuntukkan MB hanya boleh lucut jawatannya melalui 3 cara:

1. Pembubaran DUN.

2. Undi tidak percaya dalam sidang DUN.

3. Meletak jawatan.

Perlantikan YB Dato’ Dr. Zambry sebagai MB baru adalah tidak sah kerana YAB Dato’ Seri Haji Mohamad Nizar masih tidak lucut jawatannya melalui mana-mana antara 3 cara yang diperuntukkan oleh undang-undang perlembagaan tersebut.

Merujuk kepada perenggan akhir Kenyataan Media Pejabat Tuanku Sultan petang 5 Februari yang menyatakan Sekiranya YAB Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin tidak meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perak bersama ahli-ahli MMK, maka jawatan Menteri Besar serta ahli-ahli MMK itu dianggap telah dikosongkan, Dato’ Seri Haji Mohamad Nizar menegaskan bahawa ia tidak menepati mana-mana peruntukan Undang-Undang Perlembagaan berhubung ‘lucut jawatan’ Menteri Besar.

Menjawab soalan wartawan berhubung kedudukan sebenar Kerajaan Negeri Perak selepas majlis angkat sumpah Menteri Besar baru di Istana Iskandariah petang tadi, Dato’ Seri Haji Mohamad Nizar mendesak UMNO supaya memberhentikan tindakan melanggar perlembagaan yang telah dan sedang mereka lakukan. “I’m still the legitimate Chief Minister of Perak. Hari ini Perak ada dua Menteri Besar. Saya sebagai Menteri Besar yang sah dan Dr. Zambry sebagai Menteri Besar haram” katanya.

Dato’ Seri Haji Mohamad Nizar turut menyelar UMNO kerana takut berdepan dengan pembubaran DUN dan pilihanraya negeri untuk mendapat mandat muktamad dari rakyat. “UMNO dayus dan UMNO pondan kerana sanggup mengeksploit institusi Raja secara jahat untuk merampas kuasa diluar batas undang-undang dan perlembagaan."

Sementara itu Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Ahmad Awang menegaskan himpunan membantah perlantikan Menteri Besar baru di Bukit Chandan selepas solat Jumaat petang tadi tiada kena mengena dengan Dato’ Seri Haji Mohamad Nizar. Bantahan yang disuarakan itu adalah manifestasi hasrat dan suara rakyat yang kecewa dengan konspirasi politik yang dicetuskan oleh UMNO.

PAS Perak kesal dengan tindakan pasukan keselamatan yang bertindak melepaskan gas pemedih mata sehingga ke dalam kawasan Masjid Ubudiah yang akhirnya mencetuskan suasana kecoh berhampiran Istana Iskandariah.

FAKTA KRISIS PERLEMBAGAAN PERAK

1. TIADA MANA-MANA PARTI MEMILIKI MAJORITI NYATA.

BN – 28 KERUSI

PR – 28 KERUSI

BEBAS – 3 KERUSI

2. ADUN-ADUN LOMPAT ADA KEBARANGKALIAN TINGGI UNTUK MELOMPAT LAGI PADA BILA-BILA MASA. SULTAN TIDAK WAJAR DIPERMAINKAN DENGAN KEPERLUAN MELANTIK KERAJAAN BARU SETIAP KALI BERLAKU ADUN MELAOMPAT.

3. KEADAAN POLITIK PERAK AKAN TERUS TIDAK STABIL KERANA TIADA SEBARANG JAMINAN ADUN-ADUN LOMPAT ITU BOLEH BERHENTI MELOMPAT. KREDIBILITI 4 ADUN LOMPAT ITU SANGAT BOLEH DIPERTIKAIKAN KERANA SALAH SEORANG DARIPADA MEREKA TELAH DUA KALI MELOMPAT MANAKALA KESEDIAAN MEREKA SEMUA UNTUK BERPEGANG PADA JANJI YANG DIBUAT KEPADA RAKYAT BOLEH DIPERTIKAIKAN. DUA DARIPADA ADUN LOMPAT ITU JUGA SEDANG MENGHADAPI TUDUHAN RASUAH DI MAHKAMAH DAN BN TELAH MENUNTUT AGAR MEREKA DIGANTUNG TUGAS SEMASA MEREKA MASIH BERSAMA PAKATAN RAKYAT.

4. DALAM KEADAAN INI, MANDAT BARU ADALAH SATU-SATUNYA PILIHAN YANG ADA. HAK MENENTUKAN KERAJAAN BARU PATUT DISERAHKAN KEMBALI KEPADA RAKYAT SEBAGAI MENJUNJUNG PRINSIP DEMOKRASI YANG TULEN. LANGKAH PALING TEPAT IALAH MEMBUBARKAN DUN UNTUK DIADAKAN PILIHANRAYA NEGERI PERAK.

BN TERUS MEMFITNAH DAN BERBOHONG

AKHBAR, TV DAN RADIO YANG DIKUASAI BN TERUS MEMFITNAH YAB DATO’ SERI HJ. MOHAMAD NIZAR.

- NIZAR INGKAR TITAH SULTAN

- NIZAR DERHAKA

- NIZAR SAMAN SULTAN
- NIZAR ANJUR PERHIMPUNAN HARAM

FAKTA SEBENAR :

- Bagi isu YAB Dato' Seri Haji Mohamad Nizar tidak meletakkan jawatan setelah dititahkan oleh Tuanku Sultan, tindakan itu selaras dengan kehendak peruntukan Undang-Undang Perlembagaan Negeri. Oleh itu isu 'derhaka' tidak timbul bahkan sebenarnya YAB Dato' Seri menumpahkan sepenuh taat setia kepada Tuanku Sultan dengan cara menjunjung kedaulatan perlembagaan negeri yang dipayungi baginda.

- Isu 'saman Sultan' dicipta oleh UMNO dan dimainkan oleh media di bawah pengaruh BN secara jahat dan jijik. YAB Dato' Seri tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan tentang hasrat seperti itu atau apa-apa kenyataan yang boleh ditafsirkan sebagai bermaksud begitu. TIADA TINDAKAN UNDANG-UNDANG ATAU TINDAKAN MAHKAMAH YANG TELAH ATAU AKAN DIAMBIL OLEH YAB DATO' SERI HAJI MOHAMAD NIZAR ATAU PAKATAN RAKYAT TERHADAP DYMM PADUKA SERI SULTAN AZLAN MUHIBBUDDIN SHAH.

- RTM dan MEDIA PRIMA telah menggambarkan Dato Seri Haji Mohamad Nizar bertanggungjawab secara langsung terhadap perhimpunan-perhimpunan rakyat yang diadakan di beberapa tempat sejak dua tiga hari yang lalu. Dato' Seri digambarkan sebagai PENDERHAKA yang menghasut rakyat menentang Raja. Insiden di Masjid Ubudiah dan sekitar Bukit Chandan selepas Solat Jumaat 6 Februari menjelang majlis angkat sumpah kerajaan (tidak sah) BN Perak sebenarnya tercetus daripada rasa kecewa rakyat terhadap rampasan kuasa yang dilakukan oleh UMNO. YAB Dato' Seri Haji Mohamad Nizar tiada kena mengena dengan perhimpunan tersebut dan tidak pernah mengarahkan sesiapa pun untuk menghalang majlis angkat sumpah itu secara fizikal.


Diperoleh dari http://cacamerbamakhlukpolitik.blogspot.com/2009/02/fakta-krisis-perlembagaan-di-perak.html

Krisis Politik Perak Dilapor Al-Jazeera, REUTERS

Assalamualaikum w.b.t..

Krisis politik di negeri Perak telah dilapor oleh laman web Al Jazeera. Dua wartawannya telah menemuramah YAB Dato'Seri Ir.Mohammad Nizar Jamaludin di kediaman rasmi MB Perak itu kira-kira jam 11.30 pagi semalam. Sumber di sini : http://idhamlim.blogspot.com/2009/02/jam-1135-am-nizar-baru-selesai.html

News Asia-Pacific

Defections roil Malaysian politics

Najib, right, of the ruling Umno may get a popularity boost from the power struggle in Perak [AFP

Malaysia's national ruling party and the opposition are headed for a political showdown in the northern state of Perak over the defection of three legislators.

The Barisan Nasional (BN) claimed control of the state government after the three elected representatives, two of whom are facing corruption charges, quit their parties and backed the ruling party as independents.

The Pakatan Rakyat (PR), or People's Alliance, in a last-ditch attempt to hold on to power, refused to cede control of the state despite orders by the sultan to hand power to the BN.

The political crisis has sparked public outrage and widespread allegations that the defectors had been bought over by Umno, the main partner in the ruling BN.

The BN was denied the two-thirds majority for the first time in 40 years after the PR, a loose opposition coalition, made unprecedented gains in the March 8 general election.

Perak's sultan, or Malay ruler, had a day earlier consented to the appointment of a new BN government, the coalition that has run Malaysia for 51 years, but the opposition remained defiant and threatened legal action.

Political fallout

The Perak imbroglio is expected to improve the chances of Najib Abdul Razak, the prime minister-in-waiting, in the run-up to party elections next month.

The opposition alliance said it would mount a legal challenge to the decision by the ruler of Perak's decision to recognise the new state government.

The Perak dispute has prompted claims that the ruling Umno bought over defectors [AFP]
Mohd Nizar Jamaluddin, who became the chief minister after the general election, was escorted from his office on Friday but insisted: "I will go about my job as usual."

He said he would only quit if he is removed by a vote of no-confidence in the state assembly.

"As far as we are concerned, this is the legal government," Jamaluddin said before the swearing-in of the new BN chief minister.

Later in the afternoon police stopped more than 1,000 opposition supporters from marching to the Iskandariah Palace, the venue of the swearing in of Zambry Abdul Kadir as Perak's new BN chief minister.

There were reports that riot police fired tear gas at opposition supporters protesting against the seizure of state power.

Local media reported that at least 10 people were arrested.

Perak was one of five states won by the three-party opposition alliance led by Anwar Ibrahim, the country's former deputy prime minister.

Anwar, who last year tried to seize power nationally with the aid of defecting government MPs, said the opposition alliance would not quit the Perak government but would appeal to the royal leader for fresh polls.

"Such a takeover [in Perak] is really a big blow to democracy and insults the wisdom of the masses," he told The Associated Press news, while calling for fresh elections.


Thursday, February 5, 2009

Bakal MB Perak yang baru : Ini Dia Orangnye..

Wajah Menteri Besar Perak yang baru
Pilihan UMNO-BN (Najib-Abdullah Badawi-Zahid Hamidi)

YAB Datuk Dr.Zambry Abdul Kadir
ADUN Pangkor



Menteri Besar Perak
Pilihan sah seluruh rakyat Perak

YAB Dato'Seri Ir.Mohammad Nizar Jamaluddin
ADUN Pasir Panjang


Kemelut Politik di Perak : Memohon Nusrah Allah

Assalamualaikum w.b.t..


Ketika ini, kemelut politik Perak belum berakhi
r. Walaupun Tuanku Sultan Perak telah menitahkan agar DS Nizar Jamaluddin meletak jawatan serta merta, MB Perak itu masih enggan meletak jawatan kerana beliau menganggap jawatannya itu masih sah mengikut Undang2 Tubuh Kerajaan Negeri Perak. Titah Tuanku Sultan Perak itu dikeluarkan melalui kenyataan media yang diberikan untuk edaran media yang ditandatangani oleh Setiausaha Sulit Baginda, YDH Toh Raja Diraja Kol. Datuk Abd Rahim Mohamad Nor.

Apapun yang berlaku, tindakan 3 ADUN Pakatan Rakyat berkenaan sememangnya telah mengkhianati kepercayaan pengundi di kawasan mereka. 8 Mac lalu, pengundi mereka memilih mereka untuk menyaksikan perubahan kerajaan negeri yang baru, menolak kepimpinan BN yang sudah 50 tahun memerintah Perak. Tidakkah mereka mempunyai sikap bertanggungjawab sehingga sanggup menerima tawaran dari BN.

Tindakan ADUN-ADUN yang berpaling tadah ini disifatkan oleh Mursyidul Am PAS sebagai PENGKHIANAT kepada rakyat di seluruh negeri Perak kerana tindakan mereka telah menumbangkan kerajaan yang mendapat mandat oleh rakyat pada 8 Mac 2008. Tindakan ADUN Bota, Dato'Nasaruddin Hashim juga tidak dapat diterima rakyat di seluruh negara. Selepas 10 hari bergelar ADUN PKR, berceramah ke sana sini bersama DSAI, beliau mengambil langkah mengejutkan apabila masuk semula UMNO.. Dalam kes ini, penulis bersetuju dengan pandangan Prof.Dr.Hamirdin Ithnin. Beliau menyifatkan apa yang berlaku ini adalah satu Tarbiyah Langit Untuk Anwar.

Penulis mengharapkan semua pihak akan bertenang dan berserah sahaja kepada ALLAH. Kerajaan Perak sudah berusaha untuk isytihar 2 kerusi DUN kosong dan mendesak diadakan pilihanraya kecil, tetapi SPR tolak. DS Nizar berusaha mendapat perkenan Sultan untuk bubar DUN, juga ditolak Tuanku Sultan. Kini, yang jelas di mata ialah, Tuanku Sultan bertitah agar MB Perak sekarang letak jawatan, BN mempunyai majoriti (UMNO= 28, Bebas = 3), dan DUN tidak akan dibubar..

Ketika ini, penulis percaya berpuluh-puluh ribu rakyat Perak sedang berhimpun di Stadium Perak untuk Munajat Perdana yang dijadualkan berlangsung bermula jam 7.00 malam ini. Di seluruh negara juga, ratusan ribu lagi rakyat juga dijadualkan akan mengadakan solat hajat mempertahankan kerajaan Negeri Perak..

Kepada Mu ALLAH, kami berserah segalaNya, Engkaulah ketua segala kerajaan atas muka bumi dan di seluruh alam maya ini. Engkau jugalah yang berhak menaikkan dan menjatuhkan mana-mana kerajaan yang Engkau kehendaki.. Untuk itu Ya ALLAH, hambaMu yang hina ini, bermohon dengan hati yang ikhlas, Kau bantulah kerajaan yang berada di jalan yang benar yang ALLAH, dari dirosakkan oleh mereka yang terang-terang melanggar syariatMu Ya ALLAH..

Amin Ya Rabbal Alamin..

p/s : Solat Hajat Perdana di Masjid Lama Bandar Jengka, Pahang malam ini..

Monday, February 2, 2009

Seronok Permainan "7 Dosa" ni, bang nak main sama..??"


gambar ini di'copy' dari http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=70007


Laporan Berita Utama Harian Metro Isnin, 2 Februari 2009 memaparkan fenomena berbahaya yang menjadi kegilaan anak muda zaman kini.Permainan video berunsur lucah. Baca laporan Harian Metro di SINI.

Pemantauan beterusan oleh pihak berkuasa sangat perlu dalam menangani masalah ini.. Jika hal ini diambil enteng, sudah tentu ia akan menyebabkan penularan gejala negatif dalam kalangan anak muda Malaysia..

Apa itu permainan video '7 Sins'..?? Baca di SINI

Link berkaitan :

http://www.tranungkite.net/v8/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=9092

p/s : Selamatkanlah Malaysia Ya Allah..

Sunday, February 1, 2009

2 Pemain Pakatan Rakyat FC Liga Perak Tak Nak Main Bola Dah..

Assalamualaikum w.b.t..

Berita asal :
Dua Adun PKR Perak letak jawatan - Malaysiakini

Selepas Nasarudin Hashim, pemain Barisan Nasional FC yang melompat menyertai seteru mereka Pakatan Rakyat FC minggu lalu, hari ini dua pemain pasukan pendahulu Liga Perak itu bertindak di luar dugaan apabila mengambil keputusan meletak jawatan sebagai pemain berkuatkuasa serta merta. Ini beerti kedua-dua pemain terbabit, Jamaluddin Mat Radzi dari Behrang dan Osman Jailu dari Changkat Jering di'larang' turun ke padang menyertai mana-mana perlawanan samaada di Liga Negeri mahupun Liga Persekutuan selama 5 tahun..

Terdahulu, Malaysiakini juga melaporkan desas-desus Timbalan Kapten Barisan Nasional FC di Liga Persekutuan, Mohd.Najib Razak ada melakukan pertemuan dengan kedua-dua pemain Pakatan Rakyat FC itu juga memegang jawatan penting di Liga Perak. Tengahari tadi juga, Kapten BN FC Liga Persekutuan, Abdullah Badawi mengulas ada kemungkinan pemain PR FC melompat ke BN FC..

Hal ini beerti Liga Perak perlu mengadakan pemilihan pemain semula di Changkat Jering dan Behrang dalam masa 60 hari.. Maka bersedialah penyokong-penyokong di kedua-dua kawasan terbabit menerima 'pembangunan segera' ye.. Nanti semua pengurus, jurulatih, kapten, dan pemain-pemain dari semua Liga akan turun ke sana, tak kira dari Pakatan Rakyat FC atau Barisan Nasional FC..

p/s : Politik Perak makin panas, politik NS makin panas, politik Pahang makin panas..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...